Sunday, May 6, 2012

di sebalik 5 jari

Assalamualaikum warahmatullah.


salam hari minggu sekali lagi. mendung je cuaca kat tempat aku sekarang ni, mungkin hujan atau mungkin juga tak jadi hujan. semua tu atas ketentuan Allah.


manusia dikurniakan oleh Allah dengan 5 jari di tangan kanan dan 5 jari di tangan kiri. disebalik anugerah Allah tu tersimpan peringatan yang amat berguna kepada kita. jom kita tengok apa peringatan-peringatan tu..

IBU JARI

- Jari yang besar dan pendek sebagai lambang kematangan dan kehebatan juga sebagai simbolik kepada orang yang banyak pengalaman dan boleh dibuat sebagai tempat rujukan. peringatan supaya menjadi manusia yang berguna dan sebagai pembimbing ke arah jalan yang diredhai Allah.

JARI TELUNJUK

- Jari yang mengungkap satu dan keEsaan Allah s.w.t. ketika solat. jari ini melambangkan ketokohan sebagai petunjuk dan teladan kepada yang melihatnya. peringatan supaya sentiasa tertunjuk ke arah jalan yang benar tanpa berselindung disebalik kemaksiatan.

JARI HANTU

- Jari yang paling panjang sebagai lambang zaman remaja ditinggalkan, zaman dewasa menjengah. Pada peringkat 30-an ke atas kehidupan yang stabil. peringatan bahawa ketika kehidupan yang stabil ini bermulanya sifat-sifat yang tercela. Sifat hasad, sifat ego, sifat tamak dan pelbagai jenis sifat yang bakal mengganggu kehidupan. ketika ini keimanan akan teruji dan dengan menggandakan amal ibadat sahaja cara untuk menghindarinya.

JARI MANIS

- Manisnya jari ini apabila tersarungnya sebentuk cincin sebagai melambangkan kehidupan manusia telah masuk ke alam remaja. disebalik kemanisan itu, tersimpan cabaran dan dugaan juga tersimpan tanggungjawab untuk melaksanakan segala amalan yang wajib. ketika ini perlu setiap manusia perlu menjalankan 'amal makruf nahi mungkar' dengan sebenar-benarnya.

JARI KELINGKING

- Kecil dan kerdil sebagai lambang seorang manusia yang bermula daripada kecil. mengingatkan kita bahawa setiap manusia memerlukan bimbingan sejak dari kecil lagi. bak kata pepatah 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'.

Gen-Q.



p/s : setiap kejadian ada maksudnya yang tersendiri.

2 comments:

  1. yang penting setiap satu jari memerlukan satu sama lain untuk membentuk tangan yang mampu melakukan pelbagai tugasan :)

    ReplyDelete
  2. puteri : betul tu..kurang salah satu alamatnya susah la nak buat kerja kan :)

    ReplyDelete