Tuesday, May 22, 2012

benci kemungkaran bukan pelakunya.

Assalamualaikum warahmatullah.

Sebagai seorang manusia kita memang tak dapat lari dari melakukan kesilapan kan. tiada yang sempurna di atas muka bumi ni kecuali Yang Maha Esa. Walau macamana pun kita beringat mesti ada juga kesilapan yang kita lakukan. Persoalannya sekarang adakah kita mengambil iktibar dengan setiap kesilapan yang kita telah lakukan tu. adakah kita berusaha untuk memperbetulkan semula kesilapan-kesilapan tersebut agar tidak berulang di masa hadapan? jom kita sama-sama berfikir sejenak persoalan tu...dah dapat jawapan? ok, simpan jawapan tu untuk renungan buat diri sendiri hehe.

BENCILAH KEMUNGKARAN TETAPI JANGAN MEMBENCI PELAKUNYA.

erm agak-agak boleh tak kita buat macam ayat kat atas ni ye. apabila melihat kemungkaran berlaku di depan mata, apakah persepsi pertama yang terlintas di fikiran kita? erm kalau aku mesti cakap, "eee jahatnya dia ni @ eee mak bapak dia tak ajar ke?" orang yang di kutuk bukan perbuatannya, astaghfirullah. korang pulak macamana? sama macam aku juga ke?

aku akui memang sukar nak mempraktikkan saranan ayat tu dalam kehidupan. hati aku tak cukup bersih dan hanya insan yang mempunyai hati yang benar-benar bersih saja yang mampu melakukannya. dan hati yang benar-benar bersih sahaja yang mampu menjalankan konsep "AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR" dengan sebenar-benarnya. Jadi sebesar mana pun kemungkaran, berdoalah dengan harapan agar pelakunya mendapat hidayah dari Allah.

Hati yang bersih. itulah kunci kepada kejayaan Rasulullah s.a.w. menghadapi tentangan daripada penduduk Taif. Diejek dan dilontar dengan batu akan tetapi Rasulullah tetap mengharapkan kebaikan walaupun pada ketika itu malaikat telah menawarkan diri untuk menurunkan azab ke atas penduduk Taif. Itu menjadi bukti bahawa tiada kebencian yang bersarang di dalam hati Rasulullah terhadap penduduk Taif, walaupun hati dan fizikalnya disakiti.-.-

Ketika itu Baginda berdoa kepada Allah yang bermaksud: "Ya Allah, kepada-Mu aku mengadu kelemahanku, kekurangan daya upayaku dan kehinaanku pada pandangan manusia. Ya arham al-Rahimin, Engkaulah Tuhan orang yang ditindas dan Engkaulah Tuhanku. Kepada siapakah akan Engkau serahkan diriku ini? Kepada orang asing yang akan menyerangku atau kepada musuh yang mnguasai aku? Sekiranya Engkau tidak murka kepadaku, maka aku tidak peduli.."

Baginda juga berdoa untuk umat yang dikasihinya, yang bermaksud: "Ya Allah, ampunilah kaumku. Sesungguhnya mereka tidak mengetahui." Baginda juga bersabda yang bermaksud: "Bahkan aku mengharapkan agar Allah mengeluarkan dari salbi mereka orang-orang yang menyembah Allah dengan keesaan-Nya, tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu."

Allah s.a.w. berfirman yang bermaksud: "Berbicaralah kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut. Mudah-mudahan dia akan takut dan ingat (kepada Allah dan insaf)." Surah Taha 20: 44. ayat ini sebagai peringatan dari Allah kepada Nabi Musa a.s. dan Nabi Harun a.s. ketika mendapat perintah untuk menemui Firaun, walhal ketika itu tiada perasaan benci secara peribadi kepada Firaun.

semakin benci kepada kemungkaran, maka semakin meningkat rasa kasih dan sayang kita kepada pelakunya. itu yang sepatutnya kita praktikkan kerana kemungkaran itu ibarat api yang membakar pelakunya dan hanya kasih sayang yang mampu memadam api kemungkaran itu. GEN-Q

en.wikipedia.org


p/s : tidak sempurna iman tanpa kasih sayang sesama manusia -.-

12 comments:

  1. manusia itu tidak sempurne...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik may : ye betul tu..tiada yang sempurna atas muka bumi ni..

      Delete
  2. amin ya rabbal alamin..
    terimakasih kaishin, comment sangat membantu makcik ! wah tak sangka dapat jumpa member sporting camnie.. -thumbs up-


    cerita entry d'atas:

    manusia tak lepas dr nasutan syaitan nir rajim.. terpulang pada akal seseorang tuh macam mana nak hadapi setiap masalah. papa pun, yg paling penting adalah kita mesti minta pertolongan daripada ALLAH dulu. baru kita dapat buat keputusan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makcik : terima kasih :)..erm pokok pangkalnya kena kembali kpd Allah kan :)

      Delete
  3. Mintak petunjuk drp Allah. InsyaAllah semuanya akan baik2 saja. Selalulah berdoa dan tingkatkan ibadat pd Allah. InsyaAllah ati akan bersih dan jauh drp segala kemungkaran ^^

    ReplyDelete
  4. kalau boleh elakkan perasan benci dalam hati. anggap sahaja setiap manusia pasti melakukan kesilapan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puteri kasih : insyaAllah..semoga sifat2 tu terhapus dr hati saya :)

      Delete
  5. yes, betul sama sekali ! makcik sokong ! :)

    ReplyDelete
  6. huhu agak tsentap..sbb dia cm 1 impression tau..huhu tp ni kena muhasabah diri sat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis : maaf kalo entry ni ter'tempias' kat sis eh ;)..yg elok jdkan tauladan yg tak elok jadikan sempadan :)

      Delete