Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
|
hensemkah mereka? O_o |
Pandai buat pandailah tanggung! Itulah apa yang orang selalu sebut-sebutkan. Maknanya setiap apa perkara yang kita buat, adalah tanggungjawab kita. Setiap perbuatan kita akan ada balasannya. Jika buat perkara baik, insha Allah kebaikanlah yang akan kita dapat. Jika buat perkara jahat, tunggu sajalah balasannya.
Hmm..
what you give, you will get it back. Kamu buat onar? Jangan ingat kamu boleh terlepas. Jika semasa hidup kamu boleh elak daripada menerima balasan, tunggulah balasannya di padang mahsyar nanti. Setiap perbuatan kita semasa hidup ni ada nilainya. Hmm.. aku hairanlah!! Apa motif diorang buat onar di stadium tu? Takkanlah sebab kena 'bakar' sikit dah panas telinga, lepas tu buat hal. Sekarang sudah jadi orang yang dikehendaki pula. Berbaloi ke buat semua tu? Kalau kena dakwa dan disabitkan kesalahan, kan tak pasal-pasal ada rekod jenayah. Busuk nama sendiri. Hmm, tak berbaloi.
|
yang last tu ninja ke? O_o |
Apa pula perasaan mak ayah di rumah bila tengok muka anak terpampang di media sebab jadi orang yang dikehendaki? Mesti malu, kan? Kena pula cerita ni sampai ke telinga ahli-ahli mesyuarat tingkap, kecoh sekampung la jawabnya. Mak ayah berjalan menunduk la jawabnya dek kerana menjadi bualan orang. Orang tengok bola, kamu nak tengok bola. Kamu kutuk orang, orang balas tapi kamu yang panas telinga. Pernah dengar ayat ni tapi tak ingat bila dan di mana..
"Bila ada perasaan marah ketika kamu sedang berdiri, maka duduklah. Bila ada perasaan marah ketika kamu sedang duduk, maka berbaringlah". Pendek kata, walau dalam apa keadaan sekalipun kesabaran tu mesti ada. Bila kita ikut nafsu, tak kira la nafsu jenis apa pun, maknanya iblis dah berjaya menghasut la tu. Suka sangat si iblis tu bila dapat menghasut hamba Allah ni, ada geng katanya.
Kbai. o_O
-
No comments:
Post a Comment