Tuesday, March 20, 2012

Jiran ku psiko..

Assalamualaikum w.b.t

pics pinjam je

Jiran..bagi aku jiran ni ibarat saudara paling dekat..sakit pening kita jiran dulu yang tahu..ada kenduri atau apa juga majlis, jiran juga yang bantu meringankan beban..sedara mara betul kadang tak tau pun apa jadi kat aku ni..senang cakap, jiran amat penting dalam hidup bermasyarakat..

Islam juga menitik beratkan kepentingan jiran..Allah berfirman, "Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa kamu, kaum kerabat kamu, anak yatim, orang miskin, jiran tetangga terdekat, jiran tetangga yang jauh, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki", Surah An-Nisaa : 36

alangkah bertuahnya kalau dapat jiran yang baik kan?..masalahnya sekarang ni, jiran zaman sekarang ramai yang buat hal sendiri..tak ambik tau hal orang sebelah menyebelah..dengki mendengki tak payah cakap la, kalau ada barang yang termasuk sempadan dia, omeh dia cukup menyakitkan hati..rasa nak sepak laju-laju je..tapi kalu time dia memekak karok tu, takde plak kena sound ke apa..lantak ko la nak karok sampai pecah anak tekak pun..apa aku kesah

bapak aku ni pemegang amanah akaun masjid dan sekarang ni rumah aku under construction, so ada la sorang mak cik ni duk sibuk nak selak kain yang mak bapak aku pakai..sibuk duk tanya "ada duit ke nak buat rumah ni??..mana dapat duit nak buat rumah ni??"..ish psiko betul..ingat dia sorang je ada duit..orang lain ni tak pandai cari duit ke??..kot ye pun mak bapak aku tak cukup modal, takde nak minta duit dia pun la..takde sampai nak guna duit masjid la..ingat orang ni macam dia ke????

so sekarang ni aku musykil..perlu ke aku buat baik dengan jiran macam ni.sedangkan Nabi Muhammad ada bersabda, "Jibrail berkali-kali mengingatkan aku supaya berbuat baik terhadap jiran sehingga aku merasakan seolah-olah mereka akan mewarisi hartaku", riwayat Al-Bukhari dan Muslim

p/s : malang betul dapat jiran macam ni

3 comments:

  1. jiran nih macam2 ragam..
    kdang2 kita sndiri taktau sbb ape dya tak senang hati dgn kita..
    yg pnting kte sntiase buat baek kt dia..Allah dah mnjanjikian yg trbaik kpd org yg brbuat baik dgn org lain :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faizah Husna : betul da tu..keninh sama hitam, hati lain-lain kan..:)

      Delete