Wednesday, October 31, 2012

wanita solehah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
 
*****
 
 
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkankan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang  lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
 
surah  an-Nur : 31

 
p/s sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah -.-

jahat di benci, baik hati....???

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
 
hello bloggers dan readers sekalian.
how are you? i'm fine, thanks!

*****
 
pics source

actually aku tak tau nak kata macam mana dengan sikap sesetengah manusia ni. bila orang buat jahat, bencinya seolah-olah orang tu tak patut wujud atas muka bumi ni tapi bila orang buat baik ditatang bagai minyak yang penuh, macam orang tu takde kesalahan langsung. kadang tu ada sesetengah manusia ni, bila orang buat baik di "pijak" pula kepala orang tu, di "kencing" sampai hancing satu badan di buatnya. kadang tu menyirap juga darah bila kena ke batang hidung sendiri kan tapi nak bising lebih-lebih pun tak guna kan, diam je lah :(  biar tuhan je yang membalas semua perilaku yang menyakitkan hati tu ;( *sabar selagi mampu*

jadi manusia pendiam pun susah juga kan? tak kacau orang, tak ambik kisah hal orang tapi tetap juga ada sesetengah manusia ni yang nak kacau hidup orang pendiam tu. agaknya manusia jenis ni memang tak boleh tidur lena kot kalau sehari tak kacau hidup orang lain. perlu di ingat manusia pendiam jarang marah tapi bila mereka mula marah...seram juga di buatnya..huhu
 
 
"suka jangan terlalu suka, benci jangan terlalu benci" erm memang boleh pakai ayat tu kan? aku tak kata orang lain sebab benda ni pernah jadi pada diri aku sendiri. pernah suka/percaya 100% pada seseorang tapi tak sangka makin lama jadi makin hilang rasa suka/percaya pada orang tu sebaliknya orang yang aku tak pernah suka/percaya sekarang ni boleh tahan kamcing juga la dengan aku :P senang kata kalau nak suka/percaya pada seseorang tu jangan lah sampai 100% perlu ada sifat waspada sekurang-kurangnya 20% ke lebih kurang.

p/s kening sama hitam tapi hati? hanya Allah yang tahu -.-

Tuesday, October 30, 2012

dia tahu semuanya!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


hello bloggers dan readers sekalian..
apa khabar kamu?


*****

sok sek sok sek hidung aku berbunyi. nampak macam tanda-tanda selsema bakal menyerang, hurmm harapnya serangannya tu tak dibuat secara besar-besaran lah kalau tidak susah nak buat kerja. selsema ni bila dia menyerang, badan mula rasa pegal jer, urat-urat pun rasa perit jer kalau tak kuat semangat alamatnya otak fikir nak terbaring jer lah melayan badan yang kurang bermaya tu, kerja pun mula rasa malas nak buat.

pics source

sakit ni salah satu peringatan dari-Nya kan. sebagai peringatan agar kita sebagai hamba tidak terleka atau terlupa bahawa Dia sentiasa ada di sisi kita. memerhati setiap gerak geri kita, apa yang kita buat Dia tahu semuanya. perkara yang kita sesama manusia boleh rahsiakan tapi Dia tetap tahu apa yang kita rahsia kan tu sebab Dia Yang Maha Mengetahui. setiap apa yang berlaku di atas muka bumi ni, DIA TAHU SEMUANYA.

sakit ni juga sebagai salah satu penghapus dosa kerana apabila sakit kita sebagai hamba ni BARU nak ingat pada Yang Maha Esa. aku tak cakap pasal orang lain sebab aku sendiri pun hamba Dia jadi ada masa aku juga terleka, terlupa dan macam-macam jenis 'ter' lagi lah. bukan tak tahu tapi mungkin kerana iman yang ada ni masih lemah jadi bila 'dicucuk' dek setan durjana tu, mudah sangat melatahnya. macam orang melatah tu la kan, tak sedar apa yang dibuat bila dah mula melatah, apa saja yang diarahkan mesti orang yang melatah tu buat. di suruh tumbuk, biru la mata orang sebelah kena tumbuk..hehe 

actually manusia yang sakit ni beruntung sebab sakit ni juga sebagai tanda bahawa Dia sentiasa sayang dan tak pernah lupa kan hamba-Nya, cuma kita sebagai hamba ni saja yang selalu lupa kepada-Nya. ingat jiran di kiri kanan kita tu sentiasa melaksanakan tugasnya tanpa jemu. apa saja yang kita buat, baik atau buruk sentiasa dalam pemerhatian jiran tu. sentiasa di catatkan tanpa tertinggal walau satu pun amalan kita.




p/s insyaallah jika 'diizinkan' sesi blogwalking bakal diteruskan -.-

Friday, October 26, 2012

salam aidiladha

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

hello readers! how are you?

*****

jarang-jarang sekali baru ada entri baru dalam blog ni sekarang. aku minta maaf sebab kunjungan bloggers masih tak terbalas, komen-komen yang ada pun masih tak terbalas. lately asal kepala bertemu bantal jer terus 'hanyut' dibuai mimpi. tak macam dulu 3/4 pagi baru mata minta direhatkan *tua dah* :P

erm kali ni aku cuma nak ucapkan salam aidiladha buat semua bloggers dan readers sekalian. semoga kita sama-sama dapat menghayati erti sebenar raya korban ni yer :) semoga ibadah korban yang dibuat mendapat keberkatan dari-NYA 





p/s raya kedua kenduri sepupu, aku tak dapat nak pergi -.-

Tuesday, October 23, 2012

Dia segala-galanya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kebosanan semakin hari semakin menebal dalam diri. Buntu memikirkan apa yang perlu di buat untuk menghilangkan rasa bosan ni. Semua benda yang di buat tak memuaskan hati, ada saja benda yang tak kena. Bila bosan datang bersarang,  hot temper semakin menjadi-jadi sehingga orang di sekeliling turut terkena tempiasnya, perkara kecik pun boleh jadi besar :(


p/s usah di usul kepada manusia tentang permasalahan yang di hadapi kerana mereka juga seperti kamu ada masalah yang tersendiri, 'usul' kepada Yang Maha Esa pasti terungkai segala kekusutan..insya-Allah  -.-

Monday, October 22, 2012

nak jadi polis cikgu!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
*****
Masa kecil-kecil dulu bila cikgu tanya APA CITA-CITA KAMU? mesti jawapannya macam tajuk kat atas tu kan J aku rasa jawapan tu yang paling banyak orang bagi. Aku pun tak terkecuali sebab salah satu cita-cita aku dulu memang nak jadi polis tapi bila dah besar ni lain pula yang jadi J langsung tak terlintas dalam hati ni nak merealisasikan cita-cita tu, hehe..



111 ribu nisbah 28 juta atau pun 1 nisbah 253, itu lah nisbah di antara anggota keselamatan (polis) dan penduduk di negara ni sekarang. Erm agak berat sebelah kan? Patut la jenayah di negara ni makin menjadi-jadi, hari-hari ada jer kes jenayah dilaporkan sama ada di media cetak atau media elektronik kan? Letih kot seorang nak jaga dua ratus lima puluh tiga orang, itu belum kira lagi anggota keselamatan yang “makan suap” huhu makin bertambah la beban anggota yang “bersih, cekap dan amanah” tu..kan? :P

Dan disebabkan nisbah yang agak berat-sebelah itulah telah membuatkan pintu hati pengarah dan pelakon terkenal, Farid Kamil terbuka untuk menyertai Pasukan Sukarelawan Polis (PVR).
“adakah berdasarkan kepada jumlah polis seramai itu, keamanan negara dapat terjamin? Jadi saya rasa dengan menyertai PVR, kita dapat bersama membantu pihak polis menangani masalah jenayah dan bersama menjaga keamanan negara,” katanya pada sidang media selepas menghadiri sesi temuduga di IPD Shah Alam.

Beliau akan menempuh latihan lasak di PULAPOL Kuala Lumpur dengan penuh semangat, selain sabar dan berani untuk menghadapi pelbagai risiko dalam apa jua keadaan. Dan diharap dengan penglibatan beliau dapat menarik minat masyarakat untuk turut meyertai PVR dan bersama-sama menjaga keamanan negara.
*berita harian*


p/s elaun enam ringgit sejam…hurmm!!!!

Friday, October 19, 2012

tabiat orang berjaya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
 
*****
 
 
 
sepanjang aku hidup belum pernah aku dengar ada manusia yang tak ingin berjaya dalam apa juga bidang yang mereka ceburi termasuklah aku. bila dah berjaya baru dipandang tinggi oleh masyarakat dan yang lebih penting lagi dapat mengubah taraf hidup sendiri. kamu semua juga pasti ingin berjaya kan? jom kita sama-sama baca dan mudah-mudahan dapat amalkan tabiat-tabiat yang insyaallah akan dapat memastikan kejayaan yang diimpikan tercapai.

MENJADI PROAKTIF.
mengemudi hidup sendiri, yakin dan tahu hidup berada dibawah kawalan sendiri, membawa diri untuk mencapai matlamat yang ditetapkan oleh diri sendiri. bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan sentiasa memandang ke hadapan. tidak menyalahkan keadaan atau orang lain atas keadaan diri sendiri. menerima tanggungjawab bahawa apa yang terjadi pada diri adalah akibat dari diri sendiri. pikul tanggungjawab untuk mengubah diri ke arah kejayaan.

FIKIR HASIL AKHIR.
fikir pro dan kontra setiap perkara yang ingin di buat, gambaran akhir sebelum memulakan sesuatu. gambaran tersebut adalah matlamat yang ingin dicapai. seperti sebuah bangunan yang memerlukan pelan, daripada  hanya membina tiang menjadi bangunan mencakar langit. mempunyai gambaran setiap apa yang ingin dilakukan tercapai mengikut perancanagan yang dibuat.

UTAMAKAN YANG PENTING.
merancang dan mengambil langkah melakukan apa yang dirancang mengikut keutamaan kepentingan. penyelidikan ada mengatakan setiap hari minda kita memikirkan 30000 hingga 40000 perkara. dengan pelbagai gangguan yang ada, mereka yang berjaya adalah mereka yang memberi fokus pada kerja yang ada ditangan sendiri.

MENANG-MENANG.
percaya bahawa segala rezeki berada dimana sahaja. untuk berjaya tidak bermakna orang lain perlu gagal, tidak bermakna orang lain tidak mendapat rezeki. fikirkan kejayaan datang dalam pelbagai bentuk dan kepada semua orang dan ia perlu digalakkan untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi.

FAHAM DAN DIFAHAMI.
hebat berkomunikasi bukan hanya hebat berbicara tetapi hebat dalam memahami orang lain. ia menjadikan kita berpengaruh dan dihormati. dikatakan, komunikasi bukan bermula dari mulut  tetapi ditelinga. memahami sesuatu keadaan sebelum membuat sebarang keputusan. faham mereka di sekeliling akan menjadikan kita mudah difahami dan dapat membina hubungan yang lebih baik.

SINERGI.
iaitu mempunyai kebolehan membina hubungan antara mereka dan mereka di sekeliling. sinergi bukan sesuatu yang boleh dibuat-buat, ia terjadi dengan pengalaman dan ilmu yang dimiliki. interaksi dengan pihak lain penting untuk memberi pendedahan dan ilmu baru kepada kita. minda juga akan terbuka dengan pendekatan berbeza apabila menyelesaikan sebarang masalah.

BAIKI DIRI SENDIRI.
berusaha untuk memperbaiki diri sendiri. tidak berpuas hati dengan ilmu yang dimiliki, sentiasa mempelajari perkara baru, sentiasa menambah ilmu dan skil. untuk berjaya ilmu sangat penting, tanpa ilmu kita pasti sentiasa berada dibelakang. 

"untuk berjaya, seseorang perlu memahami sesuatu keadaan sebelum membuat sebarang keputusan"

-maskulin-






p/s berusaha, berusaha dan terus berusaha untuk kejayaan diri -.-
 
 

Thursday, October 18, 2012

love bites mampu membunuh?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

hello readers! what u doing?

*****



dalam hubungan suami isteri, love bites ni biasa la kan. benda sudah halal terpulanglah apa yang nak di buat dek dua insan berlainan jenis tu kan. yang tak biasanya bila dua insan sama jenis tu buat perkara yang sama.
semoga Malaysia ni dijauhkan dari perkara-perkara terkutuk tu, jangan lah sampai diterbalikkan bumi ni macam yang berlaku pada zaman Nabi Luth tu.
NAUZUBILLAHIMINZALIK!!

tahukah anda?
love bites yang terhasil mudah menyebabkan pembuluh darah rosak dan mengakibatkan pembentukan darah beku. darah yang telah beku tadi mengalir ke jantung dan boleh mengakibatkan strok. 
jadi berhati-hatilah ketika bermesra dengan pasangan anda. ok!




UNTUK PASANGAN BERLAINAN JENIS YANG TELAH DIHALALKAN SAHAJA!




berubah wajah?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
 
 
hello readers. what u doing?
 
*****
 
 
wah sudah seminggu aku tak menaip di sini. ada yang rindu ke? erm rasanya tiada siapa yang merindui blog picisan aku ni *poyo lak* ahaks!
dan seperti apa yang kamu nampak sekarang, aku adalah aku telah dibuat sedikit perubahan. actually aku ubah warna dan header tu saja, yang lain masih di kekalkan :)
sekali-sekala buat perubahan tak salahkan? ^_^
aku harap dengan perubahan ni dapat mengembalikan mood aku yang sejak akhir-akhir ni agak susah nak 'berkawan' dengan aku dan aku juga berharap perubahan aku buat ni tak menyakitkan mata kamu semua ye. erm itu saja yang aku nak katakan buat masa sekarang, insyaallah lain kali aku akan kembali menaip di sini.
titik



p/s erm kenapa ayat yang aku guna tu macam pelik je? korang rasa camna? -.-

Wednesday, October 17, 2012

ww : tinggal kenangan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
 
*****
 
 
hitam si nakal

bulat si gebu
 

e-yo si hero malaya

si kurus yang memilih



p/s dalam masyarakat binatang tiada 'MANUSIA' tetapi dalam masyarakat manusia ramai 'BINATANG'

Wednesday, October 10, 2012

ww : angry birds lover!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
 
 
hello readers! what u doing?
 
 
 pink colour okay!



p/s for #BBMteam only..hahaha

Tuesday, October 9, 2012

mr. kapok's

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


hello readers. what u doing? 

*****

pandang kiri pandang kanan terpandang mr kapok aku yang sudah tersandar di dinding sejak sekian lama. erm lama sungguh aku tak memetik tali-tali mr kapok tu. jari pun dah keras rasanya sebab dah lama sangat  mr kapok tu tak berusik sampai dah naik sawang, kalau nak main pun tali mesti kena tukar baru, kena tuning semula dan yang paling penting kena lembutkan semula jari jemari aku ni baru lancar jer masa nak memetik kod-kod tu nanti.

sampai bersawang mr kapok..hehe

actually mr kapok ni  aku beli masa kerja di nilai dulu, masa tu harga dia lapan puluh ringgit jer. erm maknanya sudah hampir 10 tahun usia mr kapok di tangan aku tapi terus terang aku cakap, aku tak berapa pandai nak memetik mr kapok tu. belajar tak habis lagi hehe. tak sempat habis belajar aku dah challo balik pahang dan sejak aku balik pahang makin jarang aku dating dengan mr kapok ni. takde geng nak ajak layan satu hal, sibuk dengan kerja satu hal dan akibatnya tersandar di dinding je lah mr kapok tu.


first song yang aku belajar petik, lagu XPDC tapi tak ingat dah tajuk lagu tu. then aku belajar bass lagu  fight for your fight by A.C.A.B, erm ada lagi ke group ni eh? then aku belajar lagu another you by cromok dan banyak lagi tapi semuanya aku dah lupa macam mana nak petik sebab dah bertahun aku tak petik lagu-lagu tu. erm nampak gayanya aku perlu mula berlatih semula itu pun jika berkesempatan, jika tidak mr kapok tu akan tetap terus tersandar di dinding je lah..hehe



video semestinya dari youtube lah..hehe



p/s pandang mr kapok teringat kisah dulu-dulu -.- AP

Monday, October 8, 2012

benda dah nak jadi.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
 
 
hai readers sekalian , sihat dan berbahagia selalu hendaknya..
 
 
nasib baik dia comel kalau tak.....

 
 
 
 sikit lagi nak kena biji mata aku...huhu




p/s aku hanya menaip apa yang aku rasa nak taip...titik

Sunday, October 7, 2012

tangan dan kaki jadi sejuk.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

hai bloggers dan reasers sekalian, 
selamat berhujung minggu aku ucapkan.

*****

Pernah tak kamu rasa kebas tangan? jika rasa kebas itu kerap dan berulang-ulang, kemungkinan kamu mengalami kerosakan pada saraf di jari, pergelangan tangan, lengan, leher atau juga dikenali sebagai sindrom Raynaud. Jika ia terjadi, jangan hanya sekadar sapu minyak panas sebaliknya perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Sindrom Raynaud adalah gangguan vasospastik iaitu pembuluh darah terkecil di jari tangan dan kaki mulai mengecut. ia menyebabkan jari kaki dan tangan menjadi hitam dan berubah rapuh. Pembuluh darah mulai menyempit apabila terkena suhu dingin yang ekstrem atau ketika seseoraang itu emosional atau marah. Merokok dan berkerja dengan mesin yang bergetar juga adakalanya boleh menyumbang kepada penyumbatan pembuluh darah.



SIMPTOM
Antara tanda-tanda yang perlu dikesan selain kebas kaki dan tangan ialah :

Perubahan warna tangan sama ada biru atau putih (pucat).
Kebas tangan atau kaki atau hilang daya sentuhan.
Luka.
Kulit menjadi sangat tegang dan keras.
Pembengkakan sendi-sendi seperti di pergelangan tangan yang memberi tekanan kepada saraf median yang akan mengurangkan kelancaran peredaran darah di tangan.
Mengalami migrain dan tekanan darah tinggi dalam paru-paru. (hipertensi pulmoner)
Jika anda sering mengalami kejang arteri, kemungkinan risiko mendapat penyakit ini agak mudah.
Jika jari tangan dan kaki menjadi putih, biasanya berbintik-bintik. Hanya satu jari tangan atau jari kaki atau beberapa jari kaki atau tangan akan kelihatan putih dan merah.
Jari tangan dan kaki terasa seolah-olah keras, rasa tertusuk jarum dan rasa terbakar.


RAWATAN DAN LANGKAH BERJAGA-JAGA.

Lindungi tubuh badan daripada suasana sejuk yang melampau.
Sentiasa melakukan senaman dan makan secara teratur sepanjang hari.
Rendamkan tangan dan kaki ke dalam air suam.
Mengambil su[lemen seperti vitamin C dan E, minyak EveningPrimrose Oil dan bawang putih.
Elakkan mengambil ubat-ubatan yang boleh menyempitkan saluran darah.
Berhenti merokok kerana nikotin menyebabkan pembuluh darah mengecut.
Sentiasa panaskan badan dengan masuk ke dalam rumah apabila sejuk.
Lakukan aktiviti berjalan 15 hingga 30 minit, dua kali sehari adalah lebih baik.
Rehatkan diri dan lari daripada situasi yang menyebabkan tekanan.
Memakai pakaian yang tebal misalnya topi (kepanasan badan hilang ke persekitaran melalui kulit kepala).
Mengambil bahan semulajadi seperti ekstrak daun ginko biloba.
Pastikan kaki sentiasa berstokin.
Menggunakan sarung tangan ketika membuka atau memasukkan bungkusan makanan ke dalam peti ais.


Penyakit yang mempunyai simptom lebih kurang sama melibatkan tangan yang sejuk ialah anemia, penyakit Bierger, diabetes, peripheral vascular disease (PVD) dan scleroderma. Penyakit ini turut menimpa semua jantina tidak kira lelaki atau perempuan tetapi biasanya lelaki lebih terdedah kepada keadaan yang sejuk dan dingin di tempat kerja. Tetapi wanita juga mempunyai risiko yang sama sekiranya tidak diatasi. Sekiranya umur anda di atas 40 tahun, sentiasalah membuat pemeriksaan kesihatan kerana kemungkinan risiko akan mendapat penyakit stroke. Jika anda dalam usia muda, suatu kelainan sistem saraf adalah kemungkinan penyebab.

-maskulin-




p/s erk..merokok salah satu puncanya =.=

Saturday, October 6, 2012

pilihan di tangan anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

hai bloggers dan readers semua..
sedang apa dan di mana? harapnya rutin harian kamu berjalan lancar yer..

*****

pilihan dan memilih, dua perkara yang pasti berlaku dalam kehidupan kita sebagai manusia. persoalannya adakah betul pilihan yang kita buat? bolehkah direalisasikan pilihan yang telah di buat? menyesal atau tidak dengan pilihan yang telah di buat? aku selalu terlibat dalam situasi ni sehingga ada ketika aku tak tau nak buat keputusan macamana. dilema aku di buatnya.



sedar atau tidak, setiap saat kita perlu membuat pilihan atau keputusan. samada melibatkan perkara yang nampak remeh seperti apa yang hendak di makan pilihan dan keputusan tetap perlu di buat. malah dalam menentukan hala tuju hidup, kita juga perlu membuat pilihan dan keputusan. kita selalu memberi alasan "tiada pilihan" atau "semuanya sudah ditentukan" seolah-olah kita ingin menyalahkan pihak lain kerana tidak memberi pilihan sedangkan pilihan sentiasa ada ditangan kita.

apabila pilihan sudah di buat, itu bermakna kita telah bersedia untuk menghadapi segala risiko yang bakal datang. untuk itu Islam telah mengajar kita konsep usaha, doa dan tawakal. berusaha sehabis daya untuk merealisasikan pilihan tersebut, disusuli dengan doa ke hadrat ilahi agar pilihan yang di buat mendapat keberkatan. dan setelah itu barulah kita berserah kepada Allah. bertawakkal bahawa segalanya datang daripada-Nya dan hanya Dia yang berhak untuk memberi atau tidak.



kurang selesa dengan kehidupan yang sedia ada tidak bermakna ianya akan kekal selamanya kerana semuanya bergantung kepada diri kita sendiri samada untuk berubah atau terus kekal dalam situasi yang sama. namun ada ketikanya sukar untuk membuat keputusan kerana takut untuk berdepan dengan risiko dan mengambil jalan mudah dengan mendiamkan diri. terperangkap dalam membuat keputusan akan membuatkan kita berada dalam dilema dan memberi tekanan kepada diri sendiri. jalan termudah untuk keluar dari tekanan dan dilema itu adalah membuat pemilihan yang sesuai. tepuk dada tanya iman.



dalam membuat satu-satu pilihan perlulah berpandukan akal, iman dan amal. bertenang sebelum membuat pilihan atau keputusan dan dapat membezakan antara akal dan emosi maka insyaAllah proses membuat pilihan atau keputusan dapat dilakukan dengan baik.

redha dengan keputusan atau pilihan yang telah di buat, berusaha sebaik mungkin untuk merealisasikannya. jika segala usaha, doa dan tawakkal telah di buat, akan tetapi tidak mendapat hasil seperti yang diharapkan, tidak bermakna keputusan atau pilihan kita itu salah sebaliknya yakinkan diri bahawa Allah sedang menguji kita.  tenangkan fikiran, positifkan pemikiran untuk terus berusaha atau menukar strategi baru.


"Ya Allah, ssesungguhnya aku mohon pilihan-Mu dengan ilmu-Mu, dan aku mohon kepastian kepada-Mu dengan kekuasaan-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa, Engkau Maha Tahu dan Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui urusan ini baik bagi ku, untuk agama ku, untuk penghidupan ku dan akhir kesudahannya kelak, maka takdirkanlah hal itu bagi ku dan mudahkanlah bagi ku, kemudian kurniakanlah keberkatan bagi ku. dan apabila Engkau mengetahui pekerjaan itu buruk bagi ku, untuk agama ku, untuk penghidupan ku dan akhir kesudahannya kelak, maka singkirkanlah hal itu daripada ku dan hindarkanlah aku daripadanya. takdirkanlah hal-hal yang baik bagi ku di mana kebajikan itu berada, kemudian berilah aku menyenanginya"


sekadar renungan untuk diri sendiri agar lebih maju di masa hadapan dan semoga segala keputusan dan pilihan yang aku buat dipermudahkan dan mendapat keberkatan dari-Nya.
insya-Allah

-maskulin-


p/s saling ingat mengingatkan sesama manusia

Friday, October 5, 2012

sepuluh perkara patut tahu!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
 
hai bloggers dan readers sekalian..sedang apa dan di mana yer? semoga dengan keberkatan penghulu segala hari ni, segala urusan dipermudahkan dan diberkati :)
 
*****
 
lelaki mudah mendapat buta warna iaitu 10 kali ganda berbanding wanita.

Keyboard termasuk sebagai peralatan terkotor di dunia (buat orang yang selalu berada di hadapan komputer)

 Perut menghasilkan lapisan lendir setiap dua minggu agar tidak mencerna organnya sendiri.

Pihak tentera udara di beberapa buah negara menggunakan gurun untuk menyimpan menyimpan kapal terbang atau pun sebagai markas. ia merupakan tempat paling sesuai menyimpan barangan besi kerana faktor kelembapan rendah yang mengurangkan karat.

Untuk mengekalkan suhu sejuk, burung unta akan kencing pada kakinya sendiri supaya ia akan terasa sejuk apabila air itu tersejat.

Seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

Anai-anai terangsang dengan muzik. Jika anda memasang muzik, anai-anai akan memakan rumah anda 2 kali lebih pantas.

Mata yang anda lihat pada watak anime atau kartun Jepun sebenarnya berasal daripada mata ikan.

Pada Mac 2010, Mcdonald's telah membuka universitinya, Hamburger University bertempat di Shanghai, China. Pusat pengajian itu tidak mengajar cara membuat burger atau kentang goreng sebaliknya melatih pelajar tentang kaedah pengurusan perniagaan.

sure or not?

sumber dari google dan majalah maskulin

p/s fakta atau auta, lu fikir la sendiri -.- 

Thursday, October 4, 2012

negaraku aman!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
 
 
hai bloggers dan readers sekalian..
 
 
*****
 
 
boleh dikatakan setiap hari kejadian jenayah berlaku sampaikan ada ketika rasa takut nak buat kerja atau apa juga jenis aktiviti terutama sekali aktiviti di luar rumah. belek akhbar ada artikel pasal jenayah, tengok berita di televisyen ada laporan tentang kejadian jenayah, yang berlaku tapi tak dilaporkan pun banyak juga rasanya kan. tadi aku baca sinar harian online, terbaca juga artikel tentang kejadian jenayah.
 
 
RM1 JUTA DILARIKAN LIMA LELAKI BERSENJATA.
mengikut apa yang di tulis dalam artikel tu, kes yang berlaku di Jalan Tiong Off Jalan Eng Ann, Klang ni lebih kurang sama dengan kes pemandu van keselamatan di tembak mati tu. yang membezakannya cuma kali ni pemandu dan rakan setugasnya tidak di apa-apakan cuma senjata dan duit yang dilarikan manakala van keselamatan tu dibakar.
 
 
 
 
 
ada tanda soal dalam kepala aku sekarang ni. MALAYSIA AMAN? kalau mengikut apa yang di gembar-gemburkan, Malaysia ni memang aman, rating jenayah menurun setiap tahun tapi kalau ikut berita yang di siarkan saban hari tu....Malaysia aman!!! 
 
Catch some of Malaysia's finest musicians right HERE!

aku bukan nak mempersoalkan tugas pelaksana undang-undang, diorang semua tu memang dah berpenat lelah mengerah keringat nak memastikan keamanan negara ni terjamin cuma aku musykil sebab seolah-olah bentuk-bentuk hukuman yang ada sekarang ni langsung tak membuatkan sang penjenayah ni kecut perut. kadang tu aku tengok pusat dengan penjara tu dah macam rumah kedua pula, keluar masuk muka yang sama tapi tetap takde perubahan, masih juga dengan 'rutin' yang sama.
How cool are the cities in Malaysia?
bagi aku pihak berwajib perlu buat sesuatu dan tak terkecuali juga kita sebagai satu masyarakat perlu juga memainkan peranan untuk menjamin keselamatan dan keamanan sesama kita kan. atau perlukah difikirkan semula tentang perlaksanaan HUKUM HUDUD
 
 
 
 
 
p/s masa kecik dulu cita-cita nak jadi polis...hehehe

Wednesday, October 3, 2012

ww : seriau tapak kaki

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
 
 
 sumber
 
  Sleepy? Forgetful? feeling tired all the time? If these describe you, maybe you want to try THIS!
 
 
p/s kalau aku mesti ketar kepala lutut -.- AP

perempuan pun ramai juga!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
 
hai bloggers dan readers sekalian..
sedang apa dan di mana ya?
 
*****
 
erm actually aku blur sekarang ni, apa idea pun takde nak taip pasal apa kali ni. taip pat lima nam patah, padam semula..so apa jer yang terlintas dalam kepala aku taip kat sini..hehehe
erm kamu suka main game tak? tak kira la game dalam PC ke, dalam lappy ke atau dalam gadget lain. aku akui aku memang boleh di katakan 'hantu' game, ibarat kata kalau sehari tak main game rasa tak lengkap perjalanan hidup aku...oloh ter'over' lak rasanya statement aku tu hahaha
hari-hari kot aku layan game ni..
actually tadi tengah bosan-bosan duk di kedai, aku belek-belek majalah kreko. sehelai demi sehelai aku selak muka suratnya utk yang entah ke berapa kali aku pun tak ingat, terjumpa la satu artikel pasal gamer.
remaja lagi ke aku ni? hehe
dalam artikel tu tertulis 
HAMPIR SEPARUH GAMER ADALAH PEREMPUAN
oh boleh tahan juga rupanya yer, aku ingat selama ni majoriti gamer adalah lelaki rupanya aku silap. 
fuyyo double joystick tu..semangat!!
menurut sebuah laporan yang dikeluarkan oleh Entertainment Software Assocition (ESA), hampir separuh gamer iaitu 47% adalah perempuan. kebanyakan gamer perempuan adalah dari golongan yang berusia hampir tiga puluh tahun dengan 30% berusia lapan belas tahun ke atas. 
namun, gamer lelaki bermain lebih lama apabila dibandingkan debgan perempuan. menurut laporan tersebut gamer lelaki bermain selama enam belas tahun berbanding gamer perempuan yang bermain hanya dua belas tahun. perkembangan telefon pintar dan tablet juga memainkan peranan penting dalam kemajuan dunia permainan video.
erm aku rasa memang betul laporan kajian tu sebab dari apa yang aku perhati memang ramai pun gamer perempuan sekarang ni. nak pula masa tengah bosan,, takde apa nak buat layan game la kan..ke ada perempuan diluar sana yang nak menafikan keputusan laporan tu..hehehe :P
Snap a photo, write a caption & WIN RM5000 cash!
p/s nak main game ps tak dapat..wa punya tv sudah rosak!!!!!! =.=
 

Monday, October 1, 2012

hidup mesti terus!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


hai bloggers dan readers semua..
sihat sejahtera hendaknya :)

*****

ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya mendung menyapa di petang hari..sebenarnya takde apa pun cuma nak bagi tahu pagi tadi cuacanya cerah tapi sekarang ni cuaca dah mula mendung, mungkin akan hujan malam ni tapi terpulang kepada Yang Maha Esa untuk menentukan semua tu.


september sudah berlalu meninggalkan aku tapi banyak perkara yang berlaku sepanjang september yang agak membuatkan aku buntang biji mata untuk mengharungi segala corak perjalanan hidup yang tertulis untuk aku. perjalanan hidup yang agak meletihkan tapi sebagai hambaNya, aku tetap perlu meneruskan langkah mengharungi segala dugaan dan cabaran yang mendatang. 


seperti tahun-tahun yang sudah. kali ni oktober datang lagi memunculkan diri..syukur alhamdulillah aku masih lagi di  beri peluang untuk menikmati dan menjalani kehidupan di atas muka bumi Allah yang tak pasti sampai bila kewujudannya akan kekal. yang pasti segala yang ada di atas muka bumi ni dan termasuk juga bumi ni ada tarikh tamatnya cuma masa dan ketikanya hanya Dia yang tahu.

semoga perjalanan hidup aku dan kamu semua berjalan dengan lancar, diberikan kesihatan yang berpanjangan, dipermudahkan segalanya dan yang paling penting agar segala amalan kita mendapat keberkatan dari Yang Maha Esa.

semoga semua jemaah mendapat haji mabrur.


p/s manusia merancang Allah juga merancang tapi sebaik-baik perancang adalah Allah.