Monday, October 1, 2012

hidup mesti terus!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


hai bloggers dan readers semua..
sihat sejahtera hendaknya :)

*****

ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya mendung menyapa di petang hari..sebenarnya takde apa pun cuma nak bagi tahu pagi tadi cuacanya cerah tapi sekarang ni cuaca dah mula mendung, mungkin akan hujan malam ni tapi terpulang kepada Yang Maha Esa untuk menentukan semua tu.


september sudah berlalu meninggalkan aku tapi banyak perkara yang berlaku sepanjang september yang agak membuatkan aku buntang biji mata untuk mengharungi segala corak perjalanan hidup yang tertulis untuk aku. perjalanan hidup yang agak meletihkan tapi sebagai hambaNya, aku tetap perlu meneruskan langkah mengharungi segala dugaan dan cabaran yang mendatang. 


seperti tahun-tahun yang sudah. kali ni oktober datang lagi memunculkan diri..syukur alhamdulillah aku masih lagi di  beri peluang untuk menikmati dan menjalani kehidupan di atas muka bumi Allah yang tak pasti sampai bila kewujudannya akan kekal. yang pasti segala yang ada di atas muka bumi ni dan termasuk juga bumi ni ada tarikh tamatnya cuma masa dan ketikanya hanya Dia yang tahu.

semoga perjalanan hidup aku dan kamu semua berjalan dengan lancar, diberikan kesihatan yang berpanjangan, dipermudahkan segalanya dan yang paling penting agar segala amalan kita mendapat keberkatan dari Yang Maha Esa.

semoga semua jemaah mendapat haji mabrur.


p/s manusia merancang Allah juga merancang tapi sebaik-baik perancang adalah Allah.

20 comments:

  1. semoga semuanya dipermudahkan ^_^

    ReplyDelete
  2. amin2 moga dipermudahkan semuanyer ye, okt yg sgt KA nanti2kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. KA : amin :)..huh apa yg dinanti2kan tu KA?

      Delete
  3. amin...semoga smuanya dipermudahkan :)
    pssttt...kejap je kan dah masuk bulan oktober..lagi 2 bulan tahun 2012 akan meninggalkan kita...ouchh. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik hana : amin :)..tu lah kejap jer rasa :)

      Delete
  4. Semoga dipermudahkan urusan org yg menunaikan haji pada tahun ni ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. EE : amin..semoga semua mendapat haji mabrur :)

      Delete
  5. semoga dipermudahkan dan semua baik2 sahaja.
    jangan lupa candle light dinner, haahhaha~
    tak sabar rasanya nak habiskan tahun ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. MH : mudah-mudahan :)..cis nyaris2 terkena, hahaha

      Delete
  6. Semoga segala urusan menjadi mudah dan sukses

    ReplyDelete
  7. semoga dimurahkan rezeki n dipermudahkan segalanya dlm bulan oktober ni :)

    ReplyDelete