Thursday, March 29, 2012

tepuk bahu duit habis..

Assalamualaikum w.b.t

hai semua pembaca, blogger dan follower..sihat ye semua..poyo lak rasa..lama senyap pastu timbul semula..apa yang senyap, apa yang timbul ye..


baru habis belek berita harian sebenarnya..ada satu cerita yang menarik perhatian aku..kes pasal orang yang nak cari duit cara mudah.

kes ni selalunya terjadi semasa mangsa berurusan dengan mesin ATM, jadi masa berwaspada la ye masa berurusan tu kalau boleh biar la berteman, jangan pergi sorang-sorang..takut nanti ada yang tiba-tiba datang "tepuk bahu" sedar-sedar akaun dah kosong je..manangis tak berlagu nanti.

Sejak 2010, polis selangor menerima laporan 29 kes berkaitan jenayah tersebut dimana 17 kes dilaporkan pada 2010 dan 12 kes pada tahun 2011. Kelicikan kumpulan yang percayai dianggotai sekurang-kurang tiga orang ini didedahkan Timbalan Ketua Jenayah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Ng Keok Chai.

M.O mereka amat terancang dan sukar dikesan mangsa dan kegiatan ini cenderung dilakukan dalam.premis yang menempatkan lebih tiga mesin ATM.

Berpura-pura seperti pelanggan, menabur wang dibelakang mangsa ketika mangsa hampir selesai berurusan. seorang dari mereka akan menepuk bahu mangsa memberitahu wang itu milik mangsa. Mangsa yang terpedaya akan mengutip wang tersebut dan plan menipu mereka pun bermula. Yang menepuk bahu akan merakam no pin mangsa dan seorang akan menukar kad ATM mangsa dengan kad yang lain dalam tempoh beberapa saat tanpa disedari mangsa.

berita harian

p/s : berurusan kat kaunter lagi selamat kot..

2 comments:

  1. selalu sangat dah berlaku ni,hurm.

    ReplyDelete
  2. cik angah : tu la kan..bahaya betul sekarang ni :(

    ReplyDelete