Saturday, May 5, 2012

balasan?

Assalamualaikum warahmatullah.

Seorang suspek kes ragut maut manakala seorang lagi parah apabila terlibat dalam satu kemalangan dalam usahanya untuk melarikan diri.

Kejadian berlaku jam 1.25 pagi selepas suspek meragut beg tangan seorang wanita warga singapura di sebuah restoran di Batu 3 1/2, Cheras awal pagi tadi. Selepas berjaya meragut suspek dikatakan melarikan diri bersama seorang lagi temannya sebelum dikejar oleh seorang saksi yang berada ditempat kejadian.

Saksi mengejar suspek sejauh 250 meter dengan kenderaannya sebelum terlanggar belakang motosikal suspek dan mengakibatkan kedua-dua suspek terpelanting kearah sebuah van yang berada di tepi jalan manakala kereta saksi turut terbabas akibat perlanggaran tersebut.

Assisten Komisionar Mohan Singh Tara Singh berkata, kedua-dua suspek dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk merawat kecederaan yang dialami mereka. Salah seorang suspek tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal jam 3 pagi.

Kedua-dua suspek adalah warga tempatan berusia 19 dan 18 tahun.

Berita harian.


p/s : adakah semua tu balasan atas perbuatan mereka?

2 comments: