Monday, May 7, 2012

selamat hari hol.


hari ni orang yang kerja kat Pahang akan bercuti satu hari sempena Hari Hol, setiap tahun seluruh negeri Pahang akan bercuti satu hari sempena Hari Hol. Anak Pahang yang duduk kat luar dari Pahang tu minta maaf la ye sebab anda semua tetap kena pergi kerja macam biasa. kalau nak cuti juga kena apply la eh jangan ponteng pulak hehe.

erm korang tau ke apa maksud Hari Hol tu eh. erm aku pun baru tahu sebenarnya hihi..ni aku nak kongsi sikit info yang aku tau eh -.-

Hari Hol maksudnya kenduri arwah kalau tak silap aku (kena rujuk kamus), disambut pada 7 Mei setiap tahun. Hari hol diisytiharkan sebagai cuti umum di negeri Pahang bermula pada tahun 1974 sempena memperingati kemangkatan Sultan Pahang Keempat, Almarhum Sultan Abu Bakar iaitu ayahanda kepada Sultan Ahmad Shah yang merupakan pemerintah negeri Pahang sekarang.


haa sekarang dah tau kan apa tu Hari Hol. eh bukan negeri Pahang je ada hari hol, semua negeri ada kot tapi aku tak tau la bila tarikhnya tu. ermm korang mesti tau kan bila hari hol negeri kelahiran korang.



p/s : selamat bercuti kepada semua penduduk yang berada di negeri Pahang.
p/s : sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Almarhum Sultan Abu Bakar.

2 comments:

  1. slamat cuti :) tido smpai pgsan eh ? solat jgn lupe bangun .. hehe

    ReplyDelete
  2. supergirl : orang lain cuti..saya tak cuti pun hehe

    ReplyDelete