semalam 1 Mei hari pekerja, cuti umum bagi semua kan. apa yang aktiviti korang eh? mesti best kan dapat pegi jalan-jalan tak pun duduk lepak-lepak je kat rumah. aku? tak cuti pun. kerja je macam biasa, cari rejeki hehe
erm korang pernah dapat duit palsu tak. aku dah banyak kali kena tau, sebelum ni kalau tak silap aku dah dekat lima kali kot aku kena. memula kena memang aku tak perasan, tengah orang ramai-ramai membeli ada la malaun mana entah masuk kedai aku, nak beli rokok dunhill bagi duit rm50. aku ambik duit dan pulangkan baki, lepas semua pelanggan dah keluar tu aku kemas la sikit dalam laci duit tu. aku belek-belek duit, eh terkena aku sebab ada sekeping duit rm50 versi fotokopi. ciskek betei
tadi pun sekali lagi, nyaris-nyaris juga la. nasib baik mama aku belek dulu duit tu tengok takde gambar agong, kalau tak hangus la 90 hengget sebab budak tu bagi duit 100 nak beli rokok sekotak. mama aku tanya mana dapat duit tu, budak tu kata ada sorang askar
erm aku ingatkan kes duit palsu ni dah berenti sebab agak lama juga la aku tak dengar cerita ada sapa-sapa yang terkena. dulu aku dengar khabar ada satu sendiket yang buat keje haprak ni, tokan besar kalau tak silap aku buat keje tu. masa tu orang dok kecoh-kecoh pastu senyap camtu je. agak daekat setengah tahun juga la, tup tup sekarang timbul balik.
nak repot polis pun tak guna rasanya sebab polis kat area aku ni boleh dikatakan semua 'makan suap'. bukan nak kata semua polis macam tu cuma sesetengah je tapi macam pepatah tu la kan 'DISEBABKAN NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA'.
p/s ; harapkan pagar, pagar makan padi -.-
No comments:
Post a Comment