Sunday, May 6, 2012

ubat penyakit sombong.

Assalamualaikum warahmatullah.

memula nak kata salam hari minggu semua..ok tu je la aku malas nak omeh banyak-banyak kita terus ke tajuk utama je la eh..kat bawah ni tip-tip nak mengubat penyakit sombong tu ye...


1. Diam dan jangan terlalu banyak bercakap. biasanya jika terlalu banyak bercakap tanpa kita sedari akan terkeluar pula perkataan dusta dari mulut kita.

2. Berasa cukup dengan apa yang kita ada. jika berlebih-lebih nanti mesti ada rasa tak puas hati dan rasa nak lebih lagi.

3. Jangan tonjolkan diri untuk jadi popular. biasanya jika dah popular orang lain kita akan pandang sebelah mata je, pandang rendah kat orang lain.

4. Biasakan diri dengan sikap berkasih sayang dan hormat menghormati kerana dikhuatiri sifat zalim pula yang menguasai diri.

5. Jangan bersikap buruk sangka terhadap orang lain takut nanti hilang kawan atau tiada kawan langsung.

6. Sentiasa bermuhasabah tentang kelemahan diri dan mengingati kebesaran Allah jika tidak dikhuatiri sikap riak dan takbur menguasai diri.

7. Selalulah berdoa memohon taufiq dan hidayah pada yang maha Esa jika tidak dikhuatiri kita dihidapi dengan penyakit 'syirik kecil'. nauzubillah minta dijauhkan.

peringatan ni secara khususnya untuk diri aku tapi jika korang semua rasa tip-tip ni berguna boleh la korang amalkan ye.


p/s : selamat beramal -.-

4 comments:

  1. thank you for sharing :)

    saya copy anda punya info.. harap anda tak marah yerk :)

    ReplyDelete
  2. yayah nasake : tq :)..

    tak marah pun..copy je saya letak sini memang niat nak berkongsi pun..^_^

    ReplyDelete
  3. kena selalu ingatkan kepada diri yang kita tak sempurna dan sentiasa perlu ada perasaan hormat menghormati dan rendah diri kan

    ReplyDelete
  4. puteri : yup betul tu..kena muhasabah diri selalu :)

    ReplyDelete