Sunday, December 21, 2014

Tak sampai juga hajat Harimau.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera.


dua puluh minit terakhir. o_O
 Hmm, tak sampai juga hajat Harimau nak membenamkan taringnya ke tengkuk Gajah. Di awal perlawanan memang Harimau berjaya mengekang pergerakan Gajah dan berjaya juga membuat tiga kali cakaran maut. Tapi itulah, dua puluh minit terakhir perlawanan, Harimau kena pijak dengan Gajah. Dua kali kena pijak dan sudahnya Gajah berjaya mengalahkan Harimau. Hmm, itulah kisahnya perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2014 di antara Malaysia dan Thailand yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Sama saja jalan ceritanya. Semasa bermain di peringkat kumpulan juga sama, kan? Awal permainan berjaya kekang pemain lawan tapi di serang pemain lawan pada saat-saat akhir dan kecundang akhirnya. Sama juga ketika menentang Vietnam pada separuh akhir kedua di Hanoi. Dan kisah yang serupa juga berulang dalam perlawanan akhir kedua menentang Thailand. Di serang pada saat-saat akhir, pemain mula buat kesilapan dan pemain lawan berjaya mengambil kesempatan untuk memastikan kemenangan.

Malaysia main tak bagus? Hmm, bagi aku pemain Malaysia dah main habis bagus cuma tak ada rezeki dan tak diizinkan oleh-Nya untuk menjulang piala kemenangan. Badan penat, hilang fokus dan sedikit kesilapan pemain Malaysia mengakibatkan sejarah 2010 tidak dapat di ulang. Dua puluh minit terakhir perlawanan, mungkin itulah kelemahan terbesar pasukan Harimau Malaya ni. Hmm, perlu di atasi dengan segera kelemahan tu. Apa pun tahniah kepada pasukan Thailand kerana berjaya menjulang piala kemenangan. Dengan izin-Nya, Malaysia akan bertemu Thailand lagi nanti.

-




No comments:

Post a Comment