Tuesday, March 20, 2012

malang tak berbau..

Assalamualaikum w.b.t

Siti Nurfatihah

Semalam negara gempar lagi dengan satu kes penculikan..kali ni kejadian berlaku di Kuantan, Pahang..apa yang menyedihkan lagi kes ni berlaku di depan mata kedua adik mangsa..menunjukkan penjenayah di negara ni semakin berani..

Siti Nurfatihah 15, di culik ketika dalam perjalanan pulang dari membeli kad tambah nilai dari kedai yang cukup hampir dengan kediaman mangsa kira-kira 100 meter saja dari kediamannya di Taman Tas, Kuantan..

Ibu mangsa, Normala Mohd Lazin berkata, mangsa ada menyatakan rasa tidak sedap hati sebelum keluar sambil mengajak kedua adiknya untuk menemaninya.Ketika dalam perjalanan pulang, mangsa dihampiri sebuah kenderaan dinaiki dua lelaki dan seorang wanita sebelum ditarik ke dalam kereta oleh salah seorang penumpang kereta tersebut.Kedua adik mangsa cuba membantu tapi tidak berhasil, 10 minit kemudian kedua adik mangsa pulang sambil menangis memberitahu kepada ibunya tentang kakaknya dilarikan sebuah kereta berwarna ungu.

Laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah kira-kira jam 4 petang selain usaha mencari
mangsa di kawasan berhampiran. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Daerah, Deputi Superintendan Kamaruzzaman Jaafar, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut dan siasatan awal mendapati mangsa ada menghubungi seseorang dan tidak menolak kemungkinan orang yang dihubungi itu adalah orang yang melarikan mangsa.

Sumber Berita Harian

8 comments:

  1. kenapa banyak kes culik-culik sekarang ni. huhu. bahaya betul! :(

    ReplyDelete
  2. ya allah sekarang tak kira budak kecik yang dah beso pon dia culik jugak..nauzubillah jauhkanlah dari ahli keluarga kita

    ReplyDelete
  3. eza : tu le yg saya musykil tu..suka sgt men culik2 :(

    ReplyDelete
  4. cik jannah : mudah-mudahan amin..

    ReplyDelete
  5. skrg zmn yg menakutkan..dulu CM kecik2..habis pusing keliling kg smp itam legam..takde pe pun..tapi pastu takut nak kuar dgn kes pompuan nak isap darah..hehe...terus dok umh tak kuar2..

    ReplyDelete