Saturday, August 31, 2013

Demi masa.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Masa berlalu pantas tanpa di sedari. Hidup mungkin sudah semakin hampir ke penghujungnya, entah bila tiada yang dapat memberi jawapan kecuali sang pencipta, Allah s.w.t. Sesiapa yang bergembira diakhirnya nanti hanyalah si hamba yang teguh pendirian dan amalannya, mematuhi segala suruhan dan larangan-Nya. Mengikut segala ajaran yang di ajar melalui perantaraan pesuruh agung Nabi Muhammad s.a.w kepada sekelian manusia. Adakah aku tergolong bersama mereka yang bergembira itu? atau hanya bergembira di atas bumi yang di tumpang sementara.

Ogos 2013 bakal melabuhkan tirai. Pergi selamanya dan tak akan kembali lagi. Apa saja yang aku lakukan sepanjang masa itu? Bermanfaatkah semuanya? atau hanya memudaratkan? Adakah perbuatan aku disukai oleh-Nya atau mendapat kemurkaan? Jika direnungkan kembali, terlalu banyak kelemahan yang dimiliki. Memerlukan tindakan segera untuk diperbaiki namun adakah aku akan teguh pendirian untuk memastikan segalanya berpaksikan syariat? Adakah aku akan tetap terus membiarkan segala kelemahan menghantui diri? Meratap sendiri setelah kelemahan terserlah. Walau disedari namun tetap membisu, alangkah ruginya diri membiarkan kelemahan bebas tak terlarang. 

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar" surah al-Asr 1-3



p/s : merenungi kelemahan diri demi kelangsungan hidup yang diredai.

Friday, August 30, 2013

Merdeka.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Salam 1 dunia. Salam merdeka kepada kamu semua. Sudah 56 tahun Malaysia ni terlepas daripada 'penjajahan' kuasa asing kan. Tahun ni apa pula temanya? aku tak ambil tahu pula pasal tu. Tiap-tiap tahun selama beberapa tahun aku hidup menumpang di atas muka bumi ni aku tengok sambutan hari kemerdekaan tapi adakah kita semua faham apa erti disebalik sambutan tu? Atau kita hanya anggap itu semua sebagai hiburan semata? Fikirlah sendiri.

Adakah kita semua benar-benar 'merdeka' di bumi sendiri? Adakah kita benar-benar memiliki jati diri yang merdeka? Adakah kita semua memiliki pemikiran yang merdeka? Adakah kita semua telah merdeka daripada kongkongan hawa nafsu? Adakah, adakah, adakah? berapa banyak soalan da! Merdeka! 


p/s : dalam diam masih ramai yang dijajah tanpa disedari. ^^