Sunday, March 11, 2012

sharing is caring..^_^

Assalamualaikum w.b.t

PENDORONG MANUSIA MENGUMPAT

Imam al-Ghazali berkata tentang perkara-perkara yang mendorong manusia untuk mengumpat.

iaitu ;

-suka mendengar dan mengikut perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan orang lain.

-mahu bersaing dan menonjolkan diri dan menganggap orang lain bodoh dan tidak setaraf dengan kita.

-disebabkan dengki dan irihati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya seperti dalam soal kenaikan pangkat atau kenaikan gaji.

-bergurau dan suka berlawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan atau kekurangan orang sehingga mengaibkan orang yang dikata.

-sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong serta memandang rendah akan orang lain.


KAEDAH MENGHINDAR DIRI DARIPADA MENGUMPAT

beringat sebelum berkata-kata.
apabila orang mengata tentang diri kita mesti kita tak suka kan jadi macam tu juga lah dengan orang lain. jangan kita mengata tentang keburukan orang lain jika kita tak suka orang mengata tentang keburukan diri kita.

keperluan intelek.
kehidupan memerlukan kita mencari ilmu, berfikir, memerhati, menanggapi dan membuat spekulasi, maka jika orang melakukan hal yang sebaliknya bererti mereka tidak memenuhi keperluan intelek mereka.

ingat dosa
larangan islam soal perbuatan mengumpat sudah cukup untuk menyedarkan kita tentang keburukan mengumpat dalam kehidupan. tiada siapa di dunia ini yang sanggup memakan bangkai saudara mereka sendiri


p/s : renung-renungkan selamat beramal ^_^

1 comment: