Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata: "Setakat ini bilangan penghidap diabetes di negara ini telah meningkat kepada 2.6 juta orang atau 15 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia.
Lagi satu. Dulu masa harga rm1.90 per kilo sampai la sekarang rm2.50 per kilo, alasan kenaikannya sama juga. Nak kurangkan kes pesakit diabetes juga. Persoalannya sejak harga naik daripada 1.90 kepada 2.50 tu, peratus kes pesakit diabetes ada penurunan ke? Kalau mentaliti manusia tu masih sama, sampai bila pun masalah diabetes ni takde penurunan. Semuanya bergantung pada kesedaran manusia tu sendiri. Kalau manusia tu rasa dia nak hidup sihat, dia akan jaga kesihatan dia. Kawal pemakanan, amal diet seimbang, beriadah dan macam-macam cara lagi untuk jaga kesihatan diri.
Apa takde cara lain ke nak kekang peningkatan kes diabetes ni? Tukang masak tak reti nak kurangkan gula dalam masakan? Tukang buat kek tak reti nak buat kek yang kurang manis? Kurangkan gula boleh jimat kos kan? Harap-harap saranan tu hanya tinggal saranan tanpa pelaksanaan kalau tak jangan merungut la kalau orang jual kuih sebiji RM 1 pulak lepas ni ye. Erm cadangan potong elaun menteri untuk kurangkan perbelanjaan negara bila nak buat? Jangan cakap saja ya! Cerita dia kat sini.
p/s : erm kuih karipap guna gula tak? kegemaran aku tu! heh. peace! ^_^
peningkatan pesakit diabetes bukan alasan untuk naikkan harga gula..naiklah sampai 100 ringgit sekilo sekalipun, kalau orang tak jaga kesihatan, macam-macam penyakit juga tetap akan menyerang kan.
ReplyDeleteLagipun gula bukan satu-satunya penyebab diabetes..banyak lagi penyebab lain. Contohnya seperti nasi. Kang cakap nasi tak pasal-pasal harga beras pun naik..hehehe.
p/s jangan risau karipap tak ada gula :P hehe
tu lah, diorang buat alasan nak naikkan harga barang je tu sbb baru ni tokey gula dgn tepung kata kononnya diorg takkan naikkan harga.
ReplyDeleteerm lepas pru baru ni dah ada ura-ura nak naikkan harga beras tp tak jadi.
oh selamat la karipap takde gula :P
kalau gula naik harga...banyak lagi barang lain akan terjangkit sama. Sama macam minyak haritu kan
ReplyDeletep/s bolehlah mamam karipap banyak banyak :P
subsidi gula dah mansuh jadi lepas ni semua barang yang berkaitan gula akan mula naik..terima kasih kpd PM kesayangan malaysia..heh
ReplyDelete