Tuesday, December 2, 2014

Disember sudah tiba.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera.


2014 sudah hampir tamat tempohnya.
Hai. Disember 2014 masihi sudah tiba. Maknanya tahun 2014 masihi bakal melabuhkan tirainya dalam tempoh 30 hari. Apa ada dengan Disember? Hmm, nak mohon "December, please be nice to me?" December always nice, you are the one who should be nice with December. Entah apa-apa. O_o

Jika di Malaysia, Disember sinonim dengan hujan dan banjir. Terutamanya di bahagian pantai timur semenanjung Malaysia. Monsun timur laut, kan? Di tempat aku, 1 Disember dimulakan dengan hujan dan suasana yang lembab sepanjang hari. Lembab tanah yang di pijak. Lembab udara yang di hirup. Lembab juga orang yang memijak tanah dan menghirup udara? Kebarangkaliannya besar sebab cuaca sejuk, mulut asyik menguap dan mata asyik nak pejam. O_o

Disember juga musim cuti sekolah di Malaysia. Bila musim cuti sekolah, ramailah adik-adik lelaki yang dikhatankan. Itu bagi adik-adik lelaki. Bagi abang-abang dan kakak-kakak, bila musim cuti sekolah kebanyakan mereka akan mengkhatamkan zaman bujang mereka. Dua hati bersatu, mengikat janji sehidup semati. Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Lebih bagus lagi jika keduanya dapat kekal bersama di dalam syurga Allah nanti.

Dan perkara paling penting yang berlaku di Malaysia pada Disember 2014. Bermula 1 Disember 2014, TIADA LAGI SUBSIDI MINYAK. Harga minyak di Malaysia akan ditentukan mengikut harga purata berdasarkan harga minyak di pasaran dunia. Dengan itu Malaysia sudah berjaya mengurangkan perbelanjaan sebanyak lebih kurang USD$14 ke 20 billion setahun untuk subsidi minyak. Harap duit tu tak dibazirkan begitu sahaja. Makanya jika harga minyak di Malaysia turun, berterima kasihlah kepada sesiapa yang mengawal harga minyak dunia. Dan jika harga minyak di Malaysia naik, jangan salahkan kerajaan tetapi salahkan sesiapa yang mengawal harga minyak dunia. Ingat anak-anak! O_o

Ada orang kata, "jangan tahu nak merungut saja. Harga turun kau bising, harga naik lagi kau bising. Apa yang kau nak sebenarnya?" Oh, satu lagi. Hujung bulan nanti ada perayaan hari natal untuk mereka yang beragama kristiankan? Jadi, selamat menyambut hari natal kepada kamu. Sekadar meraikan.

Apa-apa sajalah. O_o

.

2 comments:

  1. bulan disember adalah bulan untuk buat biskut dan kek...hehe :)

    ReplyDelete