Assalamualaikum w.b.t
panjang je tajuk entri kali ni, konon gempak la tu kan, erm straight to the point je la tak payah intro dah ye hehe..
hari-hari mulut kita ni bercakap tapi pernah tak ingat semula apa yang mulut korang dah cakap..korang agak dapat pahala ke dosa, mana tahu kan kot termengumpat ke hehe.
sebenarnya mengumpat ni memang tak boleh nak elak, macamana pun kita elak @ kawal percakapan kita mesti terbabas juga menyebut pasal orang lain..sembang punya sembang tetiba terkeluar nama si pulan tu si pulan ni.." eh korang nak tau tak, dia tu kan...." selebihnya korang sambung la sendiri ;)
Rasulullah SAW bersabda,"MENGUMPAT ITU IALAH APABILA KAMU MENYEBUT PERIHAL SAUDARAMU DENGAN SESUATU PERKARA YANG DIBENCINYA".
(riwayat muslim)
dek sebab buruknya perlakuan mengumpat ni, sampaikan disamakan seperti memakan bangkai daging saudara seagama..eee tak sanggup aku nak makan bangkai, korang sanggup?..
mengumpat ni juga bukan setakat dosa besar je malah ia diantara dosa yang tidak diampunkan Allah walaupun pelakunya sudah bertaubat..nak dapat ampun kena minta ampun dengan orang yang diumpat, selagi tak di ampun, dosa tu akan kekal dan menerima azab di akhirat kelak..NAUZUBILLAH
Rasulullah bersabda,"PERBUATAN MENGUMPAT SEUMPAMA API YANG MEMAKAN RANTING KAYU KERING"..
pahala yang dikumpul sebelum ni, akan dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu ranting kering dan akhirnya tiada apa lagi yang tinggal
diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, "di akhirat nanti seseorang terkejut apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tak pernah dilakukan ketika hidup di dunia"..maka dia bertanya, "Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini sedangkan aku tidak pernah melakukannya"..maka Allah menjawab,"SEMUA ITU PAHALA ORANG YANG MENGUMPAT ENGKAU TANPA ENGKAU MENGETAHUINYA"
bukan itu saja, sebaliknya jika pahala orang yang mengumpat dah abis utk diberi kepada orang yang di umpat, maka dosa orang yang di umpat tu akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat dan inilah yang dikatakan orang yang muflis di akhirat nanti..
NAUZUBILLAHIMINZALIK
p/s : bestnya makan daging ayam panggang ^_^

No comments:
Post a Comment