Assalamualaikum dan salam sejahtera.
help me! here |
Sepak mula jam 20:00 dan dari sepak mula sampai habis, sang harimau kena buli. Agresifnya memang boleh tahan tapi setakat agresif sajalah. Tak dapat kekang corak permainan Vietnam pun. Paling tak best bila tengok depan gol pertahanan cuma tinggal dua orang je. Harimau main posisi 2-5-3 ke? Kalau ye pun nak menyerang sangat, seranglah ramai-ramai. lepas tu bila kena serang, pertahankanlah kubu tu ramai-ramai. Dari segi corak permainan harimau lebih agresif tapi vietnam lebih banyak guna otak. Kurang agresif tapi setiap kali diorang buat serangan, licik tapi menjadi. Gerakan vietnam pun laju. Hantaran yang diorang buat pun semua sampai ke kaki yang sepatutnya. Harimau punya hantaran semua kena halang. Bola di kaki? Kena rampas? Sedih!!!
Hmm... dengar kata ada penyokong harimau buat onar di stadium eh? Sebab tak menang? Provokasi? Panas telinga kena bahan? Siap ada penyokong vietnam yang berdarah. Kenapa tak salahkan orang yang mengawal bola di tengah padang tu? Apa pun, kalau ini la corak permainannya. Jangan harap nak ulang sejarah 2010. Silap-silap separuh akhir pun dah 'bungkus'. Bola itu bulat kecuali bola ragbi. Ngeng!!!
Melopong mulut aku si penyokong suam-suam kuku ni tengok diorang main. Diorang main bola ke main sepak-sepak bola? o_O
-
Kena ubah rentak permainan kalau nak jejak kaki ke final. Misi sekarang kena menang besar. Kalau menang 1-0 pun tetap tak merasa final...hukkk :(
ReplyDeletemain ntah apa-apa. sakit hati tengok corak permainan diorang.
Delete