Thursday, April 12, 2012

aku adalah aku

Assalamualaikum w.b.t


Salam sejahtera semua, apa khabar, sibuk ke, dah makan ke belum..semua soalan tu boleh jadi pembuka bicara kan, sebelum berlarutan ke topik perbualan yang lain. Aku pun biasa gunakan soalan-soalan tu sebagai pembuka bicara, korang semua pun sama kot..kan kan kan ^_^

Aku, rutin harian macam biasa takde apa yang menarik kot. Pagi bangun tido pegi kedai, siapkan tempahan harian, hantar tempahan, tunggu pelanggan datang, melayan kerenah pelanggan yang pelbagai sampai tengah hari.

Azan zuhur, kemas kedai yang tak berapa nak kemas tu, bersihkan mana yang patut, tutup kedai. Balik rumah mandi, solat zuhur pastu kalau ada selera makan tengah hari kalau takde tangguh dulu la makan tu huhu.

siap, pegi kedai lagi, layan kerenah pelanggan lagi sambil teman mama aku jaga kedai. Kali ni lama sikit la, sampai pukul 2300 baru kemas dan tutup kedai. Balik rumah perut pun dah lapar, apalagi makan la kalau tak berkeroncong la perut nanti, tak pasal pulak buka periuk pukul dua tiga pagi kan.

Dan rutin tu akan terus berjalan selagi aku masih diberi peluang untuk berpijak dibumi Allah ni.



No comments:

Post a Comment