Saturday, December 29, 2012

berubah lagi?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
 
hai bloggers dan readers sekalian! sedang apa dan di mana?
 
*****
 
erm sudah seminggu rupanya aku tak menjengah blog ni, berjalan blog lagi lama tak buat kan. orang pun dah naik cemuih dengan aku agaknya, kejap ada kejap takde, apa kamu buat iklan biskut chipsmore ke kaishin? *dush*
 
apa-apa pun terima kasih bebanyak kepada hak sudi menjengah dan mengetuk manja nuff hak bersepah tu ada ke?

erm kali ni aku cuma nak menghebahkan berita bahawasanya aku adalah aku berubah wajah lagi tak perlu pun sebenarnya apa pendapat kamu? okay tak?

erm itu je la kot, actually kepala otak aku ni kekeringan idea, nak taip apa pun aku tak tau. *semak*


p/s erm kamu terjah aku terjah semula tapi bila masanya hanya DIA yang tahu. *adios*

Sunday, December 23, 2012

berkat kah?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
 
 hai bloggers dan readers sekalian! sedang apa dan di mana?
 
*****
 
hanya satu persoalan.
 
majlis walimatul urus. pengantin bersedia di arak, kompang mula di palu dan dalam pada masa yang sama AZAN berkumandang menyeru umat Islam menunaikan solat. Kompang tetap terus di palu seiring dengan alunan AZAN.  
 
orang selalu kata "kot ya pun tak solat sekurang-kurangnya HORMAT la AZAN  tu
 
PENDAPAT KAMU?
 
 
p/s selalu terjadi ni -.-

Wednesday, December 19, 2012

Final pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
 
 
 Stadium Jalan Besar, Singapura
8.00 malam


p/s agak-agak yang mana menang ;)

Tuesday, December 18, 2012

merungut tak sudah!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
  
hai bloggers dan readers sekalian! sedang apa dan di mana?
 
*****
 
Dalam masa sebulan lebih lagi aku adalah aku cukup setahun umur dia. Kalau baby orang umur setahun baru jer mula nak belajar bertatihkan tapi kalau baby kucing umur setahun dah mula nak menggatal..hehe
 
 
Kenapa merungut tak sudah? actually tajuk tu berkenaan kebanyakan entri terkini yang ada dalam aku adalah aku ni dan boleh dikatakan ada kaitan dengan perangai aku di alam realiti. Kalau ada yang perasan kebanyakan entri terkini yang aku publish ada unsur rungutan kan? merungut pasal mat motor lah, pasal tipu menipu, pasal isu kotak komen yang remeh tu pun aku nak merungut..haish apa nak jadi dengan aku ni.

Aku lagi banyak merungut dalam blog ini tak banyak mana pun dan boleh dikatakan semua yang sudah di publish adalah rungutan-rungutan tentang kehidupan aku dan tentang kesemakan yang ada dalam kepala otak aku.

Kenapa aku suka sangat merungut? merungut lagi Sebagai hamba aku tak sepatutnya merungut kan sebab DIA tak suka hamba-NYA yang suka merungut. Sepatutnya bila kesemakan mula melanda dalam kepala otak, aku kena dekatkan diri kepada-NYA, kena banyakkan berzikir, kena banyakkan selawat, pendek kata kena SENTIASA INGAT ALLAH baru ketenangan mengiringi kehidupan kan.

Sepatutnya aku kena sentiasa berfikiran bahawa setiap perkara yang terjadi dalam hidup aku adalah ujian. Ujian untuk mengukur tahap kepercayaan aku terhadap kekuasaan Allah, ujian untuk mengukur tahap keimanan aku kepada Allah dan aku teramat pasti bahawa setiap perkara yang berlaku tu adalah peringatan untuk aku  sentiasa berada di JALAN YANG BENAR, supaya aku sentiasa ingat kepada-NYA dan supaya dalam hati aku sentiasa ada DIA. astaghfirullahalazim

p/s aku khilaf, aku alpa dengan nikmat dunia yang lagha -.-
 

Monday, December 17, 2012

budak baru nak naik.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
 
hai bloggers dan readers sekalian! sedang apa dan di mana? 
 
*****
 
happy monday to all bloggers and readers! macam mana permulaan hari anda? bersemangat waja untuk memulakan aktiviti harian atau jasad saja yang berada di situ sedangkan hati dan pemikiran masih teringatkan tilam empuk dan bantal bucuk di rumah? hehe


Kamu semua pernah dengar tak perkataan nangoi? actually itu gelaran yang aku dan kawan aku guna kepada budak-budak yang baru nak naik ni, tak reti bahasa, tak makan nasihat dan sebagainya. bahasa mat rempit dulu-dulu tapi aku and the geng jer yang guna, orang lain tak tahu la apa gelaran yang diorang bagi.

Budak nangoi yang aku nak kaitkan kali ni ialah mat motor yang baru nak naik ni. Bawa motor mengalahkan pelesit, tak reti nak tengok keadaan langsung main redah je bawa motor. tak kira jalan sibuk atau lenggang diorang main pulas jer throttle sehabis pulas. bawa motor mak bapak, kaki pun aci sampai tak sampai jer ke tanah sampaikan nak menongkat motor pun senget badan. kalau jadi apa-apa siapa yang susah? mereka dan keluarga mereka juga yang susah kan? ;)

Aku pernah rasa ringan jer nak bagi kaki kat sorang nangoi ni cakap jer :p. aku best punya berangan sambil bawa motor tiba-tiba ada sorang nangoi main cilok jer nak masuk simpang, nyaris dua-dua tergolek. choi

Actually aku pun suka bawa motor laju juga cuma selalunya jalan bandar atau highway aku layan tapi dalam kampung memang aku bawa motor standard org tua paling laju pun enam puluh km/j nampak sangat penakut kan

Bukan la aku nak marah diorang bawa motor laju sebab aku pun ada masa bawa motor laju tapi tengok keadaan la kan. jangan la dah tahu depan tu sesak di pulas sehabis pulas throttle tu, buatnya ada yang tak reti bahasa nak mengelak ke tepi? naya jer..ngek

Actually dah ramai nangoi yang patah kaki, patah tangan, main guling-guling atas jalan, superman atas jalan pun ada tapi itu lah, diorang ni mana reti serik. nama pun budak baru nak naik kan, degilnya sampai mak bapak pun tak boleh nak cakap apa dah.


p/s berhati-hati dijalanraya, ingatlah orang yang tersayang -.-

Wednesday, December 12, 2012

rakyat malaysia terancam!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
 
*****
 
 


p/s lebihkan manis dalam senyuman ^__^

duit tak boleh bawa masuk kubur.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
 
hai bloggers dan readers sekalian, sedang apa dan di mana?
 
*****
 
siapa tak suka duit? ada ke yang tak suka duit? kalau ada duit, apa yang akan di beli? untuk apa sesuatu benda itu dibeli? keperluan atau sekadar tuntutan nafsu? (banyak soalan pula kan) actually pertanyaan tu semuanya di tujukan ke diri aku sendiri tapi kalau ada yang nak menjawabnya, dengan segala hormatnya dipersilakan ;)

 duit bukan segala-galanya tetapi segala-galanya perlukan duit, kan? semakin maju dunia semakin banyak la duit yang diperlukan dalam kehidupan harian kan. nak makan kena ada duit, nak pakai baju/seluar kena ada duit, nak berjalan ke sana ke mari kena ada duit, nak bergaya kena ada duit, nak 'membuang pun kena ada duit. pendek kata semuanya perlukan duit tapi jangan pula sampai jadi hamba duit ya sebab duit tu hanya laku di atas dunia yang sementara ni saja 'disana' nanti duit tu tak guna sesen pun. 

dulu masa zaman kanak-kanak ribena aku selalu dengar orang cakap "biar papa asal bergaya". erm ada lagi ke manusia yang hidupnya berpandukan ayat tu? aku rasa ramai lagi sebab disebabkan ayat tu la ramai manusia di negara ni diistiharkan muflis kan? nak bergaya punya pasal berhutang keliling pinggang, beli kereta besar, beli telefon mahal, beli rumah besar, beli perabot mahal, sampai masa kereta kena tarik, telefon tukar guna 3310 semula, rumah kena lelong, perabot naik lori semula, sebab apa? duit ciput selera besar, macam orang masak nasi hangit sebab pergi buat ketupat, kerak lagi tebal daripada nasi yang di tanak.

macam-macam cara yang digunakan untuk cari duit. ada yang guna cara betul, ada yang guna cara salah. bagi yang guna cara betul, alhamdulillah banyak mana pun duit yang dia dapat sentiasa cukup tak lebih tak kurang tapi bagi yang guna cara salah tu sentiasa ada masalah berkaitan duit kan? ada yang bila dapat duit masalah pun datang menjenguk, kereta rosak lah, telefon rosak lah dan macam-macam jenis masalah lagi. berbeza dengan duit yang diperolehi dengan cara betul tadi, semua cukup pakai, masalah berkaitan duit bukan tiada tapi kurang. 

actually biarlah hidup tak mewah asalkan hati senang daripada kemewahan melimpah ruah tapi hati gundah gulana memikirkan keselematan diri takut ada yang berhajat minta 'kongsi harta' dengan mereka. cari duit biarlah dengan cara yang betul dan paling penting sumbernya mesti lah halal baru berkat duit yang diperolehi. kerja jangan banyak sangat 'mengular', claim sesuatu biarlah betul, peruntukan yang diberi untuk sesuatu perkara jangan di songlap, kalau ada yang promote sesuatu pelaburan selidik dulu sebelum bertindak. jangan sampai yang di kejar tak dapat, yang dikendong keciciran. berbelanja biarlah berpada "ukur baju dibadan sendiri" takde duit buat cara takde duit jangan ikut rentak orang ada duit. kalau teringin juga. usaha sungguh-sungguh jangan hanya pandai menadah, berhutang keliling pinggang, korek lubang tutup lubang sampai bila pun masalah tak selesai.




p/s jujur pada diri sendiri, tak perlu ludah ke langit nanti kena batang hidung sendiri. muhasabah diri -.-

Monday, December 10, 2012

apa nak dikata?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
 
hai bloggers dan readers sekalian, sedang apa dan di mana?
 
*****
erm aku pasti ramai yang dah buat entri pasal harimau malaya menentang gajah putih tadi kan? so apa perasaan kamu sekarang? bagi aku strategi skuad harimau malaya untuk membaham gajah putih nampaknya kurang berhasil tapi ini baru perlawanan pertama kan so skuad harimau malaya masih ada peluang untuk membaham skuad gajah putih tu.
actually secara keseluruhan aku seronok tengok corak permainan diorang. harimau serang gajah balas serangan lebih-lebih lagi masa masing-masing guna formasi 4-5-1, bahagian tengah memang menjadi susah skuad gajah putih nak lepas cuma sebagai manusia rancangan hanya mampu dibuat namun apabila sudah tersurat begitu keputusannya maka itulah keputusannya.
.
 p/s keputusan seri tapi skuad gajah putih ada kelebihan gol di tempat lawan jadi harimau malaya kena gegar gawang gajah putih sebanyak mungkin dalam perlawanan kedua nanti.
 

Thursday, December 6, 2012

mutiara kata

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



"adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan dan kegagalan diri sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain kerana satu jari menuding pihak lain, empat jari lagi menuding diri sendiri"




p/s muhasabah diri


Wednesday, December 5, 2012

ketupat basi.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai bloggers dan readers sekalian! 
Sedang apa dan di mana?

*****

Ini "ketupat" bukan sebarangan ketupat tapi "ketupat" ini penentu syurga dan neraka. Seperti ketupat basi jika di makan alamatnya jadi 'sahabat' baik penunggu tandas, berulang alik ke markas 'perlindungan' syaitan. 

Begitu juga "ketupat" ini jika dibuat alamatnya tempahan 'tiket' sudah dibuat dan akan tetap laku selagimana tidak mendapat kemaafan dari 'isi' ketupat tu. "Ketupat" ini berisi tohmahan, cacian, sindiran terhadap orang lain dimakan bersama serunding 'daging' saudara sendiri. lazat sekali hingga menjilat jari sebab tu ramai yang suka buat "ketupat" ni.

masuk penjara hukuman dunia.

Tidak seperti dosa kepada Yang Maha Esa, bertaubat sebenar-benar taubat In Sha Allah dihapuskan dosa. Dosa "ketupat basi" selagi tidak mendapat kemaafan insan yang menjadi 'isi' dan 'rencah'nya maka dosanya akan berkekalan selama-lamanya.

"Ketupat" ini memang mudah terhasil, tak perlu daun palas, beras, pulut dan air rebusan hanya menggunakan anggota badan yang tidak bertulang maka terhasillah "ketupat basi". Jika berdua, bertiga, berempat, berlima atau pun satu kampung makin banyaklah "ketupat" yang dapat dihasilkan. Menjaja cerita menjadi 'wartawan' tak bergaji, 'mulia' sungguh hatinya kan 'berkerja' tanpa mengharapkan imbuhan *tabik? lempang laju-laju*

hukuman akhirat, neraka la jawabnya.

"Ketupat" berisi kisah benar itu namanya mengata, "ketupat" berisi cerita rekaan itu namanya fitnah. Dua-dua perilaku tak elok jadi untuk apa "ketupat" itu dihasilkan? banyak sangat pahala? murah hati nak bagi pahala free? Diam lebih baik daripada berkata-kata tetapi menyinggung perasaan sesama makhluk.


Ada yang terasa? ampun maaf di pinta!


p/s maaf jika ada yang terasa, aku hanya insan biasa, bukan niat untuk mengata, hanya berkongsi kata buat renungan bersama terutamanya buat aku yang mengeluarkan kata-kata.

Tuesday, December 4, 2012

menipu, penipu dan tertipu.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
 
hai bloggers dan readers sekalian!
sedang apa dan dimana?
 
*****
 

Satu persoalan yang bermain di benak aku. Kenapa manusia suka menipu? Kenapa manusia jadi penipu dan kenapa manusia mudah sangat tertipu? Ada sesiapa yang boleh jawabkan soalan ni? 

Tengah hari tadi memandangkan ahli-ahli dalam perut aku mula bercadang buat rusuhan, aku ambil keputusan untuk singgah sebentar mengalas perut sebagai cara untuk menghentikan rusuhan dari berterusan dan jika ia berlaku pasti satu kerja pun aku tak boleh nak buat :P

Aku order satu pinggan nasi berlauk ayam kicap yang agak masin bagi tekak aku berserta sayur kobis dan sedikit sambal belacan *yummy* BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM dan suapan bermula. Air  tehO ais yang aku order tadi aku sedut sekali bagi mengurangkan rasa masin yang melekat di tekak aku, kembung perut aku di buatnya ;)

Tengah best aku mengunyah nasi yang penuh dalam mulut ada satu kereta berhenti dan singgah di kedai tu. Salam di beri dan di jawab oleh semua yang ada di kedai. Aku intai barang yang di pegang dan “oh salesman rupanya”. Dia bawa satu naskah Al Quran digital dan dia mula promote pada tuan kedai. Aku mula pasang telinga sebab tertarik juga dengan penerangan yang dia bagi pada tuan kedai tu. 

Tengah dia bagi penerangan tu ada seorang makhluk Allah tanya “kalau order ni bila dapat barang?” dan salesman tu menjawab “kalau encik bagi deposit sekarang pun boleh dapat barang” oh bagus la kalau macam tu “makhluk Allah tu jawab. Kerana soalan tu, terbuka satu isu pasal salesman Al Quran digital tapi salesman yang lain la. Salesman tu jalan dari rumah ke rumah promote suruh orang beli Al Quran digital tu. Nak beli bayar deposit dalam rm 100 tapi barang tiga atau empat hari baru dapat. Tiga empat hari di tunggu barang tak sampai-sampai juga. See satu kisah tiga isu, menipu, penipu dan tertipu.

Garu kepala yang tak gatal disebabkan kisah tu. Barang yang dijual AL QURAN, bagus tu kerana jika disebabkan dia si pembeli fasih membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang ada di dalam Al Quran banyak pahala dia dapat. Tapi bila dah menipu tu apa yang dia dapat? Hurmm

Malam semalam pula aku tengok berita tentang mangsa pemerdagangan manusia, kesian juga tengok. Kena kerja tujuh hari seminggu tapi gaji tak dapat, kena dera dengan tokey, kena kurung, kena paksa makan surat khabar. Hurmm mana pergi perikemanusiaan makhluk Allah tu ha? Kalau perkara sama terjadi pada ahli keluarga diorang mesti diorang marah kan?

Manusia akhir zaman…menipu, penipu dan tertipu dah jadi mainan. Boleh dikatakan hari-hari ada kes macam tu cuma tak dilaporkan je..negara ku aman 



p/s apa motif aku tulis topik ni eh? -.-

Sunday, December 2, 2012

tiada lagi kotak komen NuffX

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

hai bloggers dan readers sekalian!
sedang apa dan di mana?

*****

selamat berhujung minggu aku ucapkan kepada kamu semua, harap semua rancangan berjalan lancar.

baru baru ini aku ada buat pengubahsuaian sikit pada kotak komen, kononnya nak memudahkan sesi membalas respon readers la. aku pun install apps nuffX pada cik mini aku tu. mula mula bagus jer, senang aku nak balas komen tapi bila dah seminggu lebih guna apps tu mula buat hal, asyik error jer. lepas tu bila aku tengah best mengusha blog yang aku follow di nuffX tu tiba tiba cik mini aku keluarkan satu pop-up notification,


application error
force close  report


erm itu salah satu alasan kenapa aku tak nak guna nuffX conversation box, cik mini aku tak mampu nak tampung tumbesaran apps nuffX tu. lagi satu sebab kenapa aku tak nak guna nuffX ialah




susah orang nak tinggal komen kalau kotak komen selalu 'hilang' kan jadi daripada menyusahkan orang nak tinggal komen baik aku kembali ke kotak komen biasa. habis cerita kan.



tengok! bukan seorang jer yang cakap pasal kotak komen hilang






p/s entri pertama sebagai penulis jemputan di PuteriKasih sudah terhasil

Saturday, December 1, 2012

bulan terakhir tahun masihi.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

hai readers dan bloggers sekalian.
sedang apa dan di mana?

*****

cepat betul masa berlalu kan tup tup disember pula memunculkan diri, bulan terakhir bagi 2012 masihi. november yang telah berlalu menyimpan banyak memori setiap individu kan, ada yang manis, masam, pahit, tawar dan banyak lagi terpulang masing-masing nak kategorikan kenangan diorang.

november yang berlalu sedikit sebanyak memberi aku pengajaran untuk tetap tabah menghadapi kehidupan sebagai khalifah di atas muka bumi yang sementara ni. rentetan serangan puak zionis ke atas saudara se ISLAM ku di bumi Gaza membuat aku terfikir, susah kah kehidupan aku sekarang jika mahu di bandingkan dengan mereka dimana setiap waktu 'bermandikan' peluru? atau kurang makankah aku jika mahu dibandingkan dengan mereka yang terpaksa berebut untuk mendapatkan bekalan makanan yang di salurkan?

jika direnungkan kembali, aku cukup beruntung dilahirkan di bumi Malaysia ini namun semua keamanan yang dimiliki ini pasti tidak akan berkekalan sekiranya masyarakat terutamanya mereka yang mengaku beragama ISLAM tidak bersatu hati untuk mempertahankan kedaulatan ISLAM. tidak mustahil suatu hari nanti Allah akan menurunkan 'bala' ke atas bumi betuah ini jika hamba-NYA semakin hanyut jauh daripada jalan yang disarankan oleh-NYA

sepanjang tiga puluh dua tahun aku diberi peluang untuk menikmati keindahan dunia ini, apa yang telah aku 'beri' dalam usaha mempertahankan kedaulatan ISLAM? apa yang telah aku berikan dalam usaha untuk mempertahankan keamanan yang ada di bumi pinjaman Allah ini? apa yang telah aku beri dalam usaha untuk memajukan diri mengikut landasan syariat? adakah aku telah 'terpaling' daripada landasan yang sepatutnya? cukupkah usaha aku untuk memenuhi tuntutan syariat? hurmm!!!!!

semoga perjalananan hidup aku dan kamu sentiasa mendapat keredhaan dari-NYA, sentiasa beroleh keberkatan dari-NYA, sentiasa dilindungi payung rahmat-NYA. semoga sentiasa dilimpahkan kurnian dan dipermudahkan dalam segala urusan.


AMIN!








p/s sudah hampir setahun 'aku adalah aku' beroperasi, salah dan silap harap dimaafkan -.-