Showing posts with label greeting. Show all posts
Showing posts with label greeting. Show all posts

Saturday, May 26, 2018

Kembali aktif?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Salam ramadan.
Selamat menjalani ibadah puasa buat semua (yang berkenaan).
Sekadar menulis ringkas kali ini. Sejak sekian lama tidak menulis.

Tak pasti samada mahu kembali aktif 'menulis' atau tidak. Since, dah bertahun-tahun tak menulis. Banyak perkara sudah berubah. Yang mana dahulu aktif, sekarang sudah tutup buku. 

Jika aku kembali aktif, ia mesti kerana aku mahu kembali aktif. Bukan kerana perkara lain. Semua perkara yang aku lakukan, mesti kerana aku sendiri yang mahu melakukannya. Dan kerana Dia mengizinkan aku untuk melakukannya.

Tuesday, December 2, 2014

Disember sudah tiba.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera.


2014 sudah hampir tamat tempohnya.
Hai. Disember 2014 masihi sudah tiba. Maknanya tahun 2014 masihi bakal melabuhkan tirainya dalam tempoh 30 hari. Apa ada dengan Disember? Hmm, nak mohon "December, please be nice to me?" December always nice, you are the one who should be nice with December. Entah apa-apa. O_o

Jika di Malaysia, Disember sinonim dengan hujan dan banjir. Terutamanya di bahagian pantai timur semenanjung Malaysia. Monsun timur laut, kan? Di tempat aku, 1 Disember dimulakan dengan hujan dan suasana yang lembab sepanjang hari. Lembab tanah yang di pijak. Lembab udara yang di hirup. Lembab juga orang yang memijak tanah dan menghirup udara? Kebarangkaliannya besar sebab cuaca sejuk, mulut asyik menguap dan mata asyik nak pejam. O_o

Disember juga musim cuti sekolah di Malaysia. Bila musim cuti sekolah, ramailah adik-adik lelaki yang dikhatankan. Itu bagi adik-adik lelaki. Bagi abang-abang dan kakak-kakak, bila musim cuti sekolah kebanyakan mereka akan mengkhatamkan zaman bujang mereka. Dua hati bersatu, mengikat janji sehidup semati. Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Lebih bagus lagi jika keduanya dapat kekal bersama di dalam syurga Allah nanti.

Dan perkara paling penting yang berlaku di Malaysia pada Disember 2014. Bermula 1 Disember 2014, TIADA LAGI SUBSIDI MINYAK. Harga minyak di Malaysia akan ditentukan mengikut harga purata berdasarkan harga minyak di pasaran dunia. Dengan itu Malaysia sudah berjaya mengurangkan perbelanjaan sebanyak lebih kurang USD$14 ke 20 billion setahun untuk subsidi minyak. Harap duit tu tak dibazirkan begitu sahaja. Makanya jika harga minyak di Malaysia turun, berterima kasihlah kepada sesiapa yang mengawal harga minyak dunia. Dan jika harga minyak di Malaysia naik, jangan salahkan kerajaan tetapi salahkan sesiapa yang mengawal harga minyak dunia. Ingat anak-anak! O_o

Ada orang kata, "jangan tahu nak merungut saja. Harga turun kau bising, harga naik lagi kau bising. Apa yang kau nak sebenarnya?" Oh, satu lagi. Hujung bulan nanti ada perayaan hari natal untuk mereka yang beragama kristiankan? Jadi, selamat menyambut hari natal kepada kamu. Sekadar meraikan.

Apa-apa sajalah. O_o

.

Saturday, December 1, 2012

bulan terakhir tahun masihi.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

hai readers dan bloggers sekalian.
sedang apa dan di mana?

*****

cepat betul masa berlalu kan tup tup disember pula memunculkan diri, bulan terakhir bagi 2012 masihi. november yang telah berlalu menyimpan banyak memori setiap individu kan, ada yang manis, masam, pahit, tawar dan banyak lagi terpulang masing-masing nak kategorikan kenangan diorang.

november yang berlalu sedikit sebanyak memberi aku pengajaran untuk tetap tabah menghadapi kehidupan sebagai khalifah di atas muka bumi yang sementara ni. rentetan serangan puak zionis ke atas saudara se ISLAM ku di bumi Gaza membuat aku terfikir, susah kah kehidupan aku sekarang jika mahu di bandingkan dengan mereka dimana setiap waktu 'bermandikan' peluru? atau kurang makankah aku jika mahu dibandingkan dengan mereka yang terpaksa berebut untuk mendapatkan bekalan makanan yang di salurkan?

jika direnungkan kembali, aku cukup beruntung dilahirkan di bumi Malaysia ini namun semua keamanan yang dimiliki ini pasti tidak akan berkekalan sekiranya masyarakat terutamanya mereka yang mengaku beragama ISLAM tidak bersatu hati untuk mempertahankan kedaulatan ISLAM. tidak mustahil suatu hari nanti Allah akan menurunkan 'bala' ke atas bumi betuah ini jika hamba-NYA semakin hanyut jauh daripada jalan yang disarankan oleh-NYA

sepanjang tiga puluh dua tahun aku diberi peluang untuk menikmati keindahan dunia ini, apa yang telah aku 'beri' dalam usaha mempertahankan kedaulatan ISLAM? apa yang telah aku berikan dalam usaha untuk mempertahankan keamanan yang ada di bumi pinjaman Allah ini? apa yang telah aku beri dalam usaha untuk memajukan diri mengikut landasan syariat? adakah aku telah 'terpaling' daripada landasan yang sepatutnya? cukupkah usaha aku untuk memenuhi tuntutan syariat? hurmm!!!!!

semoga perjalananan hidup aku dan kamu sentiasa mendapat keredhaan dari-NYA, sentiasa beroleh keberkatan dari-NYA, sentiasa dilindungi payung rahmat-NYA. semoga sentiasa dilimpahkan kurnian dan dipermudahkan dalam segala urusan.


AMIN!








p/s sudah hampir setahun 'aku adalah aku' beroperasi, salah dan silap harap dimaafkan -.-

Thursday, November 1, 2012

welcome november!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

*****


entri pertama bulan ni, november rain kan hehe
realitinya memang sehari suntuk hujan dari petang semalam sampai pagi ni. siap dengan angin lagi, agaknya tempias taufan sandy sampai ke malaysia kot hehe

apa pun kali ni aku cuma nak minta maaf sekiranya sepanjang oktober lepas, ada salah silap yang aku buat sehingga mengguris hati dan perasaan rakan-rakan sekalian *poyo* hehe semoga perjalanan kehidupan dalam bulan november ni dipermudahkan dan mendapat keberkatan dari-NYA


p/s sessi blogwalking tersangkut-sangkut la pula -.-

Friday, October 26, 2012

salam aidiladha

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

hello readers! how are you?

*****

jarang-jarang sekali baru ada entri baru dalam blog ni sekarang. aku minta maaf sebab kunjungan bloggers masih tak terbalas, komen-komen yang ada pun masih tak terbalas. lately asal kepala bertemu bantal jer terus 'hanyut' dibuai mimpi. tak macam dulu 3/4 pagi baru mata minta direhatkan *tua dah* :P

erm kali ni aku cuma nak ucapkan salam aidiladha buat semua bloggers dan readers sekalian. semoga kita sama-sama dapat menghayati erti sebenar raya korban ni yer :) semoga ibadah korban yang dibuat mendapat keberkatan dari-NYA 





p/s raya kedua kenduri sepupu, aku tak dapat nak pergi -.-

Monday, October 1, 2012

hidup mesti terus!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


hai bloggers dan readers semua..
sihat sejahtera hendaknya :)

*****

ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya mendung menyapa di petang hari..sebenarnya takde apa pun cuma nak bagi tahu pagi tadi cuacanya cerah tapi sekarang ni cuaca dah mula mendung, mungkin akan hujan malam ni tapi terpulang kepada Yang Maha Esa untuk menentukan semua tu.


september sudah berlalu meninggalkan aku tapi banyak perkara yang berlaku sepanjang september yang agak membuatkan aku buntang biji mata untuk mengharungi segala corak perjalanan hidup yang tertulis untuk aku. perjalanan hidup yang agak meletihkan tapi sebagai hambaNya, aku tetap perlu meneruskan langkah mengharungi segala dugaan dan cabaran yang mendatang. 


seperti tahun-tahun yang sudah. kali ni oktober datang lagi memunculkan diri..syukur alhamdulillah aku masih lagi di  beri peluang untuk menikmati dan menjalani kehidupan di atas muka bumi Allah yang tak pasti sampai bila kewujudannya akan kekal. yang pasti segala yang ada di atas muka bumi ni dan termasuk juga bumi ni ada tarikh tamatnya cuma masa dan ketikanya hanya Dia yang tahu.

semoga perjalanan hidup aku dan kamu semua berjalan dengan lancar, diberikan kesihatan yang berpanjangan, dipermudahkan segalanya dan yang paling penting agar segala amalan kita mendapat keberkatan dari Yang Maha Esa.

semoga semua jemaah mendapat haji mabrur.


p/s manusia merancang Allah juga merancang tapi sebaik-baik perancang adalah Allah.

Tuesday, September 25, 2012

happy birthday to you!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
 
 
Hai bloggers dan readers sekalian..
macamana dengan hari kamu semua?
OK atau KO? hehe 
 
erm memandangkan tajuk pun dah happy birthday jadi aku straight to the point je lah yer :)
aku ni tak reti nak bermadah-madah or nak mengucapkan kata-kata manis atau apa-apa je lah yang sewaktu dengannya.
 
kali ni aku nak ucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepada PUTERI KASIH, semoga sihat selalu, berbahagia selalu, dimurahkan rezeki, dipermudahkan dalam segala urusan dan semoga apa yang dihajatkan menjadi kenyataan.
 
nah kek coklat kegemaran awak :P
 

  gambar
 
 
p/s erm hadiah ada tapi mungkin lambat sikit kot :P  

Thursday, September 20, 2012

cantik kan!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

hai bloggers dan readers semua..
sedang apa dan di mana? harap semuanya dipermudahkan
^_^


dalam kehidupan ni kita perlu ada perubahan kan? kalau sebelum ni hidup susah kena la usaha untuk meningkatkan taraf hidup kepada lebih senang. takkan selamanya nak duduk di takuk lama kan.

begitu jugalah dengan blog aku ni, takkan selamanya sama tak berubah langsungkan. kalau sebelum ni aku tak guna header *tak reti nak buat* hehe. sekarang dah ada header, cantik kan? ^_^

jutaan terima kasih aku ucapkan kepada owner PUTERIKASIH.COM sebab sudi buatkan header tu untuk aku. bukan satu tapi dua header dia buatkan untuk aku tapi satu je lah yang aku letak sebab kat atas tu boleh letak satu jer kan hehe

erm tu je kot aku nak taip kali ni, lain kali aku menaip kat sini lagi ye :)


p/s dulu, kini dan selamanya - aku adalah aku - AP

Sunday, February 26, 2012

Ahad datang lagi..

Assalamualaikum w.b.t

pics dr graphicshunt.com

yeaay dah hari ahad hehe..erm apa yang istimewa sangat hari ahad ni ye..bagi aku semua tu terpulang atas pendapat individu lah kan, macam mana nak mengklasifikasikan keistimewaan hari ahad ni..:)

takde apa yang aku nak tulis hari ni, just nak mengucapkan selamat berhari ahad semua ye..^_^

p/s : jap g nak buka kedai pulak..ahad pun kena keje jugak aku ni cuma lewat sikit buka nya..biasa la ka ^_^