Friday, October 19, 2012

tabiat orang berjaya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
 
*****
 
 
 
sepanjang aku hidup belum pernah aku dengar ada manusia yang tak ingin berjaya dalam apa juga bidang yang mereka ceburi termasuklah aku. bila dah berjaya baru dipandang tinggi oleh masyarakat dan yang lebih penting lagi dapat mengubah taraf hidup sendiri. kamu semua juga pasti ingin berjaya kan? jom kita sama-sama baca dan mudah-mudahan dapat amalkan tabiat-tabiat yang insyaallah akan dapat memastikan kejayaan yang diimpikan tercapai.

MENJADI PROAKTIF.
mengemudi hidup sendiri, yakin dan tahu hidup berada dibawah kawalan sendiri, membawa diri untuk mencapai matlamat yang ditetapkan oleh diri sendiri. bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan sentiasa memandang ke hadapan. tidak menyalahkan keadaan atau orang lain atas keadaan diri sendiri. menerima tanggungjawab bahawa apa yang terjadi pada diri adalah akibat dari diri sendiri. pikul tanggungjawab untuk mengubah diri ke arah kejayaan.

FIKIR HASIL AKHIR.
fikir pro dan kontra setiap perkara yang ingin di buat, gambaran akhir sebelum memulakan sesuatu. gambaran tersebut adalah matlamat yang ingin dicapai. seperti sebuah bangunan yang memerlukan pelan, daripada  hanya membina tiang menjadi bangunan mencakar langit. mempunyai gambaran setiap apa yang ingin dilakukan tercapai mengikut perancanagan yang dibuat.

UTAMAKAN YANG PENTING.
merancang dan mengambil langkah melakukan apa yang dirancang mengikut keutamaan kepentingan. penyelidikan ada mengatakan setiap hari minda kita memikirkan 30000 hingga 40000 perkara. dengan pelbagai gangguan yang ada, mereka yang berjaya adalah mereka yang memberi fokus pada kerja yang ada ditangan sendiri.

MENANG-MENANG.
percaya bahawa segala rezeki berada dimana sahaja. untuk berjaya tidak bermakna orang lain perlu gagal, tidak bermakna orang lain tidak mendapat rezeki. fikirkan kejayaan datang dalam pelbagai bentuk dan kepada semua orang dan ia perlu digalakkan untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi.

FAHAM DAN DIFAHAMI.
hebat berkomunikasi bukan hanya hebat berbicara tetapi hebat dalam memahami orang lain. ia menjadikan kita berpengaruh dan dihormati. dikatakan, komunikasi bukan bermula dari mulut  tetapi ditelinga. memahami sesuatu keadaan sebelum membuat sebarang keputusan. faham mereka di sekeliling akan menjadikan kita mudah difahami dan dapat membina hubungan yang lebih baik.

SINERGI.
iaitu mempunyai kebolehan membina hubungan antara mereka dan mereka di sekeliling. sinergi bukan sesuatu yang boleh dibuat-buat, ia terjadi dengan pengalaman dan ilmu yang dimiliki. interaksi dengan pihak lain penting untuk memberi pendedahan dan ilmu baru kepada kita. minda juga akan terbuka dengan pendekatan berbeza apabila menyelesaikan sebarang masalah.

BAIKI DIRI SENDIRI.
berusaha untuk memperbaiki diri sendiri. tidak berpuas hati dengan ilmu yang dimiliki, sentiasa mempelajari perkara baru, sentiasa menambah ilmu dan skil. untuk berjaya ilmu sangat penting, tanpa ilmu kita pasti sentiasa berada dibelakang. 

"untuk berjaya, seseorang perlu memahami sesuatu keadaan sebelum membuat sebarang keputusan"

-maskulin-






p/s berusaha, berusaha dan terus berusaha untuk kejayaan diri -.-
 
 

20 comments:

  1. Nak berjaya memang semua orang nak... tapi usaha ke arah itu????

    ReplyDelete
    Replies
    1. usaha ke arah itu kena tanya diri sendiri, nak berjaya atau tidak? :)

      Delete
  2. dalam hidup sentiasa kena ada matlamatkan..dengan keyakinan, fokus dan usaha..kita mampu berjaya :)

    ReplyDelete
  3. Salam.

    Kril..tambahan pada point2 sediada.

    Orang berjaya sering belajar dari kegagalan kan..org gagal pula tak mahu belajar apa2..

    Dan org yg berjaya ni,kesabarannya tinggi..dia tahu,kejayaan tak leh dicapai dalam skelip mata. Kena berusaha sepanjang masa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kembali.

      setuju dgn point lana.

      kejayaan yg paling bermakna dlm hidup apabila mampu bangkit dari kegagalan.

      Delete
  4. info bagus tapi gambar baby tu KA plg suka hehehehe

    ReplyDelete
  5. nice sharing...bole cuba berubah diri utk lebih berjaya ;))

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama berubah utk lebih berjaya :))

      Delete
  6. Replies
    1. peringatan untuk diri sendiri sebenarnya :)

      Delete
  7. the best! thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  8. best baca.. haha.. nk berusaha lebih la.. *tetiba :D

    ReplyDelete
  9. yupp..^_^ ...never dare to target failure in future..mekasih prkongsian bermanfaat.. :)

    ReplyDelete
  10. betul,anna sokong 200%....=)... usaha tangga kejayaan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanpa usaha jgn harap nak berjaya kan :)

      Delete