Sunday, May 27, 2012

amanah dibahu pemimpin yang berwibawa.

Assalamualaikum

"Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu sekalian untuk menunaikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan menyuruh kamu apabila menetapkan hukum antara manusia supaya kamu menetapkannya dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu dan sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
surah an-Nisa ayat 58

Pemimpin..satu tugas yang nampak mudah tapi cukup sukar untuk dilaksanakan. Tanggungjawab yang perlu dipikul amat berat kerana ia melibatkan semua yang berada di bawah kepimpinannya. Senang cakap jika ada pengikutnya melakukan kemungkaran dan tak ditegah sedangkan dia mengetahuinya maka dia turut sama dipertanggungjawabkan atas kemungkaran yang dilakukan oleh pengikutnya tu..nauzubillah -.-

Seorang pemimpin di atas bahu mereka terdapat satu beban amanah besar yang perlu dipikul dan setiap amanah wajib dilaksanakan dengan sebaik mungkin, dilaksanakan dengan benar dan adil. Tanpa amanah dan keadilan, tak mustahil manusia, negara atau tamadun yang dipimpinnya akan musnah dan hancur.

Rasulullah s.a.w. mengingatkan dalam satu hadis yang bermaksud: "Apabila amanah disia-siakan, maka tunggulah kehancurannya." Para sahabat bertanya: "Bagaimanakah bentuk mensia-siakan itu?" Baginda bersabda lagi: "Apabila sesuatu urusan diserahkan kepada orang yang tidak berkelayakan, maka tunggulah kehancurannya." (riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Malah dalam sebuah hadis sahih, Baginda s.a.w. turut menolak permohonan Abu Zar r.a yang ingin menjadi pemimpin disebabkan kelemahan (daif) beliau dalam menjalankan tanggungjawab. Kepimpinan yang tidak sempurna akan mengakibatkan hukuman yang amat berat diakhirat kelak. Nauzubillah -.-

Semua manusia di atas muka bumi ni dilahirkan sebagai pemimpin. Memimpin diri sendiri ke jalan yang diredhai Allah, jalan yang telah ditetapkan dalam Islam. Apabila amanah kepimpinan dilakukan dengan baik, secara automatik amanah-amanah lain yang berkait rapat dengan hak sesama manusia akan terlaksana.

Maimun bin Mahran mengatakan: "Tiga perkara yang harus ditunaikan, kepada orang soleh atau pelaku maksiat, mukmin atau kafir iaitu amanah, janji dan silaturrahim."

Kesimpulannya perintah untuk bersikap amanah sebenarnya ditujukan kepada semua manusia tanpa membataskan sifat atau keadaan manusia. Amanah untuk memberi keadilan untuk diri sendiri, pemimpin perlu adil dalam melaksanakan apa jua perkara tanpa melihat siapakah mereka kerana ia merupakan tanggungjawab dan kewajipan seorang pemimpin terhadap orang yang dipimpin. -Solusi.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Tidak ada agama bagi orang yang tidak dapat menjaga amanah." (Riwayat al-Baihaqi)




p/s : amanah itu janji dan setiap janji WAJIB ditunaikan.

6 comments:

  1. sentiasalah amanah dalam kehidupan seharian :)

    ReplyDelete
  2. tanggungjawab itu perlu ditunaikan sebaik mungkin :)

    ReplyDelete
  3. pemimpin ni besar tugas nya, besar tggungjwb nya....
    *adekah entry ni ade kne mgena dengan hal ehwal semasa? mcm ade jer.... kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Korn : silap langkah 'menjawab' kat sana nanti..erm ada kena mengena kot hehe

      Delete