Monday, October 22, 2012

nak jadi polis cikgu!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
*****
Masa kecil-kecil dulu bila cikgu tanya APA CITA-CITA KAMU? mesti jawapannya macam tajuk kat atas tu kan J aku rasa jawapan tu yang paling banyak orang bagi. Aku pun tak terkecuali sebab salah satu cita-cita aku dulu memang nak jadi polis tapi bila dah besar ni lain pula yang jadi J langsung tak terlintas dalam hati ni nak merealisasikan cita-cita tu, hehe..



111 ribu nisbah 28 juta atau pun 1 nisbah 253, itu lah nisbah di antara anggota keselamatan (polis) dan penduduk di negara ni sekarang. Erm agak berat sebelah kan? Patut la jenayah di negara ni makin menjadi-jadi, hari-hari ada jer kes jenayah dilaporkan sama ada di media cetak atau media elektronik kan? Letih kot seorang nak jaga dua ratus lima puluh tiga orang, itu belum kira lagi anggota keselamatan yang “makan suap” huhu makin bertambah la beban anggota yang “bersih, cekap dan amanah” tu..kan? :P

Dan disebabkan nisbah yang agak berat-sebelah itulah telah membuatkan pintu hati pengarah dan pelakon terkenal, Farid Kamil terbuka untuk menyertai Pasukan Sukarelawan Polis (PVR).
“adakah berdasarkan kepada jumlah polis seramai itu, keamanan negara dapat terjamin? Jadi saya rasa dengan menyertai PVR, kita dapat bersama membantu pihak polis menangani masalah jenayah dan bersama menjaga keamanan negara,” katanya pada sidang media selepas menghadiri sesi temuduga di IPD Shah Alam.

Beliau akan menempuh latihan lasak di PULAPOL Kuala Lumpur dengan penuh semangat, selain sabar dan berani untuk menghadapi pelbagai risiko dalam apa jua keadaan. Dan diharap dengan penglibatan beliau dapat menarik minat masyarakat untuk turut meyertai PVR dan bersama-sama menjaga keamanan negara.
*berita harian*


p/s elaun enam ringgit sejam…hurmm!!!!

1 comment:

  1. ingat masa sekolah dulu..nak sangat jadi polis tapi semakin meningkat umur..cita-cita untuk menjadi polis semakin dilupakan.

    ReplyDelete