Friday, May 11, 2012

rawatan lidah

Assalamualaikum warahmatullah.

"Mulut manusia memang macam tu, kalau mulut tempayan boleh la tutup"


Korang mesti selalu guna ayat ni kan kalau ada orang dok mencaci dan korang rasa malas nak melayan cacian tu. Manusia, bila hati dah terlampau banyak termakan hasutan syaitan memang macam tu, pantang tengok orang lain lebih sikit, ada je tak puas hati ada je yang tak kena pada pandangan diorang kan.

Perbuatan mencaci atau menyakiti hati orang lain termasuk dalam kategori dosa besar dalam Islam kerana in boleh menjejaskan nama baik atau maruah orang yang di maki atau yang disakiti hatinya.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Seorang mukmin bukanlah orang yang suka mencerca, bukan suka menghina, bukan suka membuat keji dan bukan orang yang suka bercakap keji."

Kali ni aku nak kongsi sikit cara-cara nak merawat lidah supaya dijauhkan dari perbuatan mencaci atau menyakiti hati orang lain, iaitu :-


1) Berkata-kata dan berbual menggunakan perkataan yang baik, lemah-lembut dan mesra.

2) Menjauhi daripada sikap menghina, mengutuk, merendah-rendahkan sesama Muslim.

3) Bergaul dan berkawan sesama rakan yang baik, dan berdamping dengan orang yang tinggi ilmu agamanya.

4) Mengelakkan diri daripada bersikap suka bermusuh, suka mengumpat dan suka bertengkar.

5) Meringankan lidah untuk memohon maaf dengan orang lain sekiranya ada membuat kesilapan atau berbuat salah.

6) Mengamalkan sikap berbaik sangka dan mengelak dari bersikap buruk sangka terhadap orang lain.

7) Mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain.


p/s : lidah tak bertulang -.-

6 comments:

  1. kena amal cara merawat lidah nh :) baik dari pelbagai aspek

    ReplyDelete
  2. oopet : hati senang jiwa tenang kan :D

    ReplyDelete
  3. lidah ibarat senjata yang paling tajam

    ReplyDelete
  4. aku ingatkan rawatan lidah apa tadi?? kekekeke.... kerana lidah .... badan binasa.!

    ReplyDelete
  5. puteri kasih : luka kerana lidah parutnya takkan hilang sampai bila-bila kan :(

    ReplyDelete
  6. black jeepsu : hehe rawatan menjaga lidah..betul betul..kerana lidah badan binasa :)

    ReplyDelete