Monday, May 28, 2012

asal cuti je mesti kenduri.

Assalamualaikum warahmatullah.


Mula-mula aku nak ucapkan selamat bercuti kepada adik-adik dan tak lupa juga kepada cikgu-cikgu ye. Harapan aku cuti selama 2 minggu ni tak berlalu macam tu je tanpa dimanfaatkan sepenuhnya ye. Mana yang akan menghadap peperiksaan hujung tahun ni, jangan sia-siakan masa yang ada ni ye. Hehe pandai je aku nasihat orang kan, entah aku ni bagus sangat ke apa -.-


Bila cuti sekolah ni perkara wajib yang mesti ada, kenduri kawin la kan hehe. Korang dapat banyak undangan tak? Kat tempat aku ni hari-hari ada kot, semalam lagi dah mula. Tiga kenduri sekaligus, jenuh la nak pegi semua. Pegi yang ni, makan sikit salam dengan tuan rumah balik pastu dua lagi kenduri pun buat macam tu juga. Hari ni ada satu tapi aku tak pergi sebab terlupa hehe. Esok lusa tulat tungging oun ada lagi. Senang cakap selagi tak habis cuti ni, kenduri je la hari-hari hehe.

Aku tak kisah pun kenduri banyak-banyak ni, kalau takde aral aku pegi tapi kalau ada aral atau terlipa tu acik minta maaf la ye. Tak dapek acik nak nolong eh, acik kirim salam yo lah kek tuan umah tu hehe.

Aku ni satu je yang tak berkenan dengan kenduri ni. Masakannya..bukan masalah sedap atau tak tapi masalahnya lepas makan tu terpaksa jadi pelanggan tetap 'bank' kat rumah tu. Memulas je perut, kena time dia nak tu puas la mengepit takut tercicir lak dalam seluar..haish malu kalau tercicir -.-

Entah kenapa la jadi macam tu ye. Nak kata tukang masak tak reti masak, masing-masing mengaku tukang masak handalan. Tiap kali kenduri itu je la muka yang jadi tukang masak. Maknanya memang dah terer masak la kan, tapi kenapa tiap kali makan kat kenduri aku sakit perut ye????

Musykil aku dibuatnya, hurmm!!!




p/s : asal kenduri mesti cuti kan ^_^

16 comments:

  1. oh kanda dinda juga ada masalah yg sama..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis : oh dinda pun kena juga ye..xbest kan huhu

      Delete
  2. puteri pun selalu kena camtu...hukk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puteri : kenapa jd camtu ye..tertanya-tanya??..hihi

      Delete
  3. lama tak makan nasi kenduri..hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. pencinta pink : tak lama dapat la tu hehe

      Delete
  4. Semalam baru je pegi mkn kenduri..melantak sampai x ingat nk balik :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umra : mesti best sgt tu smpi xigt balik hehe

      Delete
  5. Aku ada lima jemputan....huhu!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanif : xde aral kena pegi semua tu...huhu

      Delete
  6. at least bleh mkn free....hahaha...tapau skali yer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tirah : mana ada free..salam sauk tu hehe

      Delete
  7. cuti jer laa masa yang sesuai untuk buat kenduri.. kalau tak, takde orang laa nak datang. sebab kerja dan sekolah.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makcik : betul dah tu tp berderet-deret smpi tak larat nak mkn dah..hihi

      Delete
  8. asal kenduri je cuti,asal cuti je kenduri kan kan kan .... :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik hana : betul betul betul hihi

      Delete