berjalan blog!
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
salam penghulu segala hari buat semua readers dan bloggers sekalian.
semoga sihat dan berbahagia sentiasa hendaknya.
*****
erm agak lama aku tak mengemaskini entri dan berjalan blog kan. akibatnya trafik yang memang dah sedia suram bertambah suram jadinya. aktiviti berjalan blog ni memang penting bagi bloggers yang mementingkan jumlah trafik dan bloggers sepenuh masa. blogger cikai macam aku ni tak perlu kot jumlah trafik yang tinggi-tinggi tu tapi itu tak bermakna aktiviti berjalan blog boleh diabaikan. ada yang setuju dengan kata-kata aku ni? :)
aku pernah terbaca (tak ingat di mana) seorang bloggers perlu sekurang-kurangnya berjalan blog sebanyak dua puluh blog sehari jika mahu maintain kan trafik blog diorang. erm mula-mula dulu aku rajin berjalan blog, asal ada yang tinggal jejak aku akan balas semula jejak tu tapi sekarang ni, entahlah aku pun tak tahu kenapa, makin lama makin kurang berjalan blog.
aktiviti berjalan blog ni selain daripada meningkatkan trafik, ia juga sebagai satu cara penghubung di kalangan bloggers di luar sana kan. mengeratkan silaturrahim di antara bloggers dan boleh juga di jadikan cara untuk menambahkan pendapatan sekiranya bloggers yang buat aktiviti berjalan blog tu bermurah hati tujukan cursor dan klik pada iklan yang ada di dalam blog kita tu (kalau ada iklan).
aktiviti berjalan blog juga boleh menambahkan ilmu yang sedia ada kan. berjalan blog boleh baca macam-macam info yang di kongsikan oleh bloggers lain. walaupun kadang-kadang info tu kita memang dah tau tapi ia boleh di jadikan sebagai peringatan. kadang-kadang kita terlupa tentang info tentang sesuatu, bila kita berjalan blog kita terjumpa entri berkaitan sesuatu yang kita terlupa, nah dah boleh ingat semula tentang sesuatu yang kita terlupa tadikan.
erm cukup lah kot aku mengomel kali ni, mungkin ada bloggers lain yang nak kongsikan kebaikan berjalan blog ni, dengan segala hormatnya dipersilakan. :)
p/s komen bertukar format sebab aku join NuffnangX.
No comments:
Post a Comment