Wednesday, May 2, 2012

askar masuk kampung.

Assalamualaikum warahmatullah.

eh kenapa pulak askar nak masuk kampung eh. hoho ada askar datang buat latihan kat tempat aku la, takde apa yang pelik pun cuma aku je yang jakun hehe. ish macam tak pernah tengok askar pulak aku ni hehe.


erm ni cerita tiga empat hari lepas sebenarnya aku je yang baru rasa nak post sini hari ni hehe. dengar khabar diorang ni dah sebulan lebih kot dok buat latihan tempur kat luar kem ni. katanya diorang ni dari kem terendak nu eh melaka takde hutan ke :P


macam jakun je aku tengok diorang semua tu hehe kecik-kecik dulu kononnya cita-cita nak jadi askar tapi bila dah besar suka tengok cerita askar je hehe. dengar khabar lagi diorang start dari hutan lanchang nu. diorang start main tembak-tembak kat sana pastu berjalan kaki kot dari satu hutan ke satu hutan baru sampai ke bera tempat aku ni tiga empat hari lepas. berderet kereta perisai masuk sini, habis lembu-lembu orang kampung lari jenuh pulak nak mencari. lembu ayah aku pun sama dua jam mencari baru jumpa nasib baik la tak lari jauh huhu.


memalam pukul satu pagi heli dok berlegar je atas rumah, dah la rendah bergegar rumah aku yang separuh siap ni dibuatnya. ngek betei. pastu diorang men perang-perang kat dalam ladang tu. tret tet tet tet cam tu kot bunyi senapang diorang hehe. erm bukan takat lembu je lari, mat pit yang dok berkampung dalam ladang tu pun lari tukar 'port'. takut kena tembak kot hehe

semalam diorang dah gerak balik kot sebab katanya latihan dah abis. tapi aku tengok ada je lagi trak masuk, ermm nak angkut barang kot. biar lah tak penting pun, yang penting takde lagi gangguan tengah-tengah malam hehe.


p/s : nak jadi askar tak layak, dapat tgk askar pun jadi la hehe

14 comments:

  1. pak cik nad ada situ jugak..:)

    dorang selesai berkampung kat tasik bera dorang berkampung kt tmpt lain pulak..:)

    hihi...sempat jugak nad kenai anak buah pakcik ensem2..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh ada pakcik nad eh..erm dari tasik bera dorg berkampung kat kepayang ni plak..

      oo ulat bulu da naik daun hihi

      Delete
  2. hihihi..ingatkan awak yg askar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nana : cita2 je nak jd askar..btl2 tak pun hehe

      Delete
  3. baru sempat singgah sini (^___^) terbizi sket...hohoh

    ReplyDelete
    Replies
    1. eeiyss : thanks singgah..nnt saya jenguk is eh :)

      Delete
  4. Replies
    1. Nelly : da terlebih umur nak join hehe ;)

      Delete
  5. askar masuk bdar bile lg ? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. supergirl : lepas masuk kg dia masuk bandar pulak hehe

      Delete
  6. kat depan rumah puteri, hampir tiap2 hari leh tengok askar-askar gi jogging pagi-pagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. puteri kasih : rumah dekat dengan kem eh..

      Delete
  7. ha ah rumah puteri berdekatan ngan kem ..hikk

    ReplyDelete