Thursday, May 3, 2012

makan lewat malam.

Assalamualaikum warahmatullah.

eeeerp alhamdulillah baru je sudah makan tadi, kenyang perut baru boleh tido..hehe tengah malam baru nak makan :). eh makin bertambah la saing kaishin, terima kasih diatas kesudian anda semua menjadi saing kaishin eh *poyo :P

mee rojak anjung seri hari tu

ada orang tak suka makan lewat malam sebab nak jaga badan katanya. ermm ada betul juga tu sebab malam masa badan kita untuk berehat. lagipun waktu malam aktiviti fizikal memang kurang la kan jadi waktu malam memang waktu kesukaan bagi kalori-kalori ni berkumpul dan berkampung dalam badan kita, tetapi...

sebenarnya makan malam tidak menggemukkan tetapi samada menggemukkan atau tidak, ia bergantung kepada beberapa faktor iaitu...

* psikologi - kadang kala makan dalam persekitaran gelap boleh menyebabkan kita leka dan terus makan tanpa menyedari jumlah makanan yang kita makan. tetap pendirian ketika makan tak kira dalam apa jua persekitaran.

* pemakanan - makan makanan berlemak atau makan dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan berat badan meningkat. maka cukuplah makan sekadar untuk mengalas perut bagi mengelakkan perut anda meragam minta diisi ketika anda tidur.



p/s : makan untuk hidup bukan hidup untuk makan -.-

8 comments:

  1. semalam sis makan 3 kali , banyak pulak tu haha

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Saya disini : nak mkn g anjung seri bera eh hehe

      Delete
  3. puteri memang suka makan waktu malam..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puteri : best kan makan banyak pun takpe sebab badan tetap maintain kan hehe

      Delete