Saturday, April 14, 2012

urusan seri paduka baginda

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

hai semua, apa khabar..hari yang agak memeritkan buat aku, banyak tempahan yang aku kena selesaikan tapi alhamdulillah semua berjalan lancar. Keadaan cuaca yang agak berbahang membuatkan aku kurang selesa sikit tapi semua tu kehendak Dia kan so terima dengan hati yang terbuka ^_^

Balik solat Jumaat tadi tengok atas rak ada satu surat untuk aku. tertulis kat situ URUSAN SERI PADUKA BAGINDA, uik bila masa lak aku ada berurusan ngan istana nih -.-


dah surat untuk aku kan so buka je la dan inilah isinya...

cis ingatkan apa, rupa-rupanya surat nak minta duit aku -.-

tak lepas juga aku rupanya, dah berapa tahun tak penah sampai pun tup tup hari ni sampai. ciskek betul pinjam ayat nad. automatik daftar sebab kedai tu daftar guna nama aku tapi kenapa lepas enam tahun baru sampai. tak suka betul la -.-

dan pada masa akan datang bertambah lagi cukai yang aku kena bayar selain cukai kereta dan motor yang beribu tu, entah berapa pulak la yang aku kena bayar nanti.

HANYA TUNGGU DAN LIHAT


5 comments:

  1. hukhuk ingatkan bakal jadi org kuat seri paduka hikhik :D

    ReplyDelete
  2. sis92 : tu le pasal..kan best kalo dpt jd org kuat istana hehe

    ReplyDelete
  3. kehkeh...bikin suspen..ingatkan sultan panggil ajak kaishin makan malam kat istana...rupanya pasal tax..kehkeh

    ReplyDelete
  4. cik hana : tu le..teringin gak makan free kat istana :D

    ReplyDelete