Monday, November 26, 2012

Harimau dibaham singa.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku teramat pasti ramai yang kecewa dengan aksi perlawanan sang harimau menentang sang singa malam tadi. Tiga cakaran dari sang singa menyebabkan sang harimau terkulai layu. Apa sudah jadi? Adakah sang harimau terlupa mengasah kukunya? atau adakah sang harimau gerun dengan gelaran 'raja' yang di miliki sang singa? jawapannya hanya ada pada sang harimau.

Bagi aku pincang aksi sang harimau malam tadi, seolah-olah telah di 'mandrem' apabila cakaran dari sang harimau tidak mengenai sasaran. Aku juga melihat seolah-olah tiada kesefahaman dalam kawanan baru sang harimau, tidak seperti kawanan yang beraksi dua tahun lepas. Sang harimau yang menjaga 'sarang' seperti kehilangan arah apabila dengan mudahnya sang singa menceroboh ke dalam 'sarang' sang harimau dan memberi tiga cakaran berbisa.

Adakah mereka hanya bergantung harap kepada dua sang harimau yang berada dihadapan untuk memberi cakaran berbisa? kerana ada banyak peluang yang sepatutnya dapat menyebabkan sang singa terkulai layu tapi di sia-siakan akibat memberi harapan kepada sang harimau tertentu untuk memberi cakaran berbisa.

Tapi tidak mengapa kerana itu hanya permulaan. Diharapkan sang harimau dapat memantapkan lagi kawanan mereka. Harap dapat di asah kuku dan taring mereka setajam yang mungkin untuk merobek 'sarang' pihak lawan kelak.

 tido lagi best *chengut kata* hehe



p/s idea entah apa-apa menyebabkan terhasilnya entri merapu ini.

No comments:

Post a Comment