Tuesday, December 4, 2012

menipu, penipu dan tertipu.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
 
hai bloggers dan readers sekalian!
sedang apa dan dimana?
 
*****
 

Satu persoalan yang bermain di benak aku. Kenapa manusia suka menipu? Kenapa manusia jadi penipu dan kenapa manusia mudah sangat tertipu? Ada sesiapa yang boleh jawabkan soalan ni? 

Tengah hari tadi memandangkan ahli-ahli dalam perut aku mula bercadang buat rusuhan, aku ambil keputusan untuk singgah sebentar mengalas perut sebagai cara untuk menghentikan rusuhan dari berterusan dan jika ia berlaku pasti satu kerja pun aku tak boleh nak buat :P

Aku order satu pinggan nasi berlauk ayam kicap yang agak masin bagi tekak aku berserta sayur kobis dan sedikit sambal belacan *yummy* BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM dan suapan bermula. Air  tehO ais yang aku order tadi aku sedut sekali bagi mengurangkan rasa masin yang melekat di tekak aku, kembung perut aku di buatnya ;)

Tengah best aku mengunyah nasi yang penuh dalam mulut ada satu kereta berhenti dan singgah di kedai tu. Salam di beri dan di jawab oleh semua yang ada di kedai. Aku intai barang yang di pegang dan “oh salesman rupanya”. Dia bawa satu naskah Al Quran digital dan dia mula promote pada tuan kedai. Aku mula pasang telinga sebab tertarik juga dengan penerangan yang dia bagi pada tuan kedai tu. 

Tengah dia bagi penerangan tu ada seorang makhluk Allah tanya “kalau order ni bila dapat barang?” dan salesman tu menjawab “kalau encik bagi deposit sekarang pun boleh dapat barang” oh bagus la kalau macam tu “makhluk Allah tu jawab. Kerana soalan tu, terbuka satu isu pasal salesman Al Quran digital tapi salesman yang lain la. Salesman tu jalan dari rumah ke rumah promote suruh orang beli Al Quran digital tu. Nak beli bayar deposit dalam rm 100 tapi barang tiga atau empat hari baru dapat. Tiga empat hari di tunggu barang tak sampai-sampai juga. See satu kisah tiga isu, menipu, penipu dan tertipu.

Garu kepala yang tak gatal disebabkan kisah tu. Barang yang dijual AL QURAN, bagus tu kerana jika disebabkan dia si pembeli fasih membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang ada di dalam Al Quran banyak pahala dia dapat. Tapi bila dah menipu tu apa yang dia dapat? Hurmm

Malam semalam pula aku tengok berita tentang mangsa pemerdagangan manusia, kesian juga tengok. Kena kerja tujuh hari seminggu tapi gaji tak dapat, kena dera dengan tokey, kena kurung, kena paksa makan surat khabar. Hurmm mana pergi perikemanusiaan makhluk Allah tu ha? Kalau perkara sama terjadi pada ahli keluarga diorang mesti diorang marah kan?

Manusia akhir zaman…menipu, penipu dan tertipu dah jadi mainan. Boleh dikatakan hari-hari ada kes macam tu cuma tak dilaporkan je..negara ku aman 



p/s apa motif aku tulis topik ni eh? -.-

12 comments:

  1. Aihhh! Niat dia memang baik dah , tapi lagi separuh jalan dia buat macam tu . Dari pahala convert to dosa. Huhu . Orang zaman sekarang, kenal muka tapi tak kenal hati. Aihhh susah .

    ReplyDelete
  2. Al Quran pulak tu.. awat la jadi lagu tu...

    *** menipu tanpa rasa bersalah... kesian pada yg dah bayar deposit tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tau la kak.. ramai katanya yg dah kena

      Delete
  3. kesian kepada yang jadi mangsa.. sebab tu pembeli kena lebih berhati-hati agar tidak tertipu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena selidik betul betul sebelum buat keputusan.

      Delete
  4. Manusia sekarang ni ....janji duit semua jadi...hemmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la bro..duit punya pasal betul salah belakang kira

      Delete
  5. ish...macam2 perangai manusia skarang ni...dah tak boleh nak beza yang mana baik & yg mana jahat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la jadi bila nafsu mengatasi akal..kan?

      Delete
  6. yg menipu, penipu dan tertipu, org kita jugak...

    ReplyDelete