Thursday, November 8, 2012

Ayam daging vs ayam kampung.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

hello readers dan bloggers sekalian!

*****

Kamu semua mesti tahu ayam daging kan? ala ayam yg bulu putih tu, yang kamu semua hadap di KFC tu pun ayam daging juga, yang kamu beli di pasar yang daging dia gebu-gebu tu pun ayam daging la.
Ayam daging ni hidup dia mudah sangat. Kerja dia cuma makan tidur makan tidur dalam tempoh empat puluh lima hari paling lama, sampai masa jadi lauk, jadi gulai, jadi ayam goreng, jadi lauk kenduri dan macam-macam lagi. Makan pun tunggu jer orang bagi, tak cukup makanan kawan sendiri pun dia makan. Walaupun nampak macam takde makna tapi jasanya tetap ada, mengenyangkan perut manusia yang melahap dagingnya.



Berbeza dengan ayam kampung, sentiasa berusaha mencari makanan untuk mengalas perut. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, makan sisa makanan dari manusia, jika tuannya baik barulah dapat merasa makanan sedap sikit..susahnya hidup diorang kan. Berusaha mengelak dari di baham dek musang, musuh utama diorang, telur yang di  eram perlu dijaga sebaik mungkin jika tidak jadi habuan sang biawak lidah bercabang tu. Tidur atas dahan-dahan pokok, jika hujan kuyup la jawabnya (bg yg tak bereban) tapi harganya lebih mahal daripada ayam daging. Cuma di akhirnya nanti tetap jadi lauk manusia juga, sedap sangat jika di masak rendang :P hehe



Manusia juga boleh dikaitkan dengan ayam-ayam tu. Ada yang bersikap malas, tunggu jer hasil dari orang lain untuk hidup, tiada usaha untuk memperbaiki kehidupan, Apabila tersepit kawan pun sanggup di 'makan' asalkan perut sendiri 'kenyang' tapi tak semua yang bersikap macam ayam daging ni kan? sesetengah jer :)

Yang berusaha siang malam untuk mencari rezeki, ramai kan? berusaha mengubah kehidupan agar lebih selesa, Bermati-matian mempertahankan diri dari serangan 'musuh' dan sentiasa tabah menghadapi dugaan hidup. Jika dilanda musibah tetap sabar dan berusaha untuk mencari jalan keluar dari musibah bukan hanya meratap menagih simpati orang lain.

Tapi di akhirnya nanti tetap sama kan apabila nyawa 'di tarik', perlu menghadap Yang Maha Esa, dilihatkan kembali buku amalan kita. Jika banyak kebaikannya maka syurga lah arah tujunya, jika keburukan mengatasi kebaikan maka neraka lah arah tujunya. ayam-ayam tu takpe sebab mulut diorang sentiasa mengucapkan zikir kepada-Nya, kita sebagai manusia yang di anugerahkan akal dan fikiran ni bagaimana?  Bersediakah kita untuk menghadapi hari pengadilan kelak? Tepuk dada tanya lah iman!

moral of the story? hurmmm......




p/s berjaya bangkit dari kegagalan, itulah kejayaan sebenar dalam kehidupan. -.-

 


9 comments:

  1. urmm..maksudnya mendalam..cheery nak jd ayam kampung lah.biar susah asal kita xpenah lelah berusaha.. eh ada kena mengena ka??hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada kena mengena sikit2 kot..hehe

      Delete
  2. suka sangat dengan entri ni..masa mula-mula baca pun dah terfikir cara hidup ayam dan kehidupan manusia banyak persamaan, sampai ke setengah entri, rupanya itu juga yang abg sampaikan :D

    p/s pinjam entri leh? :P hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haiwan dgn manusia bezanya cuma satu...AKAL kan? :)

      pinjam kena pulang balik tau :P hehe

      Delete
    2. tapi ada juga segelintir manusia yang menggunakan 'anugerah'akal untuk melakukan kejahatan.

      p/s amek terus leh? :P

      Delete
  3. hebat kaishin pasal ayam na baru taw ni hehe tq for sharing ;)

    ReplyDelete
  4. hidup org zaman ni perlu ikut mcm ayam kampung.

    ReplyDelete
  5. nice entri bro. berisi. ayam kampung ni lebih berdikari. hehe. compared ayam daging.

    ReplyDelete
  6. terbaik la entri ni....anna suka bacanya... thks erk.. ^___^

    ReplyDelete