Tuesday, May 1, 2012

1 Mei hari pekerja.

Assalamualaikum waramatullah.

hari ni dah 1 Mei rupanya, lupa tarikh dah aku ni hehe. erm best la kan dapat cuti sehari. apa aktiviti korang ye..takkan duk rumah je kot jalan-jalan cari makan le bukan selalu hehe.

teringat pulak aku masa aku kerja kat nilai, negeri sembilan dulu. orang lain best je cuti masa 1 Mei tapi aku tak cuti pun..tiga tahun aku kerja tak pernah aku cuti 1 Mei sebab selalunya bila sampai tengah tahun ni production line tetap kena jalan nak cover stok punya pasal. tapi aku tak kisah pun kena kerja sebab kalau aku cuti pun aku tak tau nak pegi mana, nak pegi dating awek takde, nak pegi merempit bosan juga so jalan yang terbaik, aku masuk kerja. puas hati gaji pun tiga kali ganda kot huhu sapa taknak.

tapi tu semua kisah dulu citer lama, dah 9 tahun kot. sekarang lagi la, dah kerja sendiri cuti memang jarang la. nama pun kerja sendiri kan so tak kerja tak masyuk la, lain la orang kerja makan gaji..cuti pun gaji tetap jalan kan asalkan annual leave tak terlebih ambik la kan.

erm teringat pulak kat member-member lama, dah berapa tahun aku tak jenguk diorang. agak-agak diorang kenal aku lagi ke tak eh -.-


p/s : selamat bercuti kepada yang bercuti, yang kena kerja tu jangan ngular pulak hihi

2 comments: