Thursday, December 18, 2014

AFF Suzuki 2014 : Malaysia masih ada peluang.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.


awesome picture! credit to HIM
Pusingan pertama perlawanan akhir AFF Suzuki 2014 di antara Malaysia dan Thailand sudah berakhir. Berlangsung di Stadium Rajamangala, Bangkok. Keputusannya memihak kepada pasukan Thailand dengan dua jaringan tanpa balas. Corak permainan diorang lebih kurang sama dengan Vietnam hari tu. Laju, mantap dan tersusun. Tapi pasukan Malaysia masih ada peluang untuk membuat serangan balas kan? Perlawanan akhir pusingan kedua akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, 20 Disember 2014, hari sabtu. Jam berapa? Hmm...sekurang-kurangnya Malaysia kena menang 3-0 nanti.

Secara kesuluruhan, corak permainan Malaysia baik tadi. Cuma tak ada rezeki dan ada beberapa perkara yang masih perlu diperbaiki lagi. Pertahanan masih perlu diperkuatkan. Serangan penyudah masih perlu di susun dan dipertajamkan. Dan yang paling penting, kesefahaman di antara pemain masih perlu diperbaiki. Aku nampak macam penyerang tu buat serangan sorang-sorang je tadi. Yang jelas ketara masa Amri dapat bola di penjuru padang, tiga pemain Thailand mengepung dan tak ada bantuan daripada pemain lain. Hebat macam mana pun skil yang ada, tetap memerlukan bantuan daripada rakan-rakan. Itulah namanya kerja berpasukan. Tapi biasalah kan? Bola itu bulat kecuali bola ragbi. o_O

Tapi aku rasa ada benarnya apa yang diperkatakan oleh pengulas tadi. Pasukan Malaysia selalu 'pancit' pada 20 minit terakhir perlawanan. Selalu berlaku kesilapan pada 20 minit terakhir perlawanan. Tadi dua-dua jaringan Thailand pada 20 minit terakhir perlawanan kan? Masa lawan Vietnam tempoh hari pun sama. Dah leading 4-1, tiba-tiba pada minit ke-78 gol Malaysia tembus. Awal permainan dah kerah tenaga habis-habisan agaknya. Hmm, kita serahkan kepada jurulatih lah untuk perbaiki kelemahan tu. Mereka lebih tahu apa yang perlu di buat. Harap Harimau Malaya dapat membenamkan taringnya di tengkuk Sang Gajah pada perlawanan kedua di Stadium Bukit Jalil nanti. Sejarah 2010 akan berulang kembali. Dengan izin-Nya.



p/s: berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

-

No comments:

Post a Comment