tangan dan kaki jadi sejuk.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
hai bloggers dan reasers sekalian,
selamat berhujung minggu aku ucapkan.
*****
Pernah tak kamu rasa kebas tangan? jika rasa kebas itu kerap dan berulang-ulang, kemungkinan kamu mengalami kerosakan pada saraf di jari, pergelangan tangan, lengan, leher atau juga dikenali sebagai sindrom Raynaud. Jika ia terjadi, jangan hanya sekadar sapu minyak panas sebaliknya perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Sindrom Raynaud adalah gangguan vasospastik iaitu pembuluh darah terkecil di jari tangan dan kaki mulai mengecut. ia menyebabkan jari kaki dan tangan menjadi hitam dan berubah rapuh. Pembuluh darah mulai menyempit apabila terkena suhu dingin yang ekstrem atau ketika seseoraang itu emosional atau marah. Merokok dan berkerja dengan mesin yang bergetar juga adakalanya boleh menyumbang kepada penyumbatan pembuluh darah.
SIMPTOM
Antara tanda-tanda yang perlu dikesan selain kebas kaki dan tangan ialah :
Perubahan warna tangan sama ada biru atau putih (pucat).
Kebas tangan atau kaki atau hilang daya sentuhan.
Luka.
Kulit menjadi sangat tegang dan keras.
Pembengkakan sendi-sendi seperti di pergelangan tangan yang memberi tekanan kepada saraf median yang akan mengurangkan kelancaran peredaran darah di tangan.
Mengalami migrain dan tekanan darah tinggi dalam paru-paru. (hipertensi pulmoner)
Jika anda sering mengalami kejang arteri, kemungkinan risiko mendapat penyakit ini agak mudah.
Jika jari tangan dan kaki menjadi putih, biasanya berbintik-bintik. Hanya satu jari tangan atau jari kaki atau beberapa jari kaki atau tangan akan kelihatan putih dan merah.
Jari tangan dan kaki terasa seolah-olah keras, rasa tertusuk jarum dan rasa terbakar.
RAWATAN DAN LANGKAH BERJAGA-JAGA.
Lindungi tubuh badan daripada suasana sejuk yang melampau.
Sentiasa melakukan senaman dan makan secara teratur sepanjang hari.
Rendamkan tangan dan kaki ke dalam air suam.
Mengambil su[lemen seperti vitamin C dan E, minyak EveningPrimrose Oil dan bawang putih.
Elakkan mengambil ubat-ubatan yang boleh menyempitkan saluran darah.
Berhenti merokok kerana nikotin menyebabkan pembuluh darah mengecut.
Sentiasa panaskan badan dengan masuk ke dalam rumah apabila sejuk.
Lakukan aktiviti berjalan 15 hingga 30 minit, dua kali sehari adalah lebih baik.
Rehatkan diri dan lari daripada situasi yang menyebabkan tekanan.
Memakai pakaian yang tebal misalnya topi (kepanasan badan hilang ke persekitaran melalui kulit kepala).
Mengambil bahan semulajadi seperti ekstrak daun ginko biloba.
Pastikan kaki sentiasa berstokin.
Menggunakan sarung tangan ketika membuka atau memasukkan bungkusan makanan ke dalam peti ais.
Penyakit yang mempunyai simptom lebih kurang sama melibatkan tangan yang sejuk ialah anemia, penyakit Bierger, diabetes, peripheral vascular disease (PVD) dan scleroderma. Penyakit ini turut menimpa semua jantina tidak kira lelaki atau perempuan tetapi biasanya lelaki lebih terdedah kepada keadaan yang sejuk dan dingin di tempat kerja. Tetapi wanita juga mempunyai risiko yang sama sekiranya tidak diatasi. Sekiranya umur anda di atas 40 tahun, sentiasalah membuat pemeriksaan kesihatan kerana kemungkinan risiko akan mendapat penyakit stroke. Jika anda dalam usia muda, suatu kelainan sistem saraf adalah kemungkinan penyebab.
-maskulin-
p/s erk..merokok salah satu puncanya =.=
merokok memang membahayakan kesihatan..
ReplyDeletemasih ingat doktor nasihat papa dulu masa baru lepas operation, kalau masih merokok, luka dikaki tu tidak akan sembuh. nasib baiklah papa berhenti merokok lebih 30 tahun dulu
harap 'dia' pun akan berhenti merokok yer :P hehe
harap 'dia' berjaya berhenti merokok yer..hehe :P
Deletetakut plak dia baca..
ReplyDeleteikut langkah berjaga-jag tu, insyaallah semua boleh di elak..
DeleteMak saya ada simptom tangan dengan kaki sejuk ni. Kadang sampai menggigil teruk walaupun siang tengah panas terik. Mak saya perokok, dan keadaan dia sekarang dengan badan susut ni buatkan saya risau.
ReplyDeleteSaya nampak mak saya terseksa batuk darah segar. Saya janji pada diri sendiri saya takmau kahwin dengan orang yang merokok. Saya cuak.