Mula-mula aku nak ucapkan selamat hari Jumaat kepada anda-anda semua. semoga dengan kebesaran penghulu segala hari ni perjalanan hari anda semua berjalan lancar, dipermudahkan dan mendapat keberkatan dari Yang Maha Esa.
semua sudah sedia maklum bahawa "tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima" kan, tapi ikhlas kah kita terhadap pemberian tu. adakah kita memberi kerana Allah atau memberi kerana mengharapkan pujian manusia. hanya diri sendiri yang mampu menjawab persoalan tu kan jadi tepuk dada tanya lah iman =.=
Riak tergolong dalam sifat mazmumah yang mana ia amat dilarang dalam Islam. Riak ini berlaku apabila seseorang melakukan sesuatu perkara hanya kerana ingin menonjolkan dirinya kepada orang lain bertujuan untuk menunjukkan betapa hebatnya beliau. LIHATLAH DUNIA BETAPA HEBATNYA AKU..lebih kurang macam tu la ayatnya hehe
kali ini aku kongsikan sedikit tips untuk merawat hati agar tidak terjebak dengan sifat riak, iaitu...
** Sentiasa bermuhasabah dan menginsafi diri bahawa riak itu boleh merosakkan amal kebajikan dan mendapat azab Allah.
** Sentiasa mengingatkan diri bahawa Allah itu maha Mengetahui dan sesungguhnya Allah mengetahui tujuan riak itu.
** Sentiasa bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah.
** Mengingatkan diri agar membenci perbuatan riak kerana ia adalah perbuatan syaitan.
** Latih diri agar sentiasa membersihkan hati dan jiwa dengan memperbanyakkan amalan kebajikan.
** Sentiasa meningatkan diri agar sentiasa mensyukuri atas segala nikmat pemberian yang dikurniakan oleh Allah.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesuatu yang paling aku khuatirkan di antara kamu ialah syirik kecil." Lalu ditanyakan oleh sahabat, "Apakah syirik kecil itu, ya Rasulullah?" Kemudian Baginda bersabda: "iaitu riak."
p/s : renung-renungkan dan selamat beramal -.-
knp nie?
ReplyDeleteTirah : takde pape..ok je..smiley tu perhiasan je..tak tau nak letak gambar apa :D
Deletela sedih je muka smiley tu
ReplyDeletePuteri : sekadar hiasan je..tp sedih la juga takut ada riak pulak dlm diri ni..nauzubillah :(
Deletebetol betol. so, jauhi riak! eh? hehe
ReplyDeleteeh lupe, wa'alaikumussalam :D
Mr.She : hehe..tq sudi singgah sini :D
ReplyDeletenak tau tak dulu sis slalu konfius antara mahmudah dgn mazmumah masa sk agama hihi
ReplyDeletesis : saya pun camtu juga dulu..lagipun sebutan pun dekat nak sama je kan..konfius juga :D
ReplyDeletehidup kena gembira tak kira apa2 pun terjadi...;)
ReplyDeleteingat² lah selalu
ReplyDeletetakut jugak kalau diri ni dibaluti dengan sifat2 mazmumah..hope xder la sifat tu kerana ia akan membuat hubungan kita sesama manusia dan allah semakin jauh..takut.:)
ReplyDeleteuntuk renungan bersama.moga dijauhkan segala sifat mazmumah dari dalam diri kita
ReplyDeletesinggah jangan tak singgah:D
ReplyDeletenice perkongsian.. yg mana baik2 tu mintak lah di dekatkan...
ReplyDeleteathirah : betul tu..hidup mesti terus :D
ReplyDeletecikgu bada : insyaallah akan sentiasa ingat :)
ReplyDeletecik hana : insyaallah xde kalau dalam hati sentiasa ada Allah :)
ReplyDeletearelan : sama2 kita muhasabah kelemahan dan kelebihan dalam diri kita
ReplyDeletemichelle hopell : tq singgah..nnt saya singgah balik :D
ReplyDeletekorn : yang buruk minta dijauhkan..terima kasih
ReplyDelete