Thursday, October 4, 2012

negaraku aman!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
 
 
hai bloggers dan readers sekalian..
 
 
*****
 
 
boleh dikatakan setiap hari kejadian jenayah berlaku sampaikan ada ketika rasa takut nak buat kerja atau apa juga jenis aktiviti terutama sekali aktiviti di luar rumah. belek akhbar ada artikel pasal jenayah, tengok berita di televisyen ada laporan tentang kejadian jenayah, yang berlaku tapi tak dilaporkan pun banyak juga rasanya kan. tadi aku baca sinar harian online, terbaca juga artikel tentang kejadian jenayah.
 
 
RM1 JUTA DILARIKAN LIMA LELAKI BERSENJATA.
mengikut apa yang di tulis dalam artikel tu, kes yang berlaku di Jalan Tiong Off Jalan Eng Ann, Klang ni lebih kurang sama dengan kes pemandu van keselamatan di tembak mati tu. yang membezakannya cuma kali ni pemandu dan rakan setugasnya tidak di apa-apakan cuma senjata dan duit yang dilarikan manakala van keselamatan tu dibakar.
 
 
 
 
 
ada tanda soal dalam kepala aku sekarang ni. MALAYSIA AMAN? kalau mengikut apa yang di gembar-gemburkan, Malaysia ni memang aman, rating jenayah menurun setiap tahun tapi kalau ikut berita yang di siarkan saban hari tu....Malaysia aman!!! 
 
Catch some of Malaysia's finest musicians right HERE!

aku bukan nak mempersoalkan tugas pelaksana undang-undang, diorang semua tu memang dah berpenat lelah mengerah keringat nak memastikan keamanan negara ni terjamin cuma aku musykil sebab seolah-olah bentuk-bentuk hukuman yang ada sekarang ni langsung tak membuatkan sang penjenayah ni kecut perut. kadang tu aku tengok pusat dengan penjara tu dah macam rumah kedua pula, keluar masuk muka yang sama tapi tetap takde perubahan, masih juga dengan 'rutin' yang sama.
How cool are the cities in Malaysia?
bagi aku pihak berwajib perlu buat sesuatu dan tak terkecuali juga kita sebagai satu masyarakat perlu juga memainkan peranan untuk menjamin keselamatan dan keamanan sesama kita kan. atau perlukah difikirkan semula tentang perlaksanaan HUKUM HUDUD
 
 
 
 
 
p/s masa kecik dulu cita-cita nak jadi polis...hehehe

12 comments:

  1. adakah kerana hukuman yang agak ringan? yer mungkin juga sehinggakan ramai yang melakukan jenayah berulang kali.

    p/s ohh nak jadi polis eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah lah, tak tau nak kata apa..



      cita2 masa kecik dulu..hehe :P

      Delete
    2. mesti masa kecik dulu abg selalu main polis2 kan :P hehe

      Delete
    3. ha ah kecik2 dulu mmg suka main polis2 hehe

      Delete
  2. Biasalah... jenayah tetap berlaku dalam sesuatu negar tu tapi kat Malaysia makin teruk lak..huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah pasal..rasa macam tak selamat lak sekarang ni..

      Delete
  3. skarang ni pistol org buat main je kan...xtakut lngsung...huhu...dunia dh bahaya dgn anasir2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo kat malaysia ni bebas guna pistol lagi byk jenayah agaknya kan..

      Delete
  4. memang btol la kena jalankan hukum hudud tu.. mnusia xkn takut dgn undang2 y manusia aturkan

    ReplyDelete