Monday, October 28, 2013

Kisah masyarakat Sadum (2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bismillahirrahmanirrahim.


Permohonan dan doa Nabi Luth diperkenan dan dikabulkan oleh Allah. Tiga orang malaikat dikirimkan dengan menyamar sebagai tamu biasa. Mereka adalah malaikat yang menjadi tetamu Nabi Ibrahim dengan membawa berita gembira dengan kelahiran Nabi Ishaq dan memberitahu bahawa mereka adalah utusan Allah untuk menurunkan azab kepada kaum Nabi Luth iaitu masyarakat Sadum. Nabi Ibrahim memohon agar penurunan azab ditunda, kalau-kalau mereka kembali sedar, mendengar dan mengikuti ajakan Nabi Luth serta bertaubat dari segala maksiat dan kemungkaran. Nabi Ibrahim juga memohon agar Nabi Luth diselamatkan dari azab yang akan diturunkan ke atas masyarakat Sadum.

Para malaikat tiba  di Sadum, menyamar sebagai lelaki tampan dan memiliki tubuh yang bagus. Dalam perjalanan memasuki kota, mereka bertemu seorang gadis yang cantik sedang mengambil air dari perigi. Mereka bertanya kepada sang gadis apakah mereka boleh menjadi tamu di rumahnya. Sang gadis tidak berani memberi kata putus sebelum berbincang dengan keluarganya. Sang gadis segera pulang ke rumah untuk memberitahu permintaan itu kepada ayahnya iaitu Nabi Luth. Mendengar permintaan tersebut, Nabi Luth menjadi bingung memikirkan apakah jawapan yang harus diberi kepada pendatang (malaikat) itu. Memikirkan akibat yang akan diterima sekiranya membenarkan tetamu-tetamu itu menumpang di rumahnya. Pasti akan memberi gangguan kepadanya dan tetamunya dari masyarakat Sadum yang tergila-gilakan kepada lelaki tampan.

Setelah difikirkan, akhirnya Nabi Luth memutuskan untuk menerima mereka sebagai tamu di rumahnya. Apa juga akibatnya nanti, ia berserah kepada Allah. Lalu Nabi Luth pergi sendiri untuk menjemput tetamunya yang sedang menunggu di pinggir kota dan di bawa ke rumahnya pada saat masyarakat Sadum sedang nyenyak tidur. Nabi Luth berpesan kepada isteri dan puteri-puterinya agar merahsiakan kedatangan tetamunya itu. Akan tetapi isteri Nabi Luth yang memang sehaluan dengan masyarakat Sadum telah membocorkan berita tentang kedatangan tetamu itu. 

Kekhuatiran Nabi Luth terjadi juga. Sebaran berita dari mulut ke mulut telah menyebabkan kediaman Nabi Luth di serbu masyarakat Sadum untuk melihat ketampanan tetamu itu sekaligus untuk melempiaskan nafsu serakah mereka. Nabi Luth tidak membenarkan mereka melihat tetamu-tetamunya dan menyeru mereka agar kembali ke rumah masing-masing dan tidak mengganggu tetamunya yang datang dari jauh yang sepatutnya dihormati dan dimuliakan. Nabi Luth menasihati mereka agar meninggalkan tabiat buruk mereka yang jelas bertentangan dengan fitrah manusia, di mana Allah telah menciptakan pasangan lelaki dan perempuan demi kelangsungan perkembangan umat manusia. Nabi Luth berseru agar mereka kembali kepada isteri-isteri mereka dan meninggalkan perbuatan maksiat dan mungkar sebelum mereka di landa azab dan siksa Allah.

Seruan dan nasihat Nabi Luth tidak dihiraukan mereka, bahkan mereka mendesak dan akan merobohkan pintu rumahnya secara paksa jika pntu tidak dibuka dengan suka rela. Nabi Luth berkata kepada tetamunya, "Sesungguhnya aku sudah tidak berdaya lagi menahan orang-orang itu untuk untuk menyerbu masuk. Aku tidak memiliki senjata dan tidak memiliki kekuatan untuk menolak kekerasan mereka, tidak mempunyai keluarga atau saudara yang disegani mereka untuk aku meminta pertolongan, maka aku merasa sangat kecewa, sebagai tuan rumah aku tidak dapat menghalang gangguan terhadap tetamuku di rumahku sendiri."


Usai Nabi Luth mengucapkan keluh-kesahnya, para tetamunya segera memperkenalkan diri bahawa mereka adalah malaikat yang menyamar sebagai manusia dan mereka datang ke Sadum untuk melaksanakan tugas menurunkan azab dan siksa ke atas rakyatnya yang tetap mahu terus bergelumang dalam kemungkaran dan kemaksiatan yang keji dan kotor.

Nabi Luth diarahkan untuk membuka pintu rumah selebar-lebarnya agar masyarakat Sadum yang haus homoseks itu dapat masuk. Namun begitu, setelah pintu terbuka dan mereka melangkahkan kaki untuk masuk, gelaplah pandangan mereka, tidak mampu melihat apa-apa. Mereka mengusap-usap mata, tetapi ternyata mata mereka telah dibutakan oleh Allah.

Sementara masyarakat Sadum yang menyerbu masuk ke dalam rumah Nabi Luth berada dalam keadaan kacau-bilau, berteriak menanyakan apa yang menyebabkan mata mereka dibutakan, para malaikat menyeru kepada Nabi Luth sekeluarga agar segera meninggalkan perkampungan itu kerana telah tiba masa untuk azab diturunkan kepada masyarakat Sadum. Nabi Luth sekeluarga di pesan agar dalam perjalanan ke luar kota, jangan seorang pun dari mereka menoleh ke belakang.

Nabi Luth bersama isteri dan dua puterinya berjalan pantas menuju ke luar kota, tidak menoleh ke kanan atau ke kiri. Akan tetapi sang isteri yang merupakan musuh dalam selimut bagi Nabi Luth tidak sanggup meninggalkan kaumnya. Ia berda berada dibelakang rombongan Nabi Luth berjalan perlahan-lahan dan tidak henti-henti menoleh ke belakang kerana ingin mengetahui apa yang akan terjadi kepada kaumnya, meragui kebenaran ancaman para malaikat yang telah didengarnya sendiri. Setelah langkah Nabi Luth dan kedua puterinya melewati batasan kota Sadum, sewaktu fajar menyinsing, bergetarlah bumi dengan dahsyatnya di bawah kaki rakyat Sadum, tidak terkecuali isteri Nabi Luth yang munafiq itu. Getaran itu mendahului suatu gempa bumi yang keras dan hebat disertai angin yang kencang dan hujan batu sijjil yang menghancurkan dengan serta-merta kota Sadum dan penghunimya. 

"74 - Dan kepada Luth, Kami telah berikan hikmah dan ilmu, dan telah Kami selamatkan dia dari (azab yang telah menimpa penduduk) kota yang mengerjakan perbuatan keji. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang jahat lagi fasiq. 75 - Dan Kami masukkan dia ke dalam rahmat Kami, kerana sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang soleh." (Surah al-Anbiyaa)

Kisah masyarakat Sadum

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bismillahirrahmanirrahim.


Masyarakat Sadum adalah masyarakat yang rendah moralnya, rosak mentalnya, tidak mempunyai pegangan agama atau nilai kemanusiaan yang beradab. Kemaksiatan dan kemungkaran bermaharajalela dalam pergaulan hidup mereka. Rompakan dan rampasan harta merupakan kejadian harian, di mana yang kuat menjadi kuat, sedang yang lemah menjadi korban penindasan. Maksiat yang paling menonjol dalam masyarakat mereka ialah perbuatan homoseksual. Yang lelaki bersama lelaki, yang perempuan bersama perempuan. Malah perbuatan ini menjadi satu budaya dalam masyarakat mereka.

Setiap pedagang yang memasuki kota tidak akan terlepas dari di ganggu mereka. Jika ia membawa barangan berharga, maka ia akan di rampas. Jika melawan atau menolak untuk menyerahkan barangan berharga, pasti nyawa akan melayang. Akan tetapi jika pendatang itu merupakan seorang lelaki tampan, maka dia akan menjadi rebutan di antara para lelaki dan begitu juga jika pendatang itu seorang perempuan cantik, maka dia akan menjadi rebutan para perempuan masyarakat Sadum.

Oleh kerana keruntuhan moral dan penyakit sosial yang semakin parah, maka Nabi Luth diutuskan oleh Allah agar dapat menyeru mereka kembali ke jalan yang benar. Agar mereka kembali beriman dan beribadah kepada Allah, meninggalkan perbuatan mungkar dan maksiat. Nabi Luth menerangkan kepada masyarakat Sadum bahawa amal perbuatan mereka tidak di redhai dan tidak sesuai dengan nilai-nilai kemanusiaan dan bahawa Allah akan memberi ganjaran setimpal dengan amal perbuatan mereka. Yang berbuat baik dan beramal soleh akan mendapat ganjaran syurga, dan yang melakukan perbuatan mungkar akan mendapat azab api neraka di akhirat kelak.

Nabi Luth juga menyeru agar mereka meninggalkan adat dan kebiasaan mereka iaitu perbuatan homoseksual, kerana perbuatan itu bertentangan dengan fitrah dan hati naruni manusia serta menyalahi hikmah kejadian manusia itu dua jenis lelaki dan perempuan. Nabi Luth juga menasihati mereka agar menghormati hak orang lain dengan tidak lagi melakukan rompakan rampasan harta sesama mereka dan setiaap pedagang yang memasuki kota mereka. Nabi Luth menerangkan bahawa perbuatan mereka akan merugikan mereka sendiri, menimbulkan huru-hara dan kekacauan, juga akan membuatkan mereka tidak merasa aman dan tenteram dalam hidup.

Namun, oleh kerana kerosakan moral dan akhlak , pengaruh hawa nafsu telah lama berakar umbi di dalam hati dan kehidupan, mereka berkata kepada Nabi Luth agar menghentikan usaha dakwahnya atau di usir keluar dari negeri. Nabi Luth merasakan sudah tiada harapan bagi kaum Sadum untuk kembali ke pangkal jalan dan satu-satunya cara untuk mencegah kesesatan mereka ialah dengan membasmi mereka dari atas muka bumi. Nabi Luth memohon kepada Allah agar kaum Sadum diberi pengajaran berupa azab di dunia sebelum azab yang telah sedia menanti mereka di akhirat.

(bersambung)

Sunday, October 27, 2013

Cerita bola sekejap.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Hai, best tak tengok perlawanan bola sepak separuh akhir kedua antara Pahang dan Sarawak bagi menentukan tempat ke final Piala Malaysia 2013? Kamu sokong pasukan mana? Aku orang Pahang jadi semestinya aku sokong Pahang la kan. Mula-mula permainan memang agak kecewa sikit sebab nampak macam kucar-kacir sikit corak permainan diorang. Semua strategi macam tak menjadi, serangan lebih memihak kepada pasukan Sarawak. Bola pun nampak lebih banyak berada di kaki pemain Sarawak kan?

Lepas Bobby Gonzales bocorkan jaring pasukan Pahang pada minit ke 32', pemain Pahang nampak makin tertekan. Pemain terpaksa lebih berada dalam posisi bertahan, counter attack pun kurang menjadi mungkin sebab strategi Sarawak untuk mengekang pemain Pahang benar-benar menjadi. Conti kena kekang, Alex kena kekang, Gopi, Suren dan boleh dikatakan semua pemain pahang macam berada dalam kawalan pemain Sarawak keseluruhannya. 

Masuk separuh masa kedua, Azidan dikeluarkan, Conti cedera dan dikeluarkan, Abang Jalal pun terpaksa keluar. Kojie masuk, Poyeng masuk dan sorang lagi aku tak ingat nama, minta maaf ye hehe. Memang rezeki Kojie nak score bila dia dapat menanduk masuk hantaran daripada Suren pada minit ke berapa? Tak kisah la minit ke berapa, yang pasti dengan jaringan tu pasukan Sarawak makin tertekan mencari gol. Sampai ke tiupan wisel terakhir pasukan Sarawak masih gagal untuk menambah jaringan. Dan akhirnya dengan aggregat 4-2, Pahang berjaya melayakkan diri untuk ke final bertemu Kelantan pada 3 November nanti. Tapi memang best tengok permainan tu, ada 'fight' terutamanya separuh masa kedua. Tahniah pasukan Pahang dan syabas pasukan Sarawak dengan corak permainan diorang. Tabik!!!

Final nanti aku harap Pahang dapat julang piala. Kali terakhir julang tahun 1992 kot, berapa tahun dah tu! Hurmm, kalau ada fakta yang silap, silalah betulkan ye. Hogoh Pahang Hogoh! Peace ^__^



p/s : this is pantai timur? yo lo ko?

Saturday, October 26, 2013

Ingat pesanan ni!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Harga gula naik tukar beli apa pulak? hurmm, gula tak bagus untuk kesihatan jika digunakan secara berlebihan. Jadi, lepas ni semua pakat bela lebah pula untuk hasilkan madu ya. Madu lebah guna banyak mana pun takpe, tak kena kencing manis malah menyihatkan badan. Okay tak cadangan aku? hehe


p/s : lebihkan manis dalam senyuman, senyum macam joker..peace!

Ini pendapat aku je.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Hai semua. Sihat belaka kan? Takde yang kecewa sampai nak bunuh diri lepas dengar bajet yang dibentangkan kan? Hehe. Rileks sudah. Bak kata makcik reporter tak bergaji kampung aku "diorang yang pegang kuasa, kita yang bawah ni ikut je la" heh.

Berkenaan topik yang ada dalam gambar di atas tu, aku rasa nak bagi pendapat sikit la. Bukan nak bincang pasal topik dia hina ibadah korban atau apa saja. Itu hal dia dengan majlis agama, lagi pula kalau orang macam aku ni nak bersuara lebih-lebih pun tak guna. Dia tu menteri kot jadi keputusan ada di tangan dia. 

Tertinggal keretapi pulak pasal isu ni, hehe. Semua tahu kan ibadah korban ni boleh di buat sampai hari tasyriq iaitu sampai 13 Zulhijjah. Dengan jumlah korban yang di buat sampai tak cukup tempat, sampai terpaksa buat korban di kawasan sekolah, sampai ada yang rasa ibadah korban tu menghina kepercayaan agama diorang, sampai keluar pula larangan buat ibadah korban di kawasan sekolah tu.  Kementerian pendidikan perlu ambil peranan dalam hal ni. Maksud aku cuti untuk raya haji perlu ditambah sehingga hari ketiga raya. Bukan apa, aku rasa dengan cara ni boleh mengelakkan salah faham berlaku. Kalau sekolah masih bercuti nak buat ibadah korban di kawasan sekolah pun takde yang akan terasa terhina kononnya. Bila sekolah masih bercuti maknanya yang akan ada di kawasan sekolah masa ibadah korban tu hanya hamba Allah yang beragama Islam, makanya tak akan timbul la isu menghina kepercayaan agama diorang tu kan. 

Islam tak menghina agama lain kan? Islam sentiasa mengamalkan toleransi kan? Islam sentiasa bersangka baik dalam semua perkara kan? Islam bukan rasis kan? Jadi tak perlu nak dipanjangkan atau dibesarkan isu ni. Bila keluar arahan "NO KORBAN ALLOWED IN SCHOOL" ni maka aku amat pasti akan ada suara-suara sumbang yang akan berbunyi mengatakan arahan tu satu penghinaan kepada ibadah korban tu pula lepas ni. Bagi aku jalan penyelesaiannya macam yang aku taip dalam perenggan atas tu je la. TAMBAH CUTI UNTUK HARI RAYA KORBAN. Agak-agak kementerian nak baca ke entri aku ni? Lantak lah, peace!




p/s : RM 2.84 sekilo murah lagi, RM 3 baru best, nak pulang baki pun senang! heh

Sunday, October 13, 2013

apa kata ahli PAS?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hai. Kali ni aku nak kongsi bab politik pula. Erm bukan aku yang menulis, aku cuma copy & paste kenyataan ni. Berjela-jela dia menulis, agak-agak terseliuh tak jari dia? heh. Jadi kamu baca la jika mahu terutamanya kepada ahli-ahli PAS sebab kenyataan saudara yang menulis ni memang di tuju khas untuk ahli-ahli PAS. Sila la baca ye, itu pun kalau sudi. hehe, peace!

*****
[ANALISIS SAYA MENGENAI PAS by Norman Liverpool] 

Pandangan Orang Luar PAS 

Bagaimana PAS merasakan mereka PARTI Melayu terkuat???
PAS tidak strategis...sertai politik tapi tidak mahir berpolitik

Bismillahirahmanirahim,

Buat pertama kalinya saya menulis analisis mengenai PAS yg agak panjang. Risikonya sgt tinggi kerana pengalaman sebelum ini apabila saya mengkritik PAS, teruk saya dihentam. Sgt berbeza dgn ahli2 UMNO walaupun ada seorang dua yg ekstrim tetapi ahli UMNO akan melawan hujah saya sedikit profesional.

Saya menulis mengenai parti ini ada bersebab. Buat yg ingin membaca, jgn letakkan diri anda dlm sebagai ahli parti...utk mudah menerimanya Jika tidak bersetuju anggaplah itu hak tuan2 dan puan2. Begitu juga penulisan ini hanyalah pandangan peribadi saya yg saya rasa berhak utk memberi pandangan.

PAS adalah harapan baru org Melayu kerana kerosakkan serius ditahap kritikal parti dominan org Melayu iaitu UMNO. PAS adalah pilihan ramai org Melayu selepas UMNO dan parti ini bukan baru dlm arena politik tanahair tapi PAS dilihat masih mentah dlm kancah arena politik.

Sebagai pemerhati atau pengundi atas pagar...kita terkeliru dgn PAS. PAS memilih perjuangan menerusi jalan politik iaitu ditentukan menerusi pilihanraya. Tapi sayangnya PAS sendiri tidak begitu faham jenis permainan 'politik' tersebut. Akhirnya PAS hilang fokus.

Berdasarkan usia, PAS dilihat cukup berpengalaman. Namun bukan bermakna pengalaman atau lamanya parti itu bermakna ia bagus, kuat dan berjaya. England peradaban atau tamadun beratus tahun lebih lama dari Australia...tapi Australia yg dibina 1901 begitu pantas mengatasi England sendiri.

Contoh dlm berpolitik PAS & DAP dianggap seteru UMNO sekian lama tetapi PAS & DAP tak pernah menggugat parti UMNO atau BN...Kenapa? Kerana kurang bijak dua parti Melayu dan Cina ini berpolitik. Meletakkan pertandingan 3 atau 4 dan 5 penjuru membuat UMNO ketawa.

PKR masih muda tak sampai lagi usia 'sweet 17' tapi dlm masa yg pantas mampu menjadi peneraju dgn jumlah kerusi Parlimen paling byk. Dlm PKR banyak cerdik pandai 'genius'. Melayu 'genius', India 'genius' dan Cina 'genius'. PKR satu lambang parti berbilang bangsa yg pemimpinnya di kalangan mereka yg 'genius'.

Jika tidak kenapa PM melantik Ezam Mohd Nor, Nalakaruppan sebagai Senator, Zahrain Mohamed Duta. Manakala Lokman Noor Adam sekelip mata dilantik menjadi Exco Pemuda. Itu tanda mereka di dlm Keadilan dilihat ada 'value' walaupun sudah bergelar mantan.

Begitu juga pemimpin di kalangan kaum India dan Cina di dlm PKR, ramainya berpendidikan tinggi seperti Dr, Peguam, Engineer, Pensyarah, Arkitek, Guru, Pegawai2 Bank dan sebagainya. Boleh diandaikan di dlm PKR India dan Cina yg menyertainya 60% adalah India dan Cina bandar. Yg mana mereka sendiri menolak fahaman perkauman yg menebal.

Cara mereka berfikir agak lain dgn Cina DAP atau India PPP. Mereka ada 'class' tersendiri. Mereka mahukan Malaysia yg 'bersih, aman dan bagus dari segi ekonomi'. Dlm PAS tiada cerdik pandai? Ada ramai!... tapi sayangnya mereka tak diletakkan di tempat sepatutnya. Di dlm PAS nak cari cerdik pandai dlm agama mcm Seven Eleven (ramai) tapi nak cari cerdik pandai dlm berpolitik sgt sedikit...sebab 'kepandaian' mereka itu ditutup.

Dlm sejarah PAS sejak diwujudkan sehingga kini tiada siapa boleh menandingi 'genius' Allahyarham Datuk Fadhil Nor berpolitik. Bijak dlm ilmu agama dan bijak berpolitik 'pakej' yg ada pada arwah. Sebelum Tun Mahathir hadir menziarahi Allahyarham Tan Sri Azizan Razak (seteru politik), Fadhil Nor telah lama lakukan dgn menziarahi Anwar Ibrahim.

Masih ingat ahli2 PAS cukup tersinggung kerana kehadiran Fadhil Nor ke rumah Anwar. Ketika itu Mat Sabu masih seronok menghentam Anwar sehingga menggelarkan Anwar Aljuburi. Tapi tidak bagi Fadhil Nor, keihklasan arwah itu memberi impak yg baik dari segi moral agama dan politik utk PAS. Lihatlah semasa pilihanraya 1999, tiba2 PAS dpt lebih 20 kerusi Parlimen.

Adakah kerana hebatnya PAS? Tidak !!! Ia berlaku kerana faktor isu semasa...atau bahasa keras sikit menangguk di air yg keruh. Org Melayu ketika itu undi PAS bukan kerana ingin PAS wujudkan sistem hudud tetapi kerana marahkan UMNO. Tapi PAS sejak 1999, mereka dah perasan org Melayu sudah beralih kpd mereka dan kesannya pada 2004, PAS tewas teruk termasuk di Kelantan. Tapi masih tak sedar diri.

PAS ADA CIRI PERANGAI AL-ARQAM...

Apa persamaan mereka? Arqam tak percaya kpd politik tetapi cara dakwah. PAS pula percaya Islam akan berjaya di daulah menerusi politik. Apa persamaan antara mereka? Persamaannya keduanya ada sikap eksklusif...'aku lah yg terbaik'. Al Arqam dulu menggalakkan ahli bersolat di Markas2 Arqam. Dgn alasan jika bersolat di Masjid saf solat tidak rapat seperti dlm sunnah.

Dlm Arqam, guru2 ilmu yg kita hendak pelajari hanya di kalangan Ustaz2 Arqam sahaja di galakkan. Malah dlm jamaah ini ada perasaan iri hati pada PAS atau jamaah Tabligh. Begitu juga PAS...saya pernah menceritakan ketika saya menjadi penganjur kpd Konsert Khalifah Seni di Pulau Marina, Perak. Patutnya saya sebagai penganjur, Ustaz Azhar Idrus (UAI) akan mengikuti segala program yg diaturkan.

Sebagai penganjur tentulah saya akn mencari seberapa byk penaja. Tapi bila mendengar antara program yg diatur seperti makan bersama UAI (jual table) dan bersoalat Maghrib di Masjid Daerah, salah seorang ahli PAS yg membantu saya utk konsert tersebut tiba2 mcm naik angin mendengarnya. Lalu dia mengarahkan org2 besar PAS termasuk ahli Parlimen Lumut, YAB Lakasamana Imran skg ini utk duduk semeja.

Pendek kata meja itu dikelilingi org2 PAS. Sedangkan Ustaz Azhar memaklumkan kpd rakan saya, Hafiz (rakan UAI breakfast di KT), jika benar ada org UMNO, biarlah di kiri org UMNO dan disebelah kanannya org PAS. Biar adil buat mereka tetapi sebaliknya berlaku. Lebih teruk program bersolat ke Masjid daerah Manjung dibatalkan.

Patutnya kita dlm menyebarkan fahaman politik atau dakwah, kita kena buka kpd mereka yg belum memahaminya. Itulah yg diamalkan oleh Tabligh, masuk bertemu masyarakat dan bukan mengasingkan kononnya kami jamaah syurga dan kamu (UMNO) jamaah neraka. Inilah politik jakun sesetengah ahli PAS.

Malah lebih teruk PAS menjadi jamaah2 lain terutamanya Tabligh sebagai seterunya walaupun tak seteruk dgn UMNO. Saya dikhabarkan oleh 'karkon'2, masalah berdakwah di Malaysia ini, surau2 yg dimiliki oleh PAS sendiri tidak membenarkan mereka utk bermalam. PAS menjadi mereka eksklusif di mana surau2 yg 'ditawan' sudah menjadi surau utk ahli2 PAS sahaja.

Namun apa yg saya kecewa, Presiden PAS sepatutnya mengeluarkan arahan rasmi agar ahli2 PAS berjamaah di masjid ygt dikuasai UMNO dan mencampuri mereka dgn akhlak yg baik. Itu juga antara konsep dakwah terbaik utk membuat musuh mahu mengikuti kita seperti diajar Rasulullah.

KELUAR PAKATAN... PAS IBARAT 'BODOH SOMBONG'

Apabila ada cadangan dari geng ulama utk memikirkan kembali kerjasama dgn Pakatan Rakyat...ia langkah ke belakang. Terus terang saya katakan PAS boleh diibaratkan 'bodoh sombong'. PAS merasakan mereka kini adalah juara parti utk 'org Melayu'. Sedangkan hasil gabungan dgn PKR sekalipun 60% org Melayu masih memilih UMNO. PAS hanya mampu menguasai Melayu Kelantan.

Ini totok pemikiran yg ada kebanyakan mereka yg berlatar belakang sekolah pondok di dlm PAS. Antara persoalannya yg saya ingin bertanya kpd pucuk pimpinan Ulama ini adakah munculnya PAS ini hanya utk memerintah Kelantan sahaja? Jika benar, jgn hipokrit utk melaksanakan hukum hudud.

Kedua adakah kemunculan PAS hanya utk menjadi chk n balance sahaja utk pemerintahan negara? Sebab tanpa gabungan bersama Pakatan Rakyat...adalah mustahil mengikut akal manusia PAS boleh memerintah negara. Kalau hendak mengugut biarlah sedar kekuatan diri di mana!

Contoh perangai tak sedar diri PAS, apabila ada ahlinya mencadangkan dlm Muktamar PAS, agar jawatan Perdana Menteri diberikan kpd Presiden mereka. Sedangkan persetujuan bersama sudah termeterai. Ia cadangan yg mengarut, lemah dan kurang bijak berpolitik dan tidak ada political mileage .

Sebab itu saya katakan PAS walaupun lama tapi ahli2 ramai yg lemah atau tidak mahir berpolitik...semberono sahaja. Saya cabar PAS, silakan keluar dari Pakatan Rakyat...kita tgk berapa kerusi yg PAS akn menang???

ORGANISASI PAS PERLU DIPERBETULKAN...(Peranan Ulama tak berkesan)

Bila cadangan 'geng' Ulamak supaya “jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS sewajarnya daripada kalangan ulama yg memahami faqih tentang Islam dan realiti semasa, saya anggap satu pemikiran yg sungguh menyedihkan. Peranan ulama sgt penting tetapi tidak penting sebagai Presiden. Imam Syafie, Imam Ahmad, Imam Ghazali tidak memegang jawatan ketua negara dan sebagainya tetapi peranan mereka sgt penting utk seluruh umat Islam di dunia.

Lihat di Turki bagaimana Perdana Menteri Erdogan, walaupun dia biasa2 sahaja tetapi di belakangnya ulama2 sebagai rujukan beliau. Apa salahnya jika DS Seri Nizar, Husam Musa, Dr Hatta Ramli, Mohammad Sabu, Datuk Dr. Mahfuz Mohamad, Dr. Rosli Yaakob dan lain2 lagi diberi jawatan. Apakah hilang Islamnya bila mereka diberi jawatan.

Adakah Geng Ulama tak penting dlm organisasi PAS. Ia sgt penting cuma peranannya di tempat yg salah atau tidak menonjol. Bagi saya pendekatan Majlis Syura Ulama PAS Pusat dan Dewan Ulama PAS patut tertumpu ke arah 'dakwah'. Mereka sepatutnya mencontohi jamaah Tabligh yg berjaya menghantar pendakwah (karkon) ke seluruh dunia.

PAS tak tak perlu hingga ke peringkat global tetapi cukuplah merangkumi Malaysia. Bagi saya Geng Ulama sepatutnya memainkan peranan dgn Pemuda PAS utk menjalankan kempen dakwah. Bila diajukan, Ustaz2 kami berdakwah di surau2. Dakwah sebegitu tidak berkesan kerana kamu tidak bertemu sendiri dgn masyarakat setempat. Yg kita mahu bawa org yg tidak ke masjid pergi ke masjid.

PAS mesti menubuhkan 'geng dakwah' mereka yg akan menyelinap masuk ke kampung2. Ini yg saya lihat ada kekosongan dlm PAS. Ia diakui oleh beberapa Ustaz PAS sendiri yg menganggap PAS hanya bergantung kpd individu2 yg bergelar Ustaz utk berdakwah. Akhirnya ia tidak bersistem dan rakyat tidak nampak peranan PAS di situ dlm mengajak manusia kpd Islam yg sebenarnya. Yg rakyat tahu ceramah PAS adalah ceramah politik.

Mana tidak ahli2 PAS sendiri cuba kita lihat di masjid2 atau yg dikuasai PAS sendiri. Jika ada kuliah agama pada Isnin hingga Jumaat tak berapa ramai yg dtg...biasa yg mendengar pun ahli jamaah surau itu sendiri. Tapi cuba ceramah politik, Mat Sabu berucap...beribu-ribu ahli PAS dtg...tanya pada diri sendiri kenapa ia berlaku.

Adakah itu yg dibanggakan oleh golongan ulama apabila ceramah politik lebih digemari daripada ceramah agama.Sedangkan dlm jamaah Tabligh apabila apabila berlaku Ijtima, berjuta-juta manusia menghadirinya utk mendegar ceramah (bayan) dari Maulana2 hebat di dlm jamaah tersebut.

Terkadang, rasa bangga kita memakan diri. Islam itu menyeluruh. Bukan di arena politik semata. Perlumbaan materialistik takkan pernah habis. Alangkah baik jika selepas ini diusulkan manifesto 'Memperkasa Institusi Masjid'. Ini org ramai melihat, org PAS pun sama dgn UMNO, bila ada ceramah agama tak ramai org...so apa bezanya???

PAS DAN HUDUD

PAS dipuji2 atau dibanggakan oleh ahlinya kerana akan membawa hukum hudud apabila memerintah Malaysia. Dlm politik tanahair, agenda tersebut merupakan bola tanggung kpd fahaman sekular kerana PAS mesti faham 50% pengundi di Malaysia bukan org Islam atau bukan org Melayu.

Rata2 umat Islam di negara ini tidak menolak hukum hudud. Dan mereka menyokong walaupun bukan ahli kerana tidak mahu dpertanggungjawab di sana nanti. Cuma seperti kata Subky Latif, agenda itu tidak perlu di war-warkan lagi. Yg penting ialah utk membersihkan Malaysia dari gejala rasuah yg sgt2 membimbangkan dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berkebajikan.

Lihatlah kejayaan Tukri yg pernah dipegang oleh manusia yg bumi pun tidak menerimanya, Kamal Artatuk. Bukan mudah apabila Kamal Artatuk menjadikan negaranya sekular yg berkiblatkan Eropah. Fahaman yg begitu lama berjaya dihayati oleh masyarakat Turki. Namun kini Perdana Menteri Turki dan Presiden mereka isteri mereka mampu memakai tudung...kenapa??

Hukum hudud bukan agenda atau termaktub di dlm manifesto Parti Adalet ve Kalkınma (AKP), dipimpin oleh Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Turki. Namun apabila menang kerajaan di bawah Parti AKP giat mempromosikan nilai Islam dan secara perlahan-lahan menghakis sekularisme di Turki.

Ia mengambil masa 8 tahun utk Erdagon memulangkan kembali hak org Islam. Mengapa mengambil masa yg terlalu lama...Erdogan belajar dari pengalaman. Tentera Turki mempunyai rekod mencampuri urusan kerajaan atas nama mempertahankan sekularisme di Turki.

Turki sebelumnya pernah mempunyai perdana menteri yg sama seperti Erdogan. Perdana Menteri Necmettin Erbakan adalah seorang aktivis Islam dan Perdana Menteri Turki. Tapi apabila dia dilihat begitu agresif cuba menghapuskan fahaman sekular di Turki, akhirnya Erbakan dijatuhkan oleh tentera tidak sampai setahun pemerintahannya.

Begitu juga di Malaysia, walaupun tentera tidak akn campurtangan hal ehwal politik tanahair tetapi PAS kena akur 70% pengundi di Malaysia masih berfahaman sekular. Malah dari 70% itu, 80%nya adalah dari bangsa Cina dan India. Kembimbangan mereka itu yg menidakkan utk PAS menjadi pilihan mereka.

Malah org2 Melayu (atas pagar) yg dianggarkan mempunyai 2 juta org memilih memangkah PAS bukan kerana inginkan negara yg mengamalkan hukum hudud tetapi mahukan Malaysia yg lebih bersih dari korupsi. Begitulah juga dgn kaum2 yg lain. PAS mesti sedar perkara ini.

Kita sepatutnya merujuk kpd dakwah atau kepimpinan yg ditunjukkan oleh Rasulullah. Baginda memperkenalkan agama Islam di kalangan penduduk Mekah dgn memperkenalkan dulu kebesaran Allah. Pelbagai wahyu Allah turunkan utki baginda berdakwah. Bab hukum seperti wajib memakai tudung ini wujud semasa baginda berpindah ke kota Madinah.

Rasulullah sewaktu di awal Islam yg ingin disampaikan, baginda tidak menyuruh wanita memakai tudung dan sebagainya. Satu persatu larangan disampaikan Rasulullah kpd umatnya ketika itu. Para pendakwah perlu memahami bahawa org awam memiliki potensi yg besar utk kemenangan dan kejayaan Islam.

Itulah pentingnya dakwah dlm Islam dan bukan hanya semata-mata politik. Manusia apabila memiliki kefahaman dan kesedaran Islam yg betul, akan mudah utk kembali kpd Islam yg sebenarnya. Dakwah adalah menyeru dan mengajak umat manusia utk menjadi lebih baik. Bukan menakut-nakuti mereka dgn berbagai ancaman seperti hukum hakam.

Lihat cara Nabi berdakwah berbanding dgn kita. Jika kita ditanya oleh seseorang niatnya utk berzina, mungkin kita jawab singkat “Tidak boleh, zina itu haram!” Ia sgt keras. Tapi kita lihat cara Rasulullah berdakwah apabila seorang pemuda pernah bertemu dan bertanya pada Rasulullah, ”Ya Rasulullah, izinkan saya berzina.” Rasul memandang pemuda tersebut dgn penuh kasih sayang dan bertanya, ”Sukakah kamu bila itu terjadi pada ibumu?” tanya Rasulullah. ”Tidak, demi Allah,” jawab anak muda itu.

”Sukakah kamu bila itu terjadi pada saudara perempuanmu?” tanya Rasulullah. ”Tidak, demi Allah.” ”Sukakah kamu bila itu terjadi pada anak perempuanmu?.” ”Tidak, demi Allah.” Sukakah kamu bila itu terjadi pada istrimu?” Anak muda itu menjawab, ”Tidak, Demi Allah.” Rasulullah lalu berkata, ”Demikianlah halnya dgn semua perempuan, mereka itu berkedudukan sebagai ibu, saudara perempuan, isteri, atau anak perempuan.”

Kemudian beliau meletakkan telapak tangannya di dada pemuda itu, lalu mendoakannya.
PAS patut lihat konsep jamaah Tabligh berdakwah. Mereka menembusi seluruh pelusuk dunia hingga berjaya memikat puluhan juta manusia utk berdawkah seperti mereka. Pendekatan mereka apabila menuju rumah ke rumah adalah mengajak manusia ke masjid. Di masjid mereka tak cerita bab hukum tetapi menceritakan kebesaran Allah.

Kata salah seorang guruku yg menyertai jamaah Tabligh, "Dlm jamaah, kami diajar seni berdakwah. Kami akan duduk di tengah masyarakat tak kira apa bangsa dan kerosakan mereka. Kita mengajak mereka mendegar kebesaran Allah. Bila mereka dapat merasai kebesaran Allah, lalu mereka akn takut melanggar perintah Allah dan mudahlah mereka menerima Islam. Seni dakwah bab hukum jgn disampaikan dahulu tetapi hal kebesaran Allah diutamakan.

PILIH PEMIMPIN

Cadangan kumpulan Ulamak ini supaya “jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS sewajarnya daripada kalangan ulama yg memahami dan faqih tentang Islam dan realiti semasa” menampakkan pandangan yg sgt kebelakang. Apakah kumpulan ulamak ini ingat DS Nizar, Dr Hatta, Husam Mussa dan lain2 tidak memahami Islam?

Sepatutunya PAS mengambil peluang apabila puluhan ribu golongan profesional memasuki PAS utk dintonjolkan kpd masyarakat berbilang kaum bahawa pAS bukan parti pondoklagi tetapi parti yg ke arah Islam yg moden dan lebih berwibawa. Tetapi sesetengah golongan PAS tidak mahu membawa PAS maju dari segi berfikir...jika ada cadangan dari golongan profesional ditolak mentah2 seolah-olah golongan profesional ini akn menyesatkan PAS.

Dulu saya pernah menulis mengenai pemilihan calon utk calon Pasir Panjang, Lumut. Saya mempersoalkan kenapa Roha, kerana dgn waktu yg begitu terhad bukan mudah utk PAS mempromosikan siapa calon mereka. Apatah lagi PAS tiada akhbar harian.Bila dia dicalonkan ramai yg bertanya, siapa Roha???

Lebih sedih apabila bekas Ketua Wanita PAS memberitahu saya, Roha dipilih kerana permintaan dari Muslimat sendiri kerana belum ada wakil mereka yg bertanding sebelum ini...Terkejut sahaja letak calon, mcm letak calon JKKKK.

Saya kata jika pilih Roha, baik pilih Hamidun...80% pengundi DUN Pasir Panjang samada dari Umno atau PAS sudah mengenali beliau. Malah Hamidun telah lama buat kerja bagi pihak DS Nizar. Jika dia bertanding, tugas PAS lebih mudah cuma mempromosikan manifesto parti dan PR.

Lihat DAP di KK, khabarnya mereka sudah meletakkan calon utk PRU 14. Ini memudahkan utk calon buat kerja dari skg. Sb itu Rafizi dulu tetap berkeras akn bertanding di Pandan sebab dia sudah buat kerja di kawasan itu 3 tahun lamanya. Akhirnya Rafizi adalah antara mereka yg menang majoriti terbesar di PRU ke 13.

Apa itu buat kerja? Calon bermula 2013, 2014, 2015, 2016, 2017 sudah mula menjalankan tugas tidak rasmi (bukan DUN) sebagai wakil rakyat dgn menghadiri majlis kenduri, kahwin, kematian, gotong royong, rumah terbuka hari raya.Sebab calon dari PR mesti ingat, mereka bukan seperti BN yg mempunyai byk dana. Calon PR hanya bergantung kpd budi yg dikenang.

Jika saya tanya calon PAS Pasir Panjang utk PRU 14, siapa dia??? Nescaya tiada calon lagi yg ditetapkan. Patutnya mulai sekarang PAS sudah war-war kan calon mereka utk calon itu bekerja dari skg dan bukan hanya menjelang pilihanraya. Contoh tauladan terbaik cara seorang pemimpin bekerja, anda lihat Nurul Izzah. Saya sedang menulis mengenai kehebatan Nurul Izzah di mata pengundi Pantai Dalam. Sebaik menang Puteri Reformasi ini terus bekerja utk penduduk kawasannya.

Tapi calon2 PAS mcm bercuti rehat panjang. Apapun utk pilih pemimpin masa depan sebaik-baiknya org tempatan yg berjaya (agama/kerjaya). Golongan profesional lebih mudah diterima di kawasan bandar. Contoh DUN Pasir Panjang 50% pengundinya adalah 'bandar' Seri Manjung dan beberapa tempat lagi. Golongan ulama biarlah di kawasan2 Kampung2 yg mana penglibatan aktivtinya seperti mengajar, menjadi imam, menghadiri majlis2 kematian dan sebagainya.

Skg manusia sudah bijak. Bukan mcm dulu UMNO letak beruk pun boleh menang. Skg zaman org berfikir. Antara faktor yg memenangkan calon ialah ialah faktor calon itu sendiri, kekuatan jentera parti, strategi kempen, manifesto, isu dan imej pemimpin.

PENUTUP

Akhir kata secara jujur byk yg perlu PAS lakukan kerana PAS tidak strategis. Sebelum muncul manusia bernama Anwar, PAS langsung tidak terfikir, bagaimana utk PAS mengusai Malaysia. Lebih 50 tahun berjuang PAS masih tercari-cari formula utk menewaskan UMNO sedangkan UMNO menyimpan rahsia tersebut sehingga Anwar membocori rahsia kelemahan PAS.

PAS mesti tahu UMNO tidak hebat jika parti itu sendirian. UMNO bergabung dgn berbelas parti utk membentuk kerajaan. Tapi PAS bersendirian. Pernah tak pemimpin2 PAS sebelum ini memikirkan, mana mungkin PAS dpt mengusai Malaysia jika hanya Melayu Kelantan sahaja yg menyokong.

Anwar beri formula, pertama mesti bergabung utk menggabungkan kekuatan. Kedua utk berlawan, pembangkang tidak boleh hadir secara kumpulan masing2 kerana ia memecahkan penyokong. Cara satu lawan satu. Formula ini hampir berjaya pada PRU 12 dan 13. Malah dlm PRU 13 peratusan pengundi Malaysia memilih Pakatan Rakyat.

Mana datangnya pengundi tersebut? Ia hadir daripada sokongan pengundi kepada parti2 tadi. Oleh itu PAS mesti melatih orang-orangnya untuk menerima teguran dan bersifat terbuka dengan pelbagai pihak.

Contohnya PAS mesti menggalakkan ahli2 nya bersolat atau menghadiri ceramah agama/kenduri/ kematian ahli2 UMNO. PAS mesti bersikap mesra kepada jamaah2 dakwah untuk menggunakan masjid atau surau yang dikuasai mereka untuk membantu mengembangkan agama Allah (agar PAS tidak dilihat parti atau jamaah politik).

Ketiga PAS mesti membuka seluas-luas pintu kepada golongan profesional di dlm parti sendiri utk meneraju parti untuk dilihat PAS bukan parti pondok lagi. Keempat Ulama2 PAS mestilah menyusun strategi bersama Pemuda untuk memikirkan apakah langkah untuk mendekatkan aktiviti dengan remaja dan penyokong2 atas pagar dengan memainkan peranan dakwah sebagai salurannya.

Kelima PAS mestilah melakukan banyak aktiviti untuk golongan remaja seperti hari2 sukan dan sebagainya. Ambil contoh Ustaz Azhar Idrus beliau sangat diminati kerana keterbukaannya kepada golongan remaja. Membenarkan golongan remaja menyanyi, bermotosikal dan sebagainya asalkan jangan melalaikan dan melanggar syariat.

Keenam, dalam kempen2 PAS selepas ini bab hukum jangan diketengahkan. Saya melihat penyokong ekstrims PAS hanya bergantung kepada satu pandangan sahaja, iaitu menyokong PAS semata-mata kerana Islam. PAS perlu menyusun semula strategi politiknya.

Salam....


p/s : berpinar biji mata baca dari atas sampai ke bawah kan? haha

Thursday, October 10, 2013

Tanda kekuasaan Allah?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Cubalah bertanya kepada bunga-bunga yang bermekaran! "Siapakah yang menumbuhkan dan membuat mereka begitu indah? Atau bertanya kepada sang malam, "siapakah yang memakaikan pakaian kegelapan baginya? Mengapa tidak anda tanyakan "siapa yang meninggikan langit dan menghamparkan bumi?

Sebenarnya, kebanyakan manusia tidak mahu berfikir tentang penciptaan alam ini. Manusia telah dilalaikan oleh kecanggihan teknologi, berkembangnya kilang-kilang, pelbagai macam minuman, pakaian dan makanan.

Imam Ahmad juga pernah ditanyakan mengenai tanda-tanda kekuasaan Allah. Beliau menjawab, "Maha Suci Allah, yang telah menciptakan telur ayam, yang bahagian luarnya bagaikan perak keputihan dan dalamnya kuning keemasan. Ayam itu mengerami telurnya hingga telur itu mengeluarkan haiwan yang baru.

Harun Ar-Rasyid bertanya kepada Imam Malik: "Apakah tanda-tanda kekuasaan Allah?" Jawabnya, "Maha Suci Allah! Betapa pelbagainya suara dan bunyi-bunyian, berbagai-bagainya nyanyian, loghat dan bahasa adalah merupakan tanda-tanda kekuasaan Allah."

*****

Apa yang aku taip di atas adalah apa yang di tulis dibahagian belakang buku tersebut. Membaca sambil berfikir dan dalam pada masa yang sama bermuhasabah akan kekurangan diri. Astaghfirullahal'adzim.


p/s : tepuk dada tanya iman, sudah cukupkah bekalan di dada? 

Monday, October 7, 2013

Kenapa berubah?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.




Hai, entri kedua untuk oktober 2013. Hurmm, baru dua entri je? Malas betul nak menghadap blog dan menaip sejak kebelakangan ni. Ermm, sebenarnya sejak awal tahun 2013 ni memang aku dah makin malas nak menaip. Entah kenapa makin lama mood makin kurang, blurr makin kerap, blog walking apatah lagi. Awal-awal dulu paling kurang sehari satu entri aku taip. Entri entah apa-apa je tapi mungkin masa tu mood aku tengah membuak-buak jadi, aku rajin nak menaip dan berkongsi cerita-cerita merapu aku.

Kalau tak salah aku mula menaip akhir januari 2012. Aku mula tertarik nak menaip lepas baca entri dalam blog sapa entah, aku pun tak ingat dan bermula dari tu aku mula menaip walaupun sebenarnya blog ni aku dah buat sejak pertengahan 2009 lagi. Menaip, berkongsi dan berkenalan dengan blogger-blogger lain memang satu keseronokan yang tak dapat nak digambarkan macam mana. Dapat kenalan baru, walaupun tak bersua muka perasaan tu tak sama dengan berkenalan atau bersembang di alam realiti. 

Tapi sekarang? Hurmm, nak 'sign-in' akaun sendiri pun rasa malas yang teramat sangat. Rasa macam ada satu tembok tebal yang menghalang aku daripada meneruskan niat untuk menggodek-godek blog sendiri dan menelaah segala macam hasil tulisan blogger-blogger lain yang bertebaran di alam maya. Entri yang ni pun jenuh aku nak memikirkan apa yang nak di taip sebab rasanya 'lampu atas kepala' ni teramat malap sampai aku terpaksa 'meraba-raba' mencari kata-kata yang sesuai. 

Apa tujuan sebenarnya aku berblogging? Mencari kenalan? Berkongsi apa saja? Mencari populariti? Meluahkan apa yang tebuku di hati? atau ada sebab-sebab lain? Hurmm...yang mana satu sebenarnya tujuan aku? Aku perlu fikir semula apa tujuan aku menaip di sini, and then baru aku boleh mula aktif menaip semula. Cuma yang pasti, walaupun aku ada blog tak bermakna aku layak dapat gelaran seorang blogger. Itu aku pasti.


p/s : apa lagi aku mahu?

Friday, October 4, 2013

Tragedi Oktober?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


garang tak muka..heh

Hai. Oktober datang lagi untuk kesekian kali. Oktober yang ke-33 kali buat aku sebab dah 33 tahun aku hidup atas muka bumi ni. Erm apa yang tragedi oktobernya? heh. Takde apa pun sebenarnya, saja je konon-kononnya gempak la buat tajuk macam tu. Tak sanggup lagi aku, mengenang kisah lalu...hehe tu je lirik lagu tragedi oktober yang aku ingat, yang lain-lain kamu cari sendiri.

Oktober, laporan audit negara dibentangkan setelah berbulan-bulan kakitangan jabatan audit negara bertungkus lumus menyiapkannya. Dengar cerita ada yang sampai sakit sebab terlalu memberi komitmen untuk siapkan laporan. Terlalu fikir pasal tanggungjawab yang tergalas di bahu, makan pakai pun boleh terlupa, kesihatan diri bukan lagi keutamaan kecuali amanah yang perlu dilaksanakan. Tahniah dan terima kasih kepada seluruh kakitangan jabatan audit.
"Will any steps be taken to address the 'wastage' of government funds or will it just be another 'teh tarik' topic to be forgotten tomorrow?-Jehan"
Pelbagai kelemahan pentadbiran yang terbongkar. Aku rasa bukan laporan kali ni saja yang membongkar kepincangan dan kelemahan. Setiap tahun, setiap kali laporan dibentang pasti pelbagai kelemahan yang terbongkar. Namun aku tengok macam tak ada perubahan je, macam takde tindakan susulan je untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Setiap tahun sama. Setiap tahun pemborosan berlaku. Setiap tahun ada perbelanjaan yang tak masuk akal. Setiap tahun ada saja aset yang hilang begitu saja. Oh lupa, jangan dipersoalkan semua tu. Kalau tak setuju, pergi duduk tempat lain, hijrah ke negara lain.  Peace! ^_^


p/s : kerja itu amanah dan ia perlu dilaksanakan sebaik mungkin dan ia akan dipersoalkan kembali.

Sunday, September 29, 2013

Aku perlu tanggung juga?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Hai. Sambil menunggu pelanggan, aku termenung. Erm termenung memang salah satu hobi aku, hehe. Macam-macam perkara yang muncul dalam benak fikiran. Fikir pasal perangai aku yang kadang-kadang menyesakkan kepala sendiri. Fikir pasal bisnes yang ada masa naik ada masa turun. Fikir pasal cara macam mana nak tambah pendapatan memandangkan kadar kos sara hidup makin lama makin meningkat. Yang paling best, kepala aku berfikir tentang hutang yang bermacam-macam jenis tu. Hutang kereta dan lain-lain. Lepas tu kepala aku terfikir, macam mana dengan hutang negara yang berlambak tu? Hutang isi rumah yang berlambak tu? Adakah ketika di akhirat nanti aku juga akan menanggung azab jika hutang-hutang tu tak terbayar? 

"Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban syahid kecuali jika dia mempunyai hutang (kepada manusia) *Riwayat Muslim*"


p/s : harap ada yang sudi memberi pencerahan. peace ^_^


Rokok naik harga?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Hai, sudah kecoh ya pasal harga rokok bakal naik RM 1.50 sekotak. Alasan diorang naikkan harga sebab tekanan inflasi, kos buruh dan kos input. Satu lagi alasan diorang disebabkan aktiviti penyeludupan "rokok haram" yang terus menerus memasuki pasaran seolah-olah langsung tak dibendung.

Barang keperluan atau kehendak? Bukan barang keperluan macam gula kan? Tak semua orang terkesan dengan kenaikan ni kan? Ada pilihan samada nak beli atau tak kan? Perokok tegar macam aku ni kalau rasa poket tu makin lama makin kempis boleh la beransur-beransur kurangkan pembelian kan? Atau pun berhenti merokok terus kan? Erm cukai rokok tinggi juga kan? Maknanya income kerajaan melalui cukai rokok mesti meningkat juga kan? Kan? Kan? Kan? Hehe


p/s : tepuk dada tanya nafsu, bila lagi nak berhenti? peace ^_^

Monday, September 23, 2013

Tak ada cara lain?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Hai, mesti dah ramai yang tahu pasal saranan pak menteri kesihatan supaya dikurangkan subsidi gula sebagai langkah untuk mengurangkan kes pesakit diabetes dalam negara ni. Macam apa yang dia cakap dalam quote kat bawah tu, agak tinggi juga peratusnya. Niat dia memang bagus cuma saranan dia tu nampak macam nak menambah kesengsaraan 'poket' masyarakat je.
 Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata: "Setakat ini bilangan penghidap diabetes di negara ini telah meningkat kepada 2.6 juta orang atau 15 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia.

Lagi satu. Dulu masa harga rm1.90 per kilo sampai la sekarang rm2.50 per kilo, alasan kenaikannya sama juga. Nak kurangkan kes pesakit diabetes juga. Persoalannya sejak harga naik daripada 1.90 kepada 2.50 tu, peratus kes pesakit diabetes ada penurunan ke? Kalau mentaliti manusia tu masih sama, sampai bila pun masalah diabetes ni takde penurunan. Semuanya bergantung pada kesedaran manusia tu sendiri. Kalau manusia tu rasa dia nak hidup sihat, dia akan jaga kesihatan dia. Kawal pemakanan, amal diet seimbang, beriadah dan macam-macam cara lagi untuk jaga kesihatan diri.

Apa takde cara lain ke nak kekang peningkatan kes diabetes ni? Tukang masak tak reti nak kurangkan gula dalam masakan? Tukang buat kek tak reti nak buat kek yang kurang manis? Kurangkan gula boleh jimat kos kan? Harap-harap saranan tu hanya tinggal saranan tanpa pelaksanaan kalau tak jangan merungut la kalau orang jual kuih sebiji RM 1 pulak lepas ni ye. Erm cadangan potong elaun menteri untuk kurangkan perbelanjaan negara bila nak buat? Jangan cakap saja ya! Cerita dia kat sini.



p/s : erm kuih karipap guna gula tak? kegemaran aku tu! heh. peace! ^_^

Sunday, September 22, 2013

Jangan ikut nafsu!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai, salam hujung minggu. Selamat bersantai pada yang bersantai, selamat berkerja bagi yang berkerja.

gambar pinjam

Kamu ada kredit kad? Untuk apa kamu guna kredit kad? Aku pernah ditawarkan untuk buat kredit kad tapi aku tolak sebab aku takut aku tak dapat kawal perbelanjaan aku. Lagipun kredit kad ni nama lain dia ialah kad hutang. Kalau pengguna kad tak bayar hutang, bank akan isytihar muflis, harta benda kena sita, lima tahun nama disenarai hitam. Itu atas dunia.

Di akhirat nanti kena menjawab kalau hutang masa hidup belum selesai. Seksa kena azab nanti, tak takut ke? Berhutang memang best tapi masa nak kena bayar balik tu jadi tak berapa best kalau belanjanya dah lebih dari pendapatan. Takkan kerja hari-hari cari duit nak buat bayar hutang je? Baca sini



p/s : ukur baju di badan sendiri. peace yo! ^_^

Wednesday, September 18, 2013

Doa hindar marah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

*****


A'uzubillahi minasy syaitanir rajim. Allahummaghfirli zanmbi wazhab ghaizho qalbi wa ajirni minasy syaitanir rajim.

Maksudnya : Aku berlindung kepada Allah daripada godaan syaitan yang terkutuk. Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku daripada gangguan syaitan yang terkutuk.

gambar ambik di sini


p/s : note to myselft ^_^

Saturday, September 14, 2013

Ketentuan Allah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Perjalanan hidup ni memang macam-macam kan. Apa yang kita rancang tak semestinya berlaku sepertimana yang telah dirancang. Kita fikir rancangan yang dibuat itu lah yang terbaik bagi kita namun siapa sangka ada rancangan lain yang telah ditentukan oleh Yang Maha Esa!



1 September. sedang asyik aku melantak hidangan tengah hari di kedai awie, aku didatangi seorang manusia merangkap kawan sekampung yang tak berapa rapat dengan aku. Beliau bertanyakan harga semasa ayam daging kerana pada 15 September beliau bercadang mahu mengadakan kenduri bagi meraikan adiknya yang telah selamat diijab kabulkan dengan gadis pilihan hati. Aku bagi tahu berapa harga runcit dan berapa harga borong yang aku boleh bagi kepada beliau. Tempoh diminta kerana beliau masih perlu berbincang dengan ahli keluarga dan tukang masak bagi menentukan jumlah ayam yang diperlukan. Itu lagi bagus memandangkan keputusan muktamad diperlukan sebelum aku menyediakan tempahan yang diminta.

5 September. Di tempat dan waktu yang sama, beliau datang kepada aku dan memberi kata putus. Setelah perbincangan dilakukan, ahli keluarga dan tukang masak telah sepakat bahawa 40 ekor ayam diperlukan. Tidak terlalu banyak memandangkan dua ekor lembu bakal ditumbangkan, ikan patin sangkar telah ditempah dan ayam itu hanya sebagai lauk sampingan. Lagipula pada hari itu dua kenduri bakal berlangsung. Kata muktamad diberi dan aku sanggup menyediakan tempahan yang dibuat.

Rutin harian berjalan seperti biasa pada hari-hari seterusnya. Kerja menyiapkan tempahan harian dilakukan seperti biasa. 

13 September, 09:45 pagi. Aku menghantar pesanan ringkas kepada taukey supaya menghantar bekalan pada malamnya memandangkan pada pagi 14 September aku perlu menyiapkan tempahan yang dibuat oleh kawan sekampung aku tu. Pesanan ringkas telah dihantar dan aku mengandaikan ia telah sampai ke peti pesanan taukey aku.

23:00, 13 September. Kebiasaannya pada waktu ini bekalan yang diminta telah sampai ke kedai tapi bekalan yang ditunggu masih belum sampai. "Mungkin bekalan dihantar lewat sedikit", hati aku berkata. "Tak mengapalah, mungkin esok pagi baru sampai", kata hati aku lagi. 

14 September. Penggera telefon bimbit aku berbunyi mengejutkan aku dari mimpi. "Sudah-sudahlah tidur tu, bangun cepat siapkan tempahan orang,"  mungkin itulah yang penggera telefon aku tu cakap. Usai mandi dan bersiap aku terus bergegas ke kedai untuk menyiapkan tempahan. Terkejut dan sedikit kecewa bila sampai ke kedai. Bekalan yang diharapkan tak sampai seperti yang diharapkan. "Arghh!! macamana aku nak siapkan tempahan ni? Barang tak ada!" hati mula berkata sambil dahi berkerut memikirkan jalan penyelesaian.

"Bos, mana ayam yang aku tempah?"  aku hantar pesanan ringkas kepada taukey. Selang dua minit pesanan ringkas dibalas. "Aiya, sorry u punya mesej saya baru dapat, ini malam saya hantar boleh?" macam tu lah lebih kurang ayatnya. Huhu sedih aku dibuatnya. Macamana aku nak buat ni!

Belek-belek telefon, terus dail nombor kawan yang jual ayam macam aku. "Bro, aku nak minta tolong sikit. Ayam aku tak cukup, dah order tapi taukey tak hantar," macam tu lah lebih kurang ayat aku. "Ok, aku boleh tolong. Nanti aku hantar stok kat engkau," jawab kawan aku. Alhamdulillah, nasib baik kawan aku boleh tolong. Tenang jiwa. 

Aku proses dan siapkan bekalan yang ada sambil menunggu bekalan daripada kawan aku. 11:00 pagi stok dari kawan aku sampai. Aku selesaikan kerja, 12:30 aku hantar tempahan ke rumah kawan sekampung yang tak berapa rapat dengan aku tu. Alhamdulillah selesai kerja aku untuk hari ni. Esok dan hari-hari seterusnya tak tahu lah apa pula yang bakal terjadi. Aku, hanya perlu redha dan teruskan kehidupan.

Perancangan yang aku buat selama hampir dua minggu tidak berjalan seperti yang diharapkan. Ketentuan Allah semua tu. Aku merancang, Allah juga merancang namun sebaik-baik rancangan adalah daripada Allah. 


p/s : dugaan di pagi hari, alhamdulillah selesai juga akhirnya.