Thursday, October 10, 2013

Tanda kekuasaan Allah?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Cubalah bertanya kepada bunga-bunga yang bermekaran! "Siapakah yang menumbuhkan dan membuat mereka begitu indah? Atau bertanya kepada sang malam, "siapakah yang memakaikan pakaian kegelapan baginya? Mengapa tidak anda tanyakan "siapa yang meninggikan langit dan menghamparkan bumi?

Sebenarnya, kebanyakan manusia tidak mahu berfikir tentang penciptaan alam ini. Manusia telah dilalaikan oleh kecanggihan teknologi, berkembangnya kilang-kilang, pelbagai macam minuman, pakaian dan makanan.

Imam Ahmad juga pernah ditanyakan mengenai tanda-tanda kekuasaan Allah. Beliau menjawab, "Maha Suci Allah, yang telah menciptakan telur ayam, yang bahagian luarnya bagaikan perak keputihan dan dalamnya kuning keemasan. Ayam itu mengerami telurnya hingga telur itu mengeluarkan haiwan yang baru.

Harun Ar-Rasyid bertanya kepada Imam Malik: "Apakah tanda-tanda kekuasaan Allah?" Jawabnya, "Maha Suci Allah! Betapa pelbagainya suara dan bunyi-bunyian, berbagai-bagainya nyanyian, loghat dan bahasa adalah merupakan tanda-tanda kekuasaan Allah."

*****

Apa yang aku taip di atas adalah apa yang di tulis dibahagian belakang buku tersebut. Membaca sambil berfikir dan dalam pada masa yang sama bermuhasabah akan kekurangan diri. Astaghfirullahal'adzim.


p/s : tepuk dada tanya iman, sudah cukupkah bekalan di dada? 

2 comments:

  1. semua yang kita lihat malah semua yang kita miliki sekalipun bukan kita yang punya tapi Allah yang punya termasuklah diri kita juga :)

    ReplyDelete
  2. nyawa kita pun milik Dia jadi kena hargai dan jangan sia-siakan nikmat yang kita ada :)

    ReplyDelete