Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hai, entri kedua untuk oktober 2013. Hurmm, baru dua entri je? Malas betul nak menghadap blog dan menaip sejak kebelakangan ni. Ermm, sebenarnya sejak awal tahun 2013 ni memang aku dah makin malas nak menaip. Entah kenapa makin lama mood makin kurang, blurr makin kerap, blog walking apatah lagi. Awal-awal dulu paling kurang sehari satu entri aku taip. Entri entah apa-apa je tapi mungkin masa tu mood aku tengah membuak-buak jadi, aku rajin nak menaip dan berkongsi cerita-cerita merapu aku.
Kalau tak salah aku mula menaip akhir januari 2012. Aku mula tertarik nak menaip lepas baca entri dalam blog sapa entah, aku pun tak ingat dan bermula dari tu aku mula menaip walaupun sebenarnya blog ni aku dah buat sejak pertengahan 2009 lagi. Menaip, berkongsi dan berkenalan dengan blogger-blogger lain memang satu keseronokan yang tak dapat nak digambarkan macam mana. Dapat kenalan baru, walaupun tak bersua muka perasaan tu tak sama dengan berkenalan atau bersembang di alam realiti.
Tapi sekarang? Hurmm, nak 'sign-in' akaun sendiri pun rasa malas yang teramat sangat. Rasa macam ada satu tembok tebal yang menghalang aku daripada meneruskan niat untuk menggodek-godek blog sendiri dan menelaah segala macam hasil tulisan blogger-blogger lain yang bertebaran di alam maya. Entri yang ni pun jenuh aku nak memikirkan apa yang nak di taip sebab rasanya 'lampu atas kepala' ni teramat malap sampai aku terpaksa 'meraba-raba' mencari kata-kata yang sesuai.
Apa tujuan sebenarnya aku berblogging? Mencari kenalan? Berkongsi apa saja? Mencari populariti? Meluahkan apa yang tebuku di hati? atau ada sebab-sebab lain? Hurmm...yang mana satu sebenarnya tujuan aku? Aku perlu fikir semula apa tujuan aku menaip di sini, and then baru aku boleh mula aktif menaip semula. Cuma yang pasti, walaupun aku ada blog tak bermakna aku layak dapat gelaran seorang blogger. Itu aku pasti.
p/s : apa lagi aku mahu?
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
hello bloggers, readers, stalkers dan haters sekalian,
sedang apa dan di mana ya?
hari ni (4 februari 2013) maknanya sudah 35 hari 2012 berlalu pergi. jadi apa perubahan yang berlaku dalam kehidupan kamu? lebih baik atau sebaliknya? erm sibuk tanya orang, aku sendiri macamana? ;)
erm manusia boleh berubah ke? kenapa ramai yang aku kenal masih lagi dengan rutin yang sama? seminggu tiga kali tak pernah tinggal, isnin, khamis dan ahad mesti muka yang sama jer. dari mula aku kenal dunia sampai sekarang, muka itulah juga yang jadi pelanggan tetap, muka itu juga lah yang selalu tepuk dahi bila nombor yang di beli cuma satu nombor saja yang silap. muka itu juga lah yang kembang semangkuk lubang hidungnya bila mana nombor yang di beli terpampang dalam kolum keputusan yang tercetak di bahagian belakang akhbar berita hairan.
yang lebih menarik, kebanyakannya sudah termasuk dalam golongan "rumah kata pergi, kubur kata mari" dan dalam kad pengenalannya terpampang perkataan ISLAM. kalau nak kata diorang tak tahu hukum, MUSTAHIL sebab orang tua kan selalu kata diorang lebih dulu makan garam jadi diorang ni mesti luas pengetahuannya. mustahil lah kalau diorang tak tahu hukum hakam dalam Islam.
"bapa borek anak rintik" erm yang jenis ni pun ramai rasanya. bapak dan anak sama naik, sama tepuk dahi bila nombor tak kena, sama kembang hidung bila nombor mengena. kalau bapak yang 'kena' anak tumpang semangkuk begitu juga sebaliknya. ada tu yang ALLAH dah bagi peringatan bila mana dalam perjalanan nak 'membeli' tu kenderaannya tiga empat kali meragam, ada juga yang dalam perjalanan tu kenderaannya tercomolot dengan kenderaan orang lain, tak pasal-pasal melayang berkali-kali ganda dari apa yang dia pernah 'menang' sebelum ni. badan sakit, duit melayang tapi dalam pada sakit tu tetap juga........erm kamu fikir sendiri lah.
erm membebel banyak-banyak pun bukan ada perubahan pun :P hehe
p/s geleng kepala, itu je yang reaksi yang mampu aku bagi -.-
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
hai bloggers dan readers sekalian! sedang apa dan di mana?
*****
erm sudah seminggu rupanya aku tak menjengah blog ni, berjalan blog lagi lama tak buat kan. orang pun dah naik cemuih dengan aku agaknya, kejap ada kejap takde, apa kamu buat iklan biskut chipsmore ke kaishin? *dush*
apa-apa pun terima kasih bebanyak kepada hak sudi menjengah dan mengetuk manja nuff hak bersepah tu ada ke?
erm kali ni aku cuma nak menghebahkan berita bahawasanya aku adalah aku berubah wajah lagi tak perlu pun sebenarnya apa pendapat kamu? okay tak?
erm itu je la kot, actually kepala otak aku ni kekeringan idea, nak taip apa pun aku tak tau. *semak*
p/s erm kamu terjah aku terjah semula tapi bila masanya hanya DIA yang tahu. *adios*