Monday, December 17, 2012

budak baru nak naik.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
 
hai bloggers dan readers sekalian! sedang apa dan di mana? 
 
*****
 
happy monday to all bloggers and readers! macam mana permulaan hari anda? bersemangat waja untuk memulakan aktiviti harian atau jasad saja yang berada di situ sedangkan hati dan pemikiran masih teringatkan tilam empuk dan bantal bucuk di rumah? hehe


Kamu semua pernah dengar tak perkataan nangoi? actually itu gelaran yang aku dan kawan aku guna kepada budak-budak yang baru nak naik ni, tak reti bahasa, tak makan nasihat dan sebagainya. bahasa mat rempit dulu-dulu tapi aku and the geng jer yang guna, orang lain tak tahu la apa gelaran yang diorang bagi.

Budak nangoi yang aku nak kaitkan kali ni ialah mat motor yang baru nak naik ni. Bawa motor mengalahkan pelesit, tak reti nak tengok keadaan langsung main redah je bawa motor. tak kira jalan sibuk atau lenggang diorang main pulas jer throttle sehabis pulas. bawa motor mak bapak, kaki pun aci sampai tak sampai jer ke tanah sampaikan nak menongkat motor pun senget badan. kalau jadi apa-apa siapa yang susah? mereka dan keluarga mereka juga yang susah kan? ;)

Aku pernah rasa ringan jer nak bagi kaki kat sorang nangoi ni cakap jer :p. aku best punya berangan sambil bawa motor tiba-tiba ada sorang nangoi main cilok jer nak masuk simpang, nyaris dua-dua tergolek. choi

Actually aku pun suka bawa motor laju juga cuma selalunya jalan bandar atau highway aku layan tapi dalam kampung memang aku bawa motor standard org tua paling laju pun enam puluh km/j nampak sangat penakut kan

Bukan la aku nak marah diorang bawa motor laju sebab aku pun ada masa bawa motor laju tapi tengok keadaan la kan. jangan la dah tahu depan tu sesak di pulas sehabis pulas throttle tu, buatnya ada yang tak reti bahasa nak mengelak ke tepi? naya jer..ngek

Actually dah ramai nangoi yang patah kaki, patah tangan, main guling-guling atas jalan, superman atas jalan pun ada tapi itu lah, diorang ni mana reti serik. nama pun budak baru nak naik kan, degilnya sampai mak bapak pun tak boleh nak cakap apa dah.


p/s berhati-hati dijalanraya, ingatlah orang yang tersayang -.-

10 comments:

  1. 1st time dengar istilah tu sebenarnya..budak2x nangoi ni memang naik moto bahayakan owang lain juga.nephew kat kg penah kena langgar dengan budak2x mcm ni.kesannya patah kaki seminggu kat wad..aduh..duh..nak marah pun xleh ank owang.mak ayah dia xlarang pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. istilah sendiri jer tu..erm mmg takleh buat apa la kalau mak ayah sendiri pun xlarang kan..

      Delete
  2. hahha bese lah tu..aku dulu pon mse bru nak up, dpt plak bawak motor, hri2 bawak lari motor abang. tp dlm kg je lah..dpn umah sndiri bwk slow je. kat kg org laen, kemain rempit agi. jatuh motor tu xpyh ckp lah..asam garam kot.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula2 mmg gitu la kan, pantang dapat motor..hehe kalau bawak motor tak pernah jatuh musykil juga tu..hehe

      Delete
  3. Hahaha kat kampung wa selalu ada bebudak cegeni . Terasa nak campak je selipar kat kepala ..hummm ! Kalau bawa slow orang kata lembab , tapi kalau bawa laju ...tapi tak selamat buat apa kan, kehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa jer kan, tak baling pun kan...hehe
      humm slow salah laju pun salah..susah juga tu..hehe

      Delete
  4. senang cter memandu lah dengan berhemah. ade mase boleh pecut, kita pecut.. kalu tgh jem, buat kes, memang cari nahas lahhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kan, masa jem la best mencilok..panas jer drebar kereta tgk..huhu

      Delete
  5. special istilah budak 'nangoi' nih..first time dgar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. actually smpi sekarang sy tak tau apa maksud nangoi tu..hehe

      Delete