asal usul pekerjaan mulut adalah untuk beribadah dan bersifat mulia dengan sentiasa berzikir pada Allah s.w.t., melahirkan ucapan yang disenangi orang lain, menyatakan kesyukuran dan kebesaran Allah s.w.t., menyuruh yang makruf dan mencegah kemungkaran dan menyampaikan risalah Allah dan Rasulullah. namun ia juga boleh membawa padah apabila manusia tidak menggunakannya untuk menjalankan amanah yang ditetapkan oleh Maha Pencipta.
"Hendaklah kamu berkata baik ataupun diam."
Diam yang dimaksudkan oleh Rasulullah mengandungi banyak hikmah, antaranya..
1) Apabila kurang bercakap kita akan lebih berfikir dan apabila lebih berfikir, akal akan menjadi lebih tajam.
2) Fikiran yang tajam akan menjamin tindakan yang kita lakukan berlandaskan keimanan bukan nafsu.
3) Kurang dosa kerana bila banyak bercakap, banyak dosa. bila banyak dosa, kurang malu. bila kurang malu, akan seenak-enaknya melakukan maksiat.
4) Tidak menyakiti perasaan orang lain meskipun tidak berniat untuk menyakiti perasaan orang lain.
5) Dapat menilai baik buruk sesuatu tindakan kerana jika banyak berkata-kata, akan menyukarkan hati untuk menilai dan menyelidik.
p/s : bercakap ketika perlu sahaja -.-
bercakap bila perlu dan bercakap selepas berfikir :)
ReplyDeletesis : fikir baik buruk sblm bercakap kan kan kan :)
ReplyDelete