Dalam masa sebulan lebih lagi aku adalah aku cukup setahun umur dia. Kalau baby orang umur setahun baru jer mula nak belajar bertatihkan tapi kalau baby kucing umur setahun dah mula nak menggatal..hehe
Kenapa merungut tak sudah? actually tajuk tu berkenaan kebanyakan entri terkini yang ada dalam aku adalah aku ni dan boleh dikatakan ada kaitan dengan perangai aku di alam realiti. Kalau ada yang perasan kebanyakan entri terkini yang aku publish ada unsur rungutan kan? merungut pasal mat motor lah, pasal tipu menipu, pasal isu kotak komen yang remeh tu pun aku nak merungut..haish apa nak jadi dengan aku ni.
Aku lagi banyak merungut dalam blog ini tak banyak mana pun dan boleh dikatakan semua yang sudah di publish adalah rungutan-rungutan tentang kehidupan aku dan tentang kesemakan yang ada dalam kepala otak aku.
Kenapa aku suka sangat merungut? merungut lagi Sebagai hamba aku tak sepatutnya merungut kan sebab DIA tak suka hamba-NYA yang suka merungut. Sepatutnya bila kesemakan mula melanda dalam kepala otak, aku kena dekatkan diri kepada-NYA, kena banyakkan berzikir, kena banyakkan selawat, pendek kata kena SENTIASA INGAT ALLAH baru ketenangan mengiringi kehidupan kan.
Sepatutnya aku kena sentiasa berfikiran bahawa setiap perkara yang terjadi dalam hidup aku adalah ujian. Ujian untuk mengukur tahap kepercayaan aku terhadap kekuasaan Allah, ujian untuk mengukur tahap keimanan aku kepada Allah dan aku teramat pasti bahawa setiap perkara yang berlaku tu adalah peringatan untuk aku sentiasa berada di JALAN YANG BENAR, supaya aku sentiasa ingat kepada-NYA dan supaya dalam hati aku sentiasa ada DIA. astaghfirullahalazim
p/s aku khilaf, aku alpa dengan nikmat dunia yang lagha -.-
hahahaha , terbaek ! kebetulan CP pown ade buat entry berunsur rungutan :P
ReplyDeletekomen dari entry CP :
tuhla , kalaw nak dibandingkan takde letrik , takde air paling sakit la , hehehehe ~ tapi kenangan yang best jgk :P
mmg xboleh elak dr merungut kan CP :P
Deletemoga blog terus maju jaya ye
ReplyDeleteterima kasih KA ;)
Deletesaya pun agak selalu merungut.. huhu
ReplyDeletesikap yg tak elok cos banyak merungut menunjukkan kita kurang bersyukur, moga sama2 dapat bermuhasabah ^^
erm mmg tak elok kan trah ;) kita sama2 muhasabah ye :)
DeleteSesungguhnya dgn mengingati Allah,hati2 akn mnjadi tenang.. =)
ReplyDeletekdng2 yaya pon mrungt jgk..dlm ati je la..tapi cepat2 ingtkan dri spya bnykkan bsbar.. ^_^
igt Allah hati mesti tenang..kan ;)
DeleteManusia tak dapat lari dari rungutan . Hehe wa pun banyak merungut sebenarnya .. entah kali keberapa .. dah tak boleh dikira dengan angka kot. Kihkih . Takpe takape, kalau senantiasa ingat kepada-NYA ,ocehhh latuw :B
ReplyDelete