Wednesday, December 5, 2012

ketupat basi.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hai bloggers dan readers sekalian! 
Sedang apa dan di mana?

*****

Ini "ketupat" bukan sebarangan ketupat tapi "ketupat" ini penentu syurga dan neraka. Seperti ketupat basi jika di makan alamatnya jadi 'sahabat' baik penunggu tandas, berulang alik ke markas 'perlindungan' syaitan. 

Begitu juga "ketupat" ini jika dibuat alamatnya tempahan 'tiket' sudah dibuat dan akan tetap laku selagimana tidak mendapat kemaafan dari 'isi' ketupat tu. "Ketupat" ini berisi tohmahan, cacian, sindiran terhadap orang lain dimakan bersama serunding 'daging' saudara sendiri. lazat sekali hingga menjilat jari sebab tu ramai yang suka buat "ketupat" ni.

masuk penjara hukuman dunia.

Tidak seperti dosa kepada Yang Maha Esa, bertaubat sebenar-benar taubat In Sha Allah dihapuskan dosa. Dosa "ketupat basi" selagi tidak mendapat kemaafan insan yang menjadi 'isi' dan 'rencah'nya maka dosanya akan berkekalan selama-lamanya.

"Ketupat" ini memang mudah terhasil, tak perlu daun palas, beras, pulut dan air rebusan hanya menggunakan anggota badan yang tidak bertulang maka terhasillah "ketupat basi". Jika berdua, bertiga, berempat, berlima atau pun satu kampung makin banyaklah "ketupat" yang dapat dihasilkan. Menjaja cerita menjadi 'wartawan' tak bergaji, 'mulia' sungguh hatinya kan 'berkerja' tanpa mengharapkan imbuhan *tabik? lempang laju-laju*

hukuman akhirat, neraka la jawabnya.

"Ketupat" berisi kisah benar itu namanya mengata, "ketupat" berisi cerita rekaan itu namanya fitnah. Dua-dua perilaku tak elok jadi untuk apa "ketupat" itu dihasilkan? banyak sangat pahala? murah hati nak bagi pahala free? Diam lebih baik daripada berkata-kata tetapi menyinggung perasaan sesama makhluk.


Ada yang terasa? ampun maaf di pinta!


p/s maaf jika ada yang terasa, aku hanya insan biasa, bukan niat untuk mengata, hanya berkongsi kata buat renungan bersama terutamanya buat aku yang mengeluarkan kata-kata.

16 comments:

  1. Salam..
    Ingatkan tajuk ape la tadi..rupanya kes mengumpat..hehe..

    ReplyDelete
  2. best la n3 ni... ingatkan apa la tadi.. hahahahhaha

    ReplyDelete
  3. Salam..kemian lagi ketupat title ni..tapi bnyk peringatan tentang ketupat yg awk maksud kan hihih NICE SHARING ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq jna..jgn buat ketupat ni yer ;)

      Delete
  4. Ohhhh! Sekian baca berulang kali baru faham apa maksud dan isi yang ingin disampaikan . Hehe got it now . Sangat mendalam

    ReplyDelete
    Replies
    1. niat nak kias-kias je sbb tu jd ayat serabut cam tu..hehe

      Delete
  5. lebih baik diam dari berkata2

    ReplyDelete
  6. btul.. diam lbih baik drpd berkata2..
    tp nnt org plk kta sombong.. adoiii!

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm betul jugak kan..susah btoi hehe

      Delete
  7. sebab tu kita kena selalu berfikir sebelum berkata-kata kan..kalau tak tau kebenaran atau hujung pangkal sebuah cerita..lebih baik diamkan aja :)

    ReplyDelete
  8. manusia sering kali lupa akan lidahnya

    ReplyDelete