Kisah masyarakat Sadum (2)
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bismillahirrahmanirrahim.
Permohonan dan doa Nabi Luth diperkenan dan dikabulkan oleh Allah. Tiga orang malaikat dikirimkan dengan menyamar sebagai tamu biasa. Mereka adalah malaikat yang menjadi tetamu Nabi Ibrahim dengan membawa berita gembira dengan kelahiran Nabi Ishaq dan memberitahu bahawa mereka adalah utusan Allah untuk menurunkan azab kepada kaum Nabi Luth iaitu masyarakat Sadum. Nabi Ibrahim memohon agar penurunan azab ditunda, kalau-kalau mereka kembali sedar, mendengar dan mengikuti ajakan Nabi Luth serta bertaubat dari segala maksiat dan kemungkaran. Nabi Ibrahim juga memohon agar Nabi Luth diselamatkan dari azab yang akan diturunkan ke atas masyarakat Sadum.
Para malaikat tiba di Sadum, menyamar sebagai lelaki tampan dan memiliki tubuh yang bagus. Dalam perjalanan memasuki kota, mereka bertemu seorang gadis yang cantik sedang mengambil air dari perigi. Mereka bertanya kepada sang gadis apakah mereka boleh menjadi tamu di rumahnya. Sang gadis tidak berani memberi kata putus sebelum berbincang dengan keluarganya. Sang gadis segera pulang ke rumah untuk memberitahu permintaan itu kepada ayahnya iaitu Nabi Luth. Mendengar permintaan tersebut, Nabi Luth menjadi bingung memikirkan apakah jawapan yang harus diberi kepada pendatang (malaikat) itu. Memikirkan akibat yang akan diterima sekiranya membenarkan tetamu-tetamu itu menumpang di rumahnya. Pasti akan memberi gangguan kepadanya dan tetamunya dari masyarakat Sadum yang tergila-gilakan kepada lelaki tampan.
Setelah difikirkan, akhirnya Nabi Luth memutuskan untuk menerima mereka sebagai tamu di rumahnya. Apa juga akibatnya nanti, ia berserah kepada Allah. Lalu Nabi Luth pergi sendiri untuk menjemput tetamunya yang sedang menunggu di pinggir kota dan di bawa ke rumahnya pada saat masyarakat Sadum sedang nyenyak tidur. Nabi Luth berpesan kepada isteri dan puteri-puterinya agar merahsiakan kedatangan tetamunya itu. Akan tetapi isteri Nabi Luth yang memang sehaluan dengan masyarakat Sadum telah membocorkan berita tentang kedatangan tetamu itu.
Kekhuatiran Nabi Luth terjadi juga. Sebaran berita dari mulut ke mulut telah menyebabkan kediaman Nabi Luth di serbu masyarakat Sadum untuk melihat ketampanan tetamu itu sekaligus untuk melempiaskan nafsu serakah mereka. Nabi Luth tidak membenarkan mereka melihat tetamu-tetamunya dan menyeru mereka agar kembali ke rumah masing-masing dan tidak mengganggu tetamunya yang datang dari jauh yang sepatutnya dihormati dan dimuliakan. Nabi Luth menasihati mereka agar meninggalkan tabiat buruk mereka yang jelas bertentangan dengan fitrah manusia, di mana Allah telah menciptakan pasangan lelaki dan perempuan demi kelangsungan perkembangan umat manusia. Nabi Luth berseru agar mereka kembali kepada isteri-isteri mereka dan meninggalkan perbuatan maksiat dan mungkar sebelum mereka di landa azab dan siksa Allah.
Seruan dan nasihat Nabi Luth tidak dihiraukan mereka, bahkan mereka mendesak dan akan merobohkan pintu rumahnya secara paksa jika pntu tidak dibuka dengan suka rela. Nabi Luth berkata kepada tetamunya, "Sesungguhnya aku sudah tidak berdaya lagi menahan orang-orang itu untuk untuk menyerbu masuk. Aku tidak memiliki senjata dan tidak memiliki kekuatan untuk menolak kekerasan mereka, tidak mempunyai keluarga atau saudara yang disegani mereka untuk aku meminta pertolongan, maka aku merasa sangat kecewa, sebagai tuan rumah aku tidak dapat menghalang gangguan terhadap tetamuku di rumahku sendiri."
Usai Nabi Luth mengucapkan keluh-kesahnya, para tetamunya segera memperkenalkan diri bahawa mereka adalah malaikat yang menyamar sebagai manusia dan mereka datang ke Sadum untuk melaksanakan tugas menurunkan azab dan siksa ke atas rakyatnya yang tetap mahu terus bergelumang dalam kemungkaran dan kemaksiatan yang keji dan kotor.
Nabi Luth diarahkan untuk membuka pintu rumah selebar-lebarnya agar masyarakat Sadum yang haus homoseks itu dapat masuk. Namun begitu, setelah pintu terbuka dan mereka melangkahkan kaki untuk masuk, gelaplah pandangan mereka, tidak mampu melihat apa-apa. Mereka mengusap-usap mata, tetapi ternyata mata mereka telah dibutakan oleh Allah.
Sementara masyarakat Sadum yang menyerbu masuk ke dalam rumah Nabi Luth berada dalam keadaan kacau-bilau, berteriak menanyakan apa yang menyebabkan mata mereka dibutakan, para malaikat menyeru kepada Nabi Luth sekeluarga agar segera meninggalkan perkampungan itu kerana telah tiba masa untuk azab diturunkan kepada masyarakat Sadum. Nabi Luth sekeluarga di pesan agar dalam perjalanan ke luar kota, jangan seorang pun dari mereka menoleh ke belakang.
Nabi Luth bersama isteri dan dua puterinya berjalan pantas menuju ke luar kota, tidak menoleh ke kanan atau ke kiri. Akan tetapi sang isteri yang merupakan musuh dalam selimut bagi Nabi Luth tidak sanggup meninggalkan kaumnya. Ia berda berada dibelakang rombongan Nabi Luth berjalan perlahan-lahan dan tidak henti-henti menoleh ke belakang kerana ingin mengetahui apa yang akan terjadi kepada kaumnya, meragui kebenaran ancaman para malaikat yang telah didengarnya sendiri. Setelah langkah Nabi Luth dan kedua puterinya melewati batasan kota Sadum, sewaktu fajar menyinsing, bergetarlah bumi dengan dahsyatnya di bawah kaki rakyat Sadum, tidak terkecuali isteri Nabi Luth yang munafiq itu. Getaran itu mendahului suatu gempa bumi yang keras dan hebat disertai angin yang kencang dan hujan batu sijjil yang menghancurkan dengan serta-merta kota Sadum dan penghunimya.
"74 - Dan kepada Luth, Kami telah berikan hikmah dan ilmu, dan telah Kami selamatkan dia dari (azab yang telah menimpa penduduk) kota yang mengerjakan perbuatan keji. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang jahat lagi fasiq. 75 - Dan Kami masukkan dia ke dalam rahmat Kami, kerana sesungguhnya dia termasuk orang-orang yang soleh." (Surah al-Anbiyaa)
Kisah yang wajar kita jadikan pengajaran. Tak jauh beza kisah masyarakat sadum dengan gaya hidup sekarang ni. Moga kita tidak tergolong dalam golongan yang melakukan perbuatan keji dan yang dilarang. Mudah-mudahan dengan waktu yang diberikan kita perbaiki segala kekurangan.
ReplyDeleteapa yang berlaku dalam kisah nabi tu, berlaku dalam zaman sekarang kan? harap-harap tak sampai kena hukum macam dalam kisah tu.
Deletehehehe , mekasih bro pos pasal nih , dah lama tak baca cerita kisah2 nabi nih , dlu masa skolah2 rendah ngan menengah rendah jer minat baca benda gini , huhuhu ~
ReplyDeletesama-sama..actually sama juga sebenarnya..sejak kebelakangan ni je tergerak hati nak baca kisah-kisah nabi ni..hehe
Delete