Tuesday, December 9, 2014

Selamatkan Harimau Malaya!

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Help us! Please!!!
Selamatkan Harimau Malaya! Oh, jangan salah sangka. Ini cerita tak ada kena mengena dengan pasukan bola sepak Harimau Malaya. Ini cerita tentang Harimau Malaya yang habitatnya berada di dalam hutan. Populasi Harimau Malaya ni sudah semakin terancam, sudah semakin pupus. Habitat dan kelangsungan hidup Harimau Malaya ni telah dan sedang di ancam oleh kerakusan hamba Allah yang bernama manusia.

Dikhabarkan bahawa pada tahun 1950-an, ada kira-kira 3000 ekor Harimau Malaya dikesan. Tetapi sekarang pada tahun 2014, cuma sekitar 250 hingga 340 ekor yang dikesan masih hidup. Ke mana hilangnya Harimau Malaya? Soalan tu harus ditujukan kepada pemburu haram dan kepada peneroka hutan haram. Dikhabarkan kepupusan Harimau Malaya berpunca daripada tindakan rakus mereka. Betul lah apa yang di kata "setiap apa yang berlaku di atas muka bumi ini adalah hasil daripada tangan-tangan manusia itu sendiri". 

tiger map
Mengikut The National Tiger Plan Malaysia, ada tiga kawasan utama untuk harimau di Semenanjung Malaysia. Iaitu di Belum-Temengor, Taman Negara dan Endau-Rompin. Harimau memerlukan kawasan hutan yang luas untuk terus hidup. Ia habitat semulajadi mereka. Usaha menyelamatkan harimau dengan membiarkan mereka hidup bebas di dalam habitatnya bermakna menyelamatkan ekosistem yang juga amat penting untuk kita sebagai manusia. Hutan adalah pembekal oksigen kepada kita, pembekal sumber air kepada kita, pembekal tumbuh-tumbuhan yang boleh kita jadikan ubat dan pelbagai lagi.

Jika kamu cakna akan kewujudan Harimau Malaya sekaligus mahu menyelamatkan ekosistem, hulurkanlah sedikit sumbangan. Bagi membantu mereka yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan Harimau Malaya tidak pupus dan juga menyelamatkan ekosistem yang amat penting untuk kita sebagai manusia. Kewujudan harimau juga dapat memastikan keseimbangan ekosistem itu sendiri.

Sumbangan kamu boleh salurkan ke...
Tabung Selamatkan Harimau Malaya Kita. Melalui akaun Maybank, 5642-7651-6761 atau secara online ke pandashop.my/SOMTF/ .

p/s: ini bukan iklan berbayar, sekadar menghulurkan sedikit sumbangan.

-

4 comments:

  1. malaysia ni kecik.memang harimau perlukan kawasan yang besar.. bayang seekor perlukan 300hektar persegi..kalo ribu2 ekor..cukup ke tanah malaysia ni.,.hehe.. tu pasal harimau malaya semakin kurang..x cukup malam..pemburu haram dibendung pun macam tak effec pape..harimau makan bukan macam kucing..makan ikan seekor dah kenyang.. :) VIDEO LELAKI MINTA TELAN ULAR HIDUP-HIDUP GAGAL

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari ribu-ribu skrg dah tinggal ratus-ratus. kalau tak dikawal, pupus terus. apa yang aku nampak kempen ni bukan hanya pasal harimau nak pupus tapi pasal kepentingan menjaga ekosistem. nak kawal penebangan hutan, pembekal oksigen kepada semua makhluk yang bernyawa. kalau hutan tak dijarah sesuka hati, 300hektar persegi tu takde masalah rasanya. nak kawal pemburu haram. kurang pemburu haram, insha allah dapat kurangkan kes harimau masuk kampung sbb rantaian makanan dia bersepah kat habitat dia. harimau pun ada hak nak hidup kan. lagi pun takkan Allah saja2 je cipta harimau kat bumi ni. mesti ada fungsinya.

      Delete
  2. Kerana kerakusan manusia, haiwan plak yang menjadi mangsa. Nak bela seekor harimau leh? hehehe :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. bela harimau dalam gambar je lah. hehe

      Delete