Monday, May 7, 2012

sakit belakang.

Assalamualaikum warahmatullah.

untuk mengatasi masalah sakit belakang/pinggang, selalunya doktor akan menasihatkan kita supaya banyakkan berehat tapi betul mujarab ke cara tu sebab selalunya masa baring memang la tak rasa sakit pinggang tu tapi masa nak bangun dari pembaringan tu, ya Allah peritnya rasa.

rupa-rupanya kaedah baring ni hanya boleh diguna pakai untuk beberapa hari je sebab baring terlalu lama juga boleh menyebabkan sakit belakang bertambah teruk. dianggarkan 80% orang pernah mengalami sakit belakang sehingga mengganggu aktiviti harian mereka.

Pakar Bedah Tulang Belakang, Dr Siow Yew Siong berkata sakit belakang menduduki tangga kedua dalam masalah neurologikal (sistem saraf). sakit belakang menandakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem saraf kita. saraf sihat sepatutnya bergerak bebas di dalam badan bagi memastikan bekalan darah, pertukaran cecair badan dan khasiat makanan berlaku dengan sempurna, kata Dr Siow Yew Siong lagi.

terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan sakit belakang antaranya, kedudukan badan yang tidak betul, melakukan aktiviti di luar kebiasaan, obesiti, merokok, tekanan, posisi tidur tidak elok dan mengamalkan gaya hidup tidak aktif. tapi perlu dingat, berehat terlalu banyak juga boleh menjadi faktor kepada sakit belakang malah duduk terlalu lama juga boleh menyebabkan kita sakit belakang kerana ketika duduk, kita memberi tekanan paling tinggi kepada bahagian bawah tulang belakang.

"mencegah lebih baik daripada merawat" ayat tu selalu kita dengar tapi amat jarang kita guna kan. ok la yang ni antara langkah-langkah yang boleh kita gunakan bagi mengelakkan kita mengalami sakit belakang.

1) kerap melakukan senaman seperti berjalan, berjoging, berbasikal, bermain badminton atau menari sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama 20 minit setiap sesi.

2) pastikan posisi badan kita betul ketika melakukan kerja terutama ketika mengangkat barang.

3) elakkan duduk terlalu lama dan lakukan senaman regangan atau berjalan sekurang-kurangnya setiap 30 minit.

4) amalkan pemakanan seimbang bagi mengelakkan masalah kegemukan kerana kegemukan juga boleh menjadi penyebab sakit belakang akibat beban yang perlu ditampung oleh otot-otot.

5) Tidur atas tilam yang menyokong postur badan, tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras. tilam yang tidak sesuai menyebabkan posisi tidur tidak bagus, otot meregang, tidak membantu penjajaran tulang belakang dan semua itu boleh menjadi punca kepada sakit belakang.




sumber



p/s : dah lama nak cari info ni dan sekarang baru jumpa -.-

11 comments:

  1. salu gak sakit blkng ni....tp sakit sbb minum ais selalu..hehhehe

    ReplyDelete
  2. salu gak sakit blkng ni....tp sakit sbb minum ais selalu..hehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. caah : owh nasib baik saya tak suka minum ais :)

      Delete
  3. hehhee..bgus2 baek tuk kesihatan kita :-)

    ReplyDelete
  4. puteri pun selalu gak sakit belakang..hukk

    ReplyDelete
  5. caah : saya tak puas kalau minum air berais ni..air suam baru puas :)

    ReplyDelete
  6. puteri kasih : cuba la buat senaman yang macam dalam gambar tu..mana tau berkesan :)

    ReplyDelete
  7. thank atas maklumat yang berguna ini...

    ReplyDelete
  8. nak bagi cadangan bole?..apa kata try pakai corset...hihih..betul..saya dah try..memang terbaekkk..corset PB
    syidasham.blogpot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syida : cam tak best lak laki pakai corset hehe

      Delete