Tuesday, October 30, 2012

dia tahu semuanya!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


hello bloggers dan readers sekalian..
apa khabar kamu?


*****

sok sek sok sek hidung aku berbunyi. nampak macam tanda-tanda selsema bakal menyerang, hurmm harapnya serangannya tu tak dibuat secara besar-besaran lah kalau tidak susah nak buat kerja. selsema ni bila dia menyerang, badan mula rasa pegal jer, urat-urat pun rasa perit jer kalau tak kuat semangat alamatnya otak fikir nak terbaring jer lah melayan badan yang kurang bermaya tu, kerja pun mula rasa malas nak buat.

pics source

sakit ni salah satu peringatan dari-Nya kan. sebagai peringatan agar kita sebagai hamba tidak terleka atau terlupa bahawa Dia sentiasa ada di sisi kita. memerhati setiap gerak geri kita, apa yang kita buat Dia tahu semuanya. perkara yang kita sesama manusia boleh rahsiakan tapi Dia tetap tahu apa yang kita rahsia kan tu sebab Dia Yang Maha Mengetahui. setiap apa yang berlaku di atas muka bumi ni, DIA TAHU SEMUANYA.

sakit ni juga sebagai salah satu penghapus dosa kerana apabila sakit kita sebagai hamba ni BARU nak ingat pada Yang Maha Esa. aku tak cakap pasal orang lain sebab aku sendiri pun hamba Dia jadi ada masa aku juga terleka, terlupa dan macam-macam jenis 'ter' lagi lah. bukan tak tahu tapi mungkin kerana iman yang ada ni masih lemah jadi bila 'dicucuk' dek setan durjana tu, mudah sangat melatahnya. macam orang melatah tu la kan, tak sedar apa yang dibuat bila dah mula melatah, apa saja yang diarahkan mesti orang yang melatah tu buat. di suruh tumbuk, biru la mata orang sebelah kena tumbuk..hehe 

actually manusia yang sakit ni beruntung sebab sakit ni juga sebagai tanda bahawa Dia sentiasa sayang dan tak pernah lupa kan hamba-Nya, cuma kita sebagai hamba ni saja yang selalu lupa kepada-Nya. ingat jiran di kiri kanan kita tu sentiasa melaksanakan tugasnya tanpa jemu. apa saja yang kita buat, baik atau buruk sentiasa dalam pemerhatian jiran tu. sentiasa di catatkan tanpa tertinggal walau satu pun amalan kita.




p/s insyaallah jika 'diizinkan' sesi blogwalking bakal diteruskan -.-

14 comments:

  1. Tuhan bagi skt supaya kita sentiasa ingat DIa kan...jd sabarlah...hihi...

    mkn ubat cpt2 kalo sakit...hihi

    ReplyDelete
  2. setuju tu, sakit penghapus dosa2 kecil kita

    ReplyDelete
  3. sakit itu untuk kita agar sentiasa beringat kan.

    kalau tak tahan..mamam ubat yer :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah kena igt sentiasa ada yg 'memerhati' :)

      sihat dah..syukur! :)

      Delete
  4. yups btul..sakit itu menghapuskan dosa2 kecil yg kita buat...NICE sharing ;))

    ReplyDelete
  5. in sha Allah..sakit boleh jd penghapus dosa..=)

    ReplyDelete
  6. Saya pun setuju...info yang menarik!!

    ReplyDelete
  7. teguran kecil tuu .. Dia sayang kamu :)

    ReplyDelete